
yang dijahitnya adalah keangkuhan
dan keinginan yang sentiasa bertukar.
yang dijahitnya adalah angan
dan kemegahan yang bertakhta.
tak pernah terfikir
tentang apa orang kata
kerana orang sentiasa ingin jadi
tukang jahit pada setiap impiannya.
namun tak mengapalah
kerana pasti satu hari
kita hanya ada kain
yang tak perlu dijahit.
Oleh:

Ghazali Sulong
Rantau Panjang, Kelantan.
14 Oktober 2020.
TAMAT.