Pesara guru. Jawatan terakhir adalah sebagai Pengetua di SMK Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan. Kelulusan Bac. Pen. (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan), Universiti Pertanian Malaysia. Lahir 20.10.1958 di Kg. Berangan, Kelantan. Aktif menulis sekitar tahun 1981-86. Bidang penulisan ialah sajak, rencana, dan kritik sastera. Hasil karya pernah tersiar dalam majalah Dewan Sastera, akhbar Berita Minggu, majalah Dian, dan majalah Mastika. Selepas tahun-tahun yang tersebut, aktiviti menulis seperti terus terhenti kerana komitmen kerja. Hanya selepas bersara pada 2018, keinginannya untuk menulis kembali bermula. Tumpuan hanyalah dalam penulisan puisi, itu pun terasa amat berkarat dan bermula semula dari bawah.
KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN: Lihat di SINI.
KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN (2): Lihat di SINI.
SAJAK:
. Dengan Hati dan Fikir, Telah Kami Cantumkan Bibir dan Lidah . Disember . Dongeng I . Hujan . Kemeja Alam (Tanka) . Kisah Ismail . Kudup . Manisnya Kopi Ibu . Mata Pisau . Rumah Tanah Airku . Sepi . Tajalli Mimpi . Tanah Airku . Tanah Airku Sedang Sakit . Tuhan Hanya Satu . Tukang Jahit . Tulisan Klise Buat Seorang Anak Pengemis Di Sebuah Pasar Raya .
TAMAT.