
Keanehan apakah menggelitar ini,
menyusur lompang sunyi,
di kalbu.
Berbunyi tetapi tiada hilang ghaib dalam pesona kata,
saat kau melompat di saujana padang,
memburu mahkota,
diselaputi debu,
tertimbus di sebalik mata,
berkaca di dalam embun.
Dari jauh ini aku ternampak kau gelisah,
mengintip nurain mengerlip,
taman hati.
Tabahkan hatimu,
kerana semalam butiran terpantul dari cerminan diri,
kelam gelap kesumat nyali.
Ini tentang hidup dan mati,
tentu kau bisa mengerti!
Oleh:

Aduka Putra.
Cendana Puri, Pasir Mas, Kelantan.
10/10/2020.
TAMAT.