Rumah sakit yang uzur dan penat
bingkas melompat dari katil rawatan.
Api menjerit. tersepit di antara batu
dan kayu; di antara oksigen dan karbon.
Mulut-mulut terbakar
terpercik kaget dan ketakutan.
Para karyawan berseragam
dipanggil membersihkan kawasan.
Didapati rentung: kalendar tahun ini
ketika jun sedang berbadan dua.
Seorang lagi bayi api akan lahir
mudah-mudahan besar nanti
dia akan mengerti
mengapa merah itu bahaya
mengapa api perlu dijaga.
Oleh:

Sodagar Katcja.
julai 2020.
TAMAT.
Ya Allah🥺
LikeLike