Pepatah Customer is always right dan terbiasa kedengaran apabila berkaitan dengan
pekerjaan yang melayan pelanggan. Contohnya pekerja restoran, kedai runcit, kedai
buku, dan segala perniagaan yang berkonsepkan memenuhi kehendak pelanggan. Tapi
itu dulu mungkin relevanlah juga. Jika sebelum ini setakat tersilap menghantar
minuman, atau buku ada kecacatan cetakan itu mungkin boleh dimaafkan. Namun
kisah yang ingin disampaikan, adalah kisah
Berdasarkan dari pengalaman penulis bekerja di kedai buku sebelum ini, ada juga
golongan Mat Salleh yang mengomel dengan bahasa yang agak kesat jika didengar,
ketika mereka tidak puas hati meskipun sebaik manapun layanan yang diberi.
Begini kisahnya camni, suatu hari penulis sedang menyusun buku-buku di rak untuk
dijual. Tiba-tiba seorang Mat Salleh datang dan beginilah dialog ini bermula :
“Hi good morning, I would like to finding the book Conversation English-Malay.
Could you please find it to me ?”
“Yes mem, let me check at our system for you. Please wait”
Selang dua minit…
“Im sorry mem, actually that book is already out of stock. Lately many tourist from
Westerners buy that. If you mind, I recommended to you for write your name and
phone number. Im will order that book and after it arrived, I will keep it for you and I
will call you to come take it.”
Lalu dengan nada terkejut beruknya Si Mat Salleh tu berkata:
“WTF, how can that book is already finished? Do you have another book related that
title? Then when the book arrive after you order it?”
Lalu penulis menjawab dengan nada yang sebaiknya“Im really sorry about that mem,
we just only got that title but now it already finished. About a month that book will
ariive here.”
“Oh my, this is first bookstore that I saw there are many books of different language
and converstion ssuch as Filiphine, Korean, Japan, Russia, China, Thailand, and
others. But Im surprised the English-Malay is already out of stock. How can in
Malaysia doesn’t have the stock of book Conversation in Malay? Man this is really
crazy.
Sepanjang “perbebelan” Mat Salleh tu, agak panjang juga pada pendengaran penulis.
Namun penulis mendengarnya saja kerana percaya dengan cara ini, adalah lebih baik
daripada menjawab. Etika seorang pekerja adakalanya perlu diam dan mendengar
sesuatu bebelan yang diluar kuasa kita. Jika dijawab, pelanggan pula yang mengadu
kepada majikan atasan ataupun dia memburukkan sikap bangsa kita pada bangsanya
pula.

Lepas sahaja Mat Salleh mahu beredar, penulis melihat jam menunjukkan masa kerja
syif pagi telah pun tamat dan penulis bersiap untuk kembali ke rumah.
Ketika mereka hendak ke kaunter untuk membayar barang alat tulis yang mereka beli,
juruwang yang berada di kaunter ketika itu berkata sesuatu yang mengejutkan mereka.
“Someone already paid those items for you, and he gave a note for you. Thank you for
shopping at our bookstore”
Apabila Mat Salleh membuka nota tersebut dan membacanya, tiba-tiba Mat Salleh
tersebut meluru pada penulis dan mereka memohon maaf atas kekasaran yang berlaku
tadi.
“Im am so sorry young man, its my fault for blaming you about that. Im really sorry”
Penulis yang terkejut dengan situasi itu segera bertindak normal dan memaafkan saja
Mat Salleh itu, kemudian mereka keluar dengan keadaan si isteri itu tegur suaminya.
Mungkin ayatnya berbunyi seperti ini.
“Itulah bang, cubalah bawa bersabar, lagipun buku dah habis stok. Nak buat macam
mana”
Penulis yang masih berdiri memerhatikan mereka tadi tersedar apabila juruwang tadi
memanggil penulis. Kebetulan ketika itu tiada pelanggan yang beratur. Lalu juruwang
tu menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku tadi
“Kalau kamu nak tahu, tadi penyelia terdengar perbualan kamu dengan Mat Salleh.
Lalu penyelia tadi segera ke kaunter untuk membayar barang yang Mat Salleh letak.
Then sekeping nota tadi sebagai tanda berterima kasih kerana pelanggan tadi menegur
sebegitu dan penyelia merasa bertanggungjawab untuk membuat tempahan secepat
mungkin. Akak setuju dengan tindakan penyelia tu, dengan cara itu, kita dapat
menunjuk ketinggian akhlak kita pada bangsa lain”
Kesimpulannya, yang tenang sentiasa menang, dan yang amarah akan tetap lelah.
Bahkan Imam Syafie juga pernah berkata, sesungguhnya diamnya seekor harimau di
hutan itu lebih ditakuti. Sedangkan anjing yang menyalak juga dilempari batu kerana
kebisingannya. Wallahualam.

Oleh:

Hakim Rashuddin.

TAMAT.