xxxxxxxxxx
KUMPULAN CERPEN
IRWAN ABU BAKAR
OSSEOINTEGRASI

© eSastera Enterprise, 2020
xxxxxxxxxx
PERHATIAN. Kumpulan 12 cerpen ini telah diterbitkan dalam bentuk cetakan keras, seperti yang berikut:
Irwan Abu Bakar. Osteointegrasi. Cilegon: Gaksa Enterprise, 2021.
KATA PENERBIT
eSastera Enterprise berbesar hati untuk menerbitkan antologi cerpen kedua hasil karya penulis Irwan Abu Bakar.
Syabas diucapkan kepada penulis yang karya garapannya terpilih untuk digabungkan ke dalam sebuah kumpulan karya seperti ini.
eSastera Enterprise gembira dapat menyumbangkan tenaga demi menyokong kemajuan penulis serta kemajuan dunia sastera itu sendiri.
Salam hormat dari:
eSastera Enterprise.
Kuala Lumpur, 1.11.2020.
BIODATA PENULIS

Irwan Abu Bakar (atau Dr. Ir. Wan Abu Bakar bin Wan Abas) dilahirkan pada tahun 1951 di Segamat, Johor. Beliau bersekolah rendah dan menengah di Segamat serta mengikuti kursus Tingkatan 6 untuk empat bulan di English College, Johor Bahru, Johor. Kemudiannya beliau telah berpindah untuk mengikuti kursus diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanik di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (kini UTM). Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom untuk mengikuti kursus Bachelor of Science (Mechanical Engineering) dan PhD (Bioengineering). Isterinya ialah Hasimah Harun dari Pasir Mas, Kelantan. Mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, lima lelaki dan dua perempuan. Kini mempunyai tiga orang cucu.
Irwan merupakan mantan profesor di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya sehingga Januari 2018. Irwan pernah menerajui Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (FKUM) sebagai Dekan sebanyak tiga kali untuk tempoh 10 tahun. Beliau juga telah menerajui penubuhan program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (BBEng) dan kemudiannya pembentukan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan di FKUM. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan yang pertama bagi Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan FKUM itu. Melalui proses yang berkenaan, Irwan menjadi pengasas pendidikan kejuruteraan Bioperubatan di Malaysia. Selepas itu, beliau telah terlibat sama dalam pembentukan program sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (Prostetik dan Ortotik), ringkasnya BBEng (P&O), di Jabatan yang sama. Di samping itu, beliau juga telah menerajui pembentukan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya dari empat program alam bina yang mulanya beroperasi di bawah Fakulti Kejuruteraan. Beliau juga telah terlibat dalam pengkomersialan hasil penyelidikan di makmal prostetik dan ortotik dengan bersama-sama membangunkan syarikat terbitan Universiti Malaya, BioApps Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan pembekalan dan perkhidmatan prostesis (anggota badan buatan) dan ortosis (alat sokongan anggota badan). Di luar tugas rasminya, beliau memimpin persatuan-persatuan profesional kejuruteraan pada peringkat nasional, iaitu Persatuan Kejuruteraan Perubatan dan Biologi (MSMBE) sehingga 2015 serta Persatuan Prostetik & Ortotik Malaysia (PPOM) sehingga sekarang.
Irwan mempromosi konsep “whole-brain thinking” sebagai jurutera yang terlibat secara aktif dalam bidang sastera. Beliau telah menerbitkan pelbagai karya sastera dan pernah memenangi beberapa anugerah sastera tempatan. Di samping itu, beliau diiktiraf di Malaysia sebagai pengasas kegiatan sastera siber (atau e-sastera) Melayu. Portal sasteranya dilanggani penulis dari pelbagai negara, terutamanya Indonesia.
Irwan mula menerbitkan puisi di media cetak pada tahun 1995 (”Diasfora Alam Bahasaku”, Pelita Bahasa, Februari 1995). Sehingga kini, Irwan telah menerbitkan dua buah kumpulan sajak di Malaysia, iaitu Semelar (Kuala Lumpur: kAPAS Publication, Jun 2003) dan Kuntom Ungu (Kuala Lumpur: Esastera Enterprise, 2012). Juga beliau telah menerbitkan kumpulan puisi di Indonesia, iaitu Grafiti Hati(2016) dan sebuah buku kumpulan “puisi berserta ulasan”, iaitu Peneroka Malam(2014).
Beliau juga terlibat secara aktif dengan deklamasi puisi, terutamanya di Malaysia dan Indonesia.
Irwan mula menerbitkan cerpen pada tahun 2002 (”$yy…”, Berita Minggu, 25 Mei 2003). Pada tahun 2016, beliau menerbitkan kumpulan cerpen Rewang Minda yang mengandungi 18 buah cerpen tulisannya. Cerpen-cerpen itu kebanyakannya telah tersiar terlebih dahulu di laman-laman web tertentu.
Novel pertama tulisan Irwan berjudul Cinta Berbalas Di Meja 17 (Kuala Lumpur: Esastera Enterprise, 2008). Edisi-edisi terkemudian novel itu diberi judul Meja 17(Kuala Lumpur: Esastera Enterprise, 2012, 2015, dan 2016). Edisi Indonesia novel ini telah diterbtikan di Jakarta pada tahun 2014, juga dengan judul Meja 17. Pada tahun 2018, Irwan menerbitkan novel keduanya. Novel itu berjudul 30 Februari dan telah diterbitkan di Indonesia (Mei, 2018).
Kini beliau meneruskan penerbitan e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet), eSastera.com (www.e-sastera.com) yang bermula pada tahun 2002 tetapi dengan format baru. Majalah itu kini mempunyai cawangan di Facebook.com dalam bentuk grup-grup facebook yang dibentuk di bawah akaun facebook E-Sastera Malaysia. E-majalah itu dinamai E-Sastera@Facebook dan dibentuk oleh grup ”E-Sastera@Facebook Induk” sebagai grup kawalan dan pelbagai grup karya berasaskan genre. Antaranya ialah grup E-Sastera Sajak, E-Sastera Cerpen, E-Sastera Novel, E-Sastera Kritikan, E-Sastera Berita (Pemberitahuan dan Laporan), dan E-Sastera Forum. Butir-butir tentang e-majalah E-Sastera@Facebook diberikan dalam buku berjudul Panduan Pengguna E-Sastera@Facebook (Esastera Enterprise, 2015). Mulai 2019, kehadiran di Facebook itu diganti oleh grup “E-sastera @ Facebook Karya” yang memanfaatkan pengunaan hashtag # untuk memisahkan genre karya yang disiarkan.
Sebelum itu, Irwan menerbitkan e-majalah eSastera.Karya (mulanya di URL eSasteraKarya.com tetapi kini di eSasteraKarya.WordPress.com) untuk mempromosikan format sastera elektronik yang melebihi apa yang mampu dihidangkan di Facebook. E-majalah ini juga dikongsi ke Facebook untuk menarik pelanggan yang banyak di situ.
Muali 2019, e-majalahnya ditambah oleh portal E-Sastera Vaganza ASEAN yang mempromosi karya oleh Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA).
Portal unik diterbitkannya ialah “Tivi e-Sastera” (dulu di eSastera.tv tetapi kini dipindahkan ke URL http://tvEsastera.video.blog).
Irwan juga telah menubuhkan GLP (Grup Lagu Puisi eSastera) yang kini bernaung di bawah syarikat eSastera Records (Pengurus: Dinie Wan). GLP telah menerbitkan dua buah album penuh lagu-lagu puisi, iaitu Perada Cinta (2014) dan Dot Dot Dot(2016).
Mulai 2012, eSastera telah menerokai bidang ”sastera Twitter” dengan nama @tSastera (namanya di laman Facebook ialah Twit Sastera).
Dalam gerakan penulis, Irwan ialah Presiden, Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) sejak didaftarkan pada tahun 2010. Irwan juga pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden, Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya), Malaysia dan juga pernah menjadi Bendahari, Jawatankuasa Protem, Persatuan Sasterawan Paksi Rakyat (PAKSI).
Anugerah sastera yang pernah dimenangi Irwan ialah Hadiah Sastera Johor (Buku Sastera), 2019, Tokoh Patria Numera (2017), Hadiah Sastera Darul Takzim (Puisi Eceren, 2007-2008), dan (c) Anugerah Sastera Perdana Malaysia (Cerpen Eceren, 2004-2005),
Irwan ialah Fellow, Academy of Sciences, Malaysia (FASc). Beliau juga pernah menjadi Editor Bersekutu bagi majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Pada tahun 2016, Irwan telah menubuhkan gerakan sastera pada peringkat ASEAN yang dinamai Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA). GAKSA menerbitkan portal e-karya yang dinamai Sastera.Vaganza ASEAN yang kemudiannya ditukar nama kepada e-Sastera Vaganza ASEAN di URL ini: www.eSasteraVaganza.com. Karya di portal ini dikongsi ke Facebook dalam grup “GAKSA e-Sastera Vaganza ASEAN”.
Bertarikh: 20.01.2019.
KARYA – CERPEN
SENARAI TOPIK:
(12) Espionaj.
(11) Cakaran Ombak.
(10) Pakat.
(9) Bionik.
(8) Dompet.
(7) Nangis.
(6) Pinang.
(5) +–×÷
(4) Tiru Macam Dia.
(3) Padam.
(2) Pedang Kayu.
(1) $yy…
2007
12.
ESPIONAJ
Siasah. Seni Budaya. 14-20 Oktober 2007

SURAU An-Nur, Stulang Laut, J Bahru. Itulah perkataan yang tertulis dengan warna putih pada latar biru, di papan tanda yang berdiri tegak di seberang jalan berhadapan tempat dudukku di restoran makanan laut Thai. Jam tanganku menunjukkan pukul 11.30 malam.
Aku bangun dari kerusi dan melangkah menyeberang jalan.
Aku menyusur ruang pejalan kaki di tepi luar pagar surau itu. Suaru An-Nur gelap dan sunyi. Bangunannya berbentuk sebuah rumah Melayu lama. Aku agak memang surau itu asalnya rumah Melayu lama yang diubah sua menjadi surau. Ada sebuah minaret tegak kurus di halamannya. Minerat itulah yang menegaskan bahawa bangunan itu ialah sebuah surau atau masjid, kalu tiak sukar juga hendak diketahui. Beberapa buah kereta terkaku di kawasan letak kereta dalam pagar perimeter yang mengelilingi surau itu. Di dua belah surau itu, terdiri blok-blok bangunan yang aku agak ialah apartmen penginapan.
Aku terus menapak di atas lepaan simen berdekorasi dlam suasana samar-samar malam bersama anak-anak muda lain, menuju pintu gerbang yang ataeltulis di atasnya ugnkapan “The Zon Kompleks Bebas Cukai Johor Baharu”. Aku berseoerangan. Kebanyakan anak-anak muda yang lain itu berjalan dalam kumpulan tiga atau empat orang. Rami juga yanga berdua-duaan. Kebanyakannya belia berbanagasa Cina. Kami semua menuju ke arah yang sama… ke kawasan pub atau disko bersebelahan dengan hotel The Zon Regency.
The Zon ialah kawasan bebas cukai yang diwujudkan oleh suatu idea yang hebat. Tujuan kawasan itu dibangunkan adalah untuk menarik pelancong dari Singapura, sama ada orang Singapura sendiri mahupun pelancong dari negara-negara lain yang sedang berada di Singapura. Biasalah, orang Malaysia, mahu menarik limpahan pelancong dari Singapura kerana dirinya sendiri tidak berupaya untuk mempopularkan negaranya sebagai destinasi pelancongan kepada orang luar. Pada waktu selewat itu, kawasan The Zon hiruk-pikuk dengan bunyi muzik dan berombak dengan gelagat manusia yang pelbagai. Jauh sekali berbeza keadaannya dengan kesunyian surau An-Nur yang berada di luar pintu gerbangnya.
Kawasan The Zon berada di tepi pantai, menghadap Singapura. Ada terminal feri. Tarikan istimewa pelancong asing ialah kebebasan mereka masuk ke kawasan The Zon itu untuk membeli-belah, minum-minum, dan berhibur dengan harga tanpa cukai. Namun kawasan itu mempunyai pagar perimeter di bahagian daratnya. Pagar itu menyekat pelancong masuk secara bebas ke daratan Malaysia di luar kawasan The Zon itu sendiri. Hanya ada satu pintu get yang menghubungkan The Zon dengan bumi Johor Bahru di luarnya, dan pintu masuk itu dikawal oleh pihak kastam dan imigresen Malaysia.
Memang The Zon pada mulanya hanyalah kawasan bebas cukai. Namun seminggu lepas, kerajan Malaysia ataelah menukarkan statusnya kepada Free International Access and Trade Zone (FIATZ). Pertukaran status ini telah menjadikan The Zon sebagai “kawasan antarabangsa” yang boleh dimasuki oleh semua warga dunia secara bebas tanpa pemeriksaan dokumen perjalanan, di samping bebas cukai. Tujuan penukaran status ini adalah untuk memudahkan lagi pelancong. Jika masuk melalui jalan laut, iaitu berferi dari Singapura, mereka tidak perlu mempunyai apa-apa dokumen kebenaran untuk masuk ke negara ini seperti yang diperlukan untuk masuk ke kawasan-kawasan lain. Peraturan ini ialah inovasi terbaru yang diperkenalkan oleh pihak kastam dan imigresen Malaysia untuk menggalakkan kemasukan pelancong yang membawa banyak tukaran asing. Tindakan kerajaan Malaysia iatu jelas mencapai matlamatnya kerana dalam masa tiga hari sahaja selepas dilaksanakan, kawasan The Zon menerima kunjungan pelancong yang bagitu ramai, terutamanya dari Singapura. Kadar penginapan di hotel juga mencapai 100 pertus pada kebanyakan masa.
Aku ke The Zon ini atas permintaan Ustaz Alim, rakanku di Kolej Kediaman Kedua (KK2), Universiti Malaya (UM) dulu. Aku ke mari untuk mendapatkan suatu maklumat rahsia yang tidak boleh dihantar secara elektronik. Aku memang rapat dengan Ustaz Alim, terutamanya apabila kami sama-sama menerajui gerakan Alumi KK2. Kali ini aku ada misi khas yang tidak ada kena-mengena dengan Persatuan Alumni KK2 itu. Aku dan Ustaz Alim berada dalam satua gerakan sulit… pertubuhan melawan keganasan Amerika terhadap warga dunia yang beragama: Movement Against American Terrorism On Religions (MANTOR).
Aku ke The Zon ini untuk menemui rakan kami yang kini sedang menjadi kakitangan akademik di University of Singapore. Namanya Su Mei. Dia rakyat Singapura. Kami mengenalinya semasa dia menuntut kursus pascaijazah di UM dan sama-sama kami tinggal di KK2. Su Mei dan aku aktif dalam Persatuan Buddda UM. Kini Su Mei tidak boleh masuk ke Malaysia kecuali di kawasan The Zon ini kerana namanya telah disenaraihitamkan oleh pihak imigresen Malaysia.
Kita tidak boleh berbincang di sini.
Itulah mesej pesanan ringkas (sms) yang aku terima di telefon mobilku semasa aku sedang duduk-duduk di kawasan air pancut, menikmati muzik yang melaung dari disko di situ.
Aku juga sedang menikmati pemandangan indah Selat Teberau, berlatarkan terain pulau Singapura dalam bentuk silhouette di seberangnya. Dalam cahaya bulan mengambang itu, Singapura kelihatan jinak, sejinak namanya, monyet kecil yang manja. Sebenarnya, spesies monyet yanag ditemui Sang Nila Utama pada abad 12 atau 13 itu ialah monyet “singarupa”, dinamai sedemikian oleh masyarakat tempatan kerana kepalanya dan badannya menyerupai seekor singa. Atas kebijaksanaan ahli bahasa Sanskrit mereka, nama itu diubah sedikit ke “pura” yang membawa maksud “kota”. Maka mereka namailah tempat itu Singapura. Khabarnya, monyet itu masih boleh ditemui di beberapa kepulauan Indonesia sehingga ke hari ini.
Naik ke bilikku. Bilik 1609.
Dari tempat aku berada, aku nampak Sui Mei berdiri di tepi kaunter valet parking Hotel Regency itu. Oh, rindu sungguh aku akan gadis comel itu. Melihat kelibatnya sahaja sudah terasa berbaloi letih memandu lima jam lebih dari Kuala Lumpur. Aku bergerak ke arahnya. Apabila dia melihat yang aku telah berjalan menuju ke arahnya, Su Mei terus masuk ke hotel itu melalui pintu kaca auatomatik. Aku mengekori Sui Mei dari jauh. Dia memasuki lif tanpa menunggu aku. Aku menaiki lif yang lain setelah lif yang dinaiki Su Mei bergerak ke atas.
Setelah keluar dari lif di aras 16, barulah aku menyedari bahawa susunan bilik-bilik hotel itu berbeza dengan kebanyakan hotel lain. Bilik-biliknya, pada setiap aras, dari aras 7 ke atas, membentuk suatu bulatan oval yang besar dengan ruangan kosong di tengah-tengahnya, macam sebiji doughnut. Laluan ke bilik-bilik berada pada rim sebelah dalam doughnut itu. Ruang kosong yang di tengah memungkinkan penghuni pada setiap aras, dari Aras 7 ke atas, untuk melihat dan menikmati segala aktiviti yang sedang berjalan di lounge di Aras 6 itu.
Bilik 1609 ialah bilik istimewa di tingkat paling atas Hotel Regency itu. Tingkat Klub Eksekutif.
Dari luar pintu bilik 1609 itu, aku dapat melihat ke bawah, kawasan tengah Aras 6 yang terbuka tanpa siling. Kelihatan susunan meja dan kerusi tempat tetamu menjamu selera dan menikmati muzik. Muziknya amat kuat sehingga kedengaran ke tingkat 16 tempat aku berada. Pada masa itu, aku melihat dua orang penyanyi sedang menyanyikan lagu “Happy Birthday To You”. Di skrin lebar yang terpasang di depan ruang restoran itu, kelihatan imej orang sedang bermain golf, ditayangkan.
Memasuki bilik 1609 membuat aku tergamam. Indahnya bilik yang disewa Su Mei. Apabila melangkah masuk pintu, aku memasuki ruang tamu yang luas, siap dengan satu set settee, meja tulis, dan sebuah tivi. Ruang lounge ini bersambung dengan bahagian bilik tidur yang besar. Di tengah-tengah ruang bilik tidur itu, ada sebuah katil besar, queen size. Bilik ini juga mempunyai sebuah bilik air dan satu lagi pintu keluar. Juga lagi sebuah tivi dan meja atulis. Dari dalam bilik yang tertutup ini, hanya muzik dari lounge Aras 6 masih kedengan dengan bisingnya.
“Sungguh mewah bilik ini,” sapaku apabila Su Mei selesai menutup pintu. “Sungguh kaya engkau,” tambahku, bergurau.
“Aku tidak ada pilihan,” jelas Sui Mei. “Hanya ini sahaja bilik yang ada. RM400 semalam.”
“Maksudmu… semua 400 buah bilik hotel ini penuh diisi orang?”
“Ya,” jawab Su Mei. Dia semacam berbisik kepadaku. “Itulah maklumat rahsia yang aku hendak sampaikan kepda rakan-rakan kita di Malaysia.”
“Oh, apa maksudmu?”
“Kebanyakan orang yang berada di The Zon pada ketika ini ialah anggota pasukan askar upahan Amerika. Termasuk mereka yanga sedang menginap di hotel ini. Sebab itulah, dalam beberapa hari kebelakangan ini, kadar penginapan di sini mencapai hampir 100 peratus.”
Aku tergamam.
“Mereka hanya berpura-pura sebagai pelancong dari Singapura,” sambung Su Mei, serius. “Mereka sebenarnya lengkap bersenjata. Mereka merancang menakluki kawasan The Zon ini dan merampasnya dari kerajaan Malaysia. Mereka akan gunakan alasan bahawa kawasan ini ialah pusat pergerakan gabungan pengganas Islam dan Budis. Dari sini nanti, mereka akan melakukan serangan terhadap gerakan agama-agama di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan lain-lain negara Asia. Serangan ini adalah sebahagian daripada rancangan mereka untuk menghapuskan semua agama di dunia, kecuali Kristian dan Yahudi.”
“Oh!” Aku makin terperanjat.
“Maklumat ini perlu disampaikan segera kepada para aktivis kita di Malaysia. Terutamanya Ustaz Alim. Mereka mesti memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Malaysia tentang hal ini,” kataa Su Mei.
Tetiba telefon mobilku berdering menandakan masuknya sms baru. Aku segera membacanya. Datangnya dari Aliman: Ustaz Alim amtia ditembak di KLIA!
Aku menunjukkan sms itu kepada Sui Mei. Su Mei memegang tanganku sambil membaca mesej itu. Dia terkejut. Mukanya pucat.
Aku menggerakkan tangan kiriku. Semua lampu di bilik itu terpadam. Sui Mei menjerit terperanjat dan memeluk tubuhku. Dalam kegelapan itu, aku membalas pelukannya. Dan aku menarik tubuh langsingnya rapat ke tubuhku. Oh, sudah lama kami tidak berada dalam kedudukan yang sedemikian. Askar upahan Amerika… tunggu esok.
(ii)
Sewaktu aku dan Su Mei menaiki feri ke Singapura, jam hampir 2.00 petang. The Zon sudah lengang. Di sana sini kelihatan pasukan keselamatan Malaysia berkawal. Operasi pengosongan kawasan The Zon yang diarahkan kabinet Malaysia, berjalan lancar. Mereka yang berniat jahat tidak sempat bertindak balas kerana cepatnya pihak Malaysia bertindak.
Malam nanti aku dan Su Mei akan terbang ke Chiengmai melalui Bangkok dari Changi Airport, Singapura. Kami ada pertemuan dengan rakan-rakan seperjuangan yang beroperasi dari sana, termasuk Dr. Kamsi dan Aliman.
2020
11.

CAKARAN OMBAK
Kursus kepemimpinan, pada asasnya, mengajar manusia untuk berfikir dan bertindak secara bebas (independent) dan bukannya secara diatur (regimented). Maka kursus sedemikian mengajar para pesertanya cara berfikir, bukan apa yang hendak difikirkan. Juga mengajar cara membuat keputusan (decision making), bukan menerima keputusan yang telah dibuat. Namun, pada hari ini, banyak kursus kepemimpinan yang tidak mengajar pesertanya untuk menjadi pemimpin, sebaliknya mengajar mereka untuk menjadi pengikut. Pengikut buta tuli. Kursus-kursus yang sedemikian sebenarnya ialah sesi brain-washing (basuh otak) yang berselindung di sebalik nama kursus kepemimpinan. Sesi seperti itu, apabila dinamai kursus kepemimpinan, menjadi majlis maksiat. Orang yang menganjurkannya adalah menganjur maksiat. Peserta yang mengikutinya, melakukan maksiat. Memaksa orang lain untuk menyertainya bererti memaksa orang melakukan maksiat.
ii
Aku sebagai aku, tidak menyebabkan kegatalan atau miang pada tubuh badan manusia walaupun aku berada di dalam longkang di belakng Kolej Kediaman Kelima (KK5) universiti ini. Aku ialah air yang keadaan diriku sentiasa bersih dan membersihkan. Hanya kecemaran yang mengubah kesan diriku terhadap manusia seperti Aliman yang diserang gatal-gatal, akibat dijangkiti ruam-ruam merah berbintat-bintat apabila berkubanag dalam diriku yang berada di limpahan longkang itu.
Aku bergerak dengan pelbagai cara, mengikut arahan Ilahi kerana aku dapat wujud dalam tiga fasa yang berlainan: sebagai cecair (bentukku yang biasa), sebagai pepejal (bentuk ais apabila aku didedahkan kepada suhu sifar darjah Celcius), dan sebagai gas (apabila aku menyejat di bawah tindakan suhu dan tekanan tertentu, terutama sekali apabila dididihkan ke suhu 100 darjah Celcius).
Hari ini aku menerima perintah untuk pergi ke suatu lokasi yang jauh. Misi khas. Aku dipilih untuk bersama-sama menyempurnakan misi ini kerana aku telah lama berada di universiti ini dan telah kenal dengan ramai orang sini serta tabiat mereka.
Pada tengah hari yang cerah itu, aku dihabai cahaya suria dan aku pun bertukar menjadi gas. Semasa itu, diriku amatlah ringan. Melenggok-lenggok aku terapung ke atas, meninggalkan longkang di belakang KK5 itu. Aku terus melayang. Semakin tinggi, semakin sejuk rasanya. Dalam perjalanan itu, buat pertama kalinya, aku berpeluang melihat kampus universiti ini dari pandangan udara. Indah sekali. Sayu untuk ditinggalkan
Akhirnya aku sampai di tahap ketinggian 5,000 meter. Suhu yang rendah menyebabkan aku mengalami pemeluhwapan dan bertukar semula menjadi bintik cecair. Dan aku lekit-melekit dengan dengan bintik-bintik lain lantas membentuk segerombolan awan. Tidak lama selepas itu, kami ditolak bayu dan melayang kami perlahan-lahan meninggalkan kawasan uinversiti itu. Sungguh menyayukan.
Apabila kami berhenti, aku lihat lautan yang amat luas, terhampar di bawah tempat kami sedang berterbangan. Jauh sungguh kami bergerak. Dan diriku berasa semakin sejuk. Disebabkan kesejukan yang tidak dapat kami bendung lagi, kami pun berderai menjadi hujan. Aku terkapai-kapai terjun menjunam ke bawah. Semakin lama semakin laju disebabkan tarikan graviti yang semakin bertambah magnitudnya. Jatuhku adalah ke dalam tadahan lautan masin. Lautan di antara Aceh di Sumatera dengan Port Dickson di Semenanjung Malaysia.
Aku terus berada di lautan itu untuk sekian lama. Berenang dan tenggelam timbul sambil menunggu perintah seterusnya. Aku dan kawan-kawanku terus menanti untuk menyempurnakan misi khas kami.
iii
Senja itu, aku sedang bersenang-lenang bermain-main di permukaan lautan. Berenang dan tenggelam timbul. Tiba-tiba datang perintah. Aku ditolak kuat.
Yeeaaa… Aku dan rakan-rakanku meluncur di atas permukaan lautan dengan kelajuan yang amat tinggi. 8,000 kilometer sejam! Kelajuan yang belum pernah kami alami selama ini. Kami membentuk larian garis berbuih-buih putih yang laju menuju ke timur. Tidak ada apa yang menghalang perjalanan kami itu. Beratus-ratuas kilometer kami berenang. Kami berenang beratus-ratus kilometer dengan lajunya. Segala yang ada di permukaan laut bergerak laju bersama kami. Akhirnya, kami menghampiri pantai Port Dickson. Misi kami adalah untuk memusnah!
Apabila melihat pantai, barulah aku sedar akan implikasi perintah yang kami terima itu. Tadinya, semasa berenang di lautan terbuka, aku tidak nampak bagaimana misi itu mampu kami lakukan. Kini aku nampak. Bayangkan kami, ombak yang setinggi 15 meter, dengan lajunya datang memukul daratan! Segala yang ada di hadapan kami akan kami seret sehingga 1.5 kilometer ke daratan dan kemudiannya akan kami seret pula kembali ke lautan. Itulah sebabnya nama misi kami sangat ditakuti… tsunami!
iv
Kira-kira 100 orang pelajar dari pelbagai Kolej Kediaman universiti itu sedang mengikuti satu lagi “kursus kepemimpinan” yang objektifnya adalah untuk menjadikan mereka pengikut. Memang itulah jenis kursus kepemimpinan yang diadakan oleh universiti semenjak pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) mengharamkan badan-badan pelajar dari menganjurkan kursus kepemimpinan mereka sendiri. HEP telah membuat polisi baharu bahawa hanya pihak HEP sahaja yang berhak mengadakan apa yang dinamai “kursus kepemimpinan”. Inilah jadinya. Pelajar dari kolej-kolej kediaman diwajibkan ke kem-kem latihan untuk mengikuti kursus kepemimpinan tempat pemikiran mereka “dibasuh” supaya mereka menjadi pengikut yang buta tuli. Mereka tidak diajar cara untuk berfikir sebaliknya mereka diberitahu apa keputusan yang telah dibuat untuk mereka dan harus mereka sokong. Mereka diajar menjadi pemimpin yang terpimpin.
Tujuan “kursus kepemimpinan songsang” itu diadakan kali ini adalah untuk “mengajar” para pelajar, siapa yang mesti mereka sokong dalam pemilihan umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang akan datang ini. Dan mereka dikehendaki nantinya “memimpin” penghuni-penghuni lain di kolej kediaman masing-masing, ke arah yang sama.
Kursus kepemimpinan songsang ini amat bertentangan dengan peranan universiti sebagai institusi pendidikan tinggi. Namun pegawai-pegawai universiti yang terlibat, termasuk ahli-ahli akademik, terutamanya Pengetua-pengetua kolej kediaman, tidak langsung berasa bersalah atau malu melibatkan diri mereka dengan program yang sedemikian. Yang penting bagi mereka ialah kemenangan pihak yang ditaja oleh HEP dalam pengundian di kolej masing-masing supaya kedudukan mereka sebagai Pengetua atau Penyelia tidak terjejas.
Bayangkan… HEP, sebuah organisasi yang diamanahkan untuk menguruskan pilihan raya kampus secara adil dan bebas serta diamanahkan untuk mempromosikan sistem hidup demokrasi alam kalangan masyarakat pelajar kampus, kini menggunakan kuasa pentadbirannya untuk berpihak secara aktif terhadap golongan tertentu dalam pemilihan itu. Kononnya, ia ada matlamat yang murni. Katanya, kemurnian matlamat menghalalkan cara… sedangkan matlamat utamanya adalah semata-mata untuk mempertahankan kedudukan individu terentu.
Dan misi kami pada kali ini adalah untuk menghapuskan barua-barua ini.
v
Senja itu, Ustaz Alim termenung sendirian di banir sebatang pokok kelapa tua. Dia baru sahaja bertengkar dengan pegawi-pegawai HEP kerana dia enggan membacakan doa di majlis penutup latihan kepemimpinan itu sedangkan dia diundang khas untuk tujuan itu.
“Majlis maksiat,” katanya.
Ustaz Alim pada mulanya dipujuk, kemudiannya diberi pelbagai amaran oleh pihak HEP. Namun dia enggan bekerjasama lantas dia bertindak meninggalkan majlis tersebut. Keenganan Ustaz Alim membacakan doa telah membuatkan sekretariat kursus itu menjadi kelam-kabut. Tiba-tiba, salah seorang hadirin yang beragama hindu, yang diiktiraf oleh pihak penganjur sebagai pakar dalam ilmu Islam Hadari, telah mara ke hadapan dan membackan doa yang “sesuai untuk semua agama”, katanya. Para hadirin yang lain meng-amin-“kannya.
Senja itu, mereka yang sedang berkhemah di pantai Port Dickson itu, semuanya kami terkam. TNC, para Pengetua, pegawai, pelajar… semuanya kami lambung jauh ke daratan dan kami seret mereka kembali ke lautan. Ustaz Alim yang berpaut pada batang kelapa pun melayang hanyut apabila pokok kelapa tua itu bungkis!
v
Perintah yang kami terima adalah untuk terus meluncur kembali ke lautan, membawa bersama-sama kami segala makhluk yang dapat kami seret.
Aku terlihat Ustaz Alim tercungap-cungap. Dia hampir lemas seperti peserta-peserta yang lain. Timbul rasa kasihan pada diriku terhadap insan yang lurus dan tidak bersalah ini. Timbul pada diriku rasa ingin menyelamatkannya. Namun kami ialah makhluk yang menurut perintah semata-mata. Dan perintah yang kami terima adalah untuk terus meluncur kembali ke lautan, membawa bersama-sama kami segala makhluk yanag dapat kami seret.
Aku terus berenang sambil menjeling kepada Ustaz Alim yang terkapai-kapai di antara muka daratan dengan permukaan air. Tiba-tiba aku menerima perintah baharu. Aku dan rakan-rakan yang menerima perintah itu segera menyerbu ke arah Ustaz Alim dan menolaknya ke permukaan. Selepas itu, dia kami lambung ke pantai.
Ustaz Alim selamat terdampar di pantai semasa aku dan kawan-kawanku meluncur semula ke tengah lautan luas. Yeaaa… kami berteriak suka sambil jasad kaku insan-insan durjana yang kami terkami tadinya, berselerak di laut.
Misi kami selesai. Kami kembali ke lautan tenang. Sama seperti apa yang akan dilakukan oleh virus Covid-19 nanti apabila perintah yang ditempatkan pada dirinya, selesai dilaksanakannya.
TAMAT.
10.
PAKAT
“Kesian,” kata isteriku, sambil memandang kepada lelaki yang sedang membelek-belek tayar keretanya yang telah dikunci oleh pihak Dewan Bandaraya (DB) kerana kereta itu diletakkan di tempat yang tidak ada kotak parkir.
Kami berdua sedang duduk makan pagi di kedai Mamak di tepi jalan itu. Aku sedang menikmati teh tarik setelah selesai menghabiskan sekeping roti telur jantan. Isteriku sedang menikmati segelas teh panas selepas selesai menikmati sekeping roti canai pisang.
“Aa ah, kesian. Kenapa pihak DB kunci tayar keretanya sampai dia tak boleh nak bergerak. Zalim tu. Sepatutnya, saman saja la, nanti apabila dia ada duit, dia pergilah bayar saman tu di pejabt DB,” kataku kepada isteriku.
Selepas selesai makan pagi, kami bergerak untuk meninggalkan kedai Mamak itu. Kami lihat, lelaki tadi msih terkial-kial macam cuba menanggalkan kunci pada tayar keretanya.
“Kesian,” ulang isteriku. Tambahnya, “Cuba abang pergi tanya dia, apa masalah dia. Mungkin dia tak ada duit untuk bayar supaya DB membuka kunci pada tayar itu.”
“Eh, biarlah. Masalah dia tu, jangan campur la,” kataku. Kami tidak mengenali pun lelaki tu.
Entah kenapa, isteriku begitu kasihan melihat lelaki yang kelihatan sedih dan terus membelek-belek tayar keratnya yang dikunci DB itu. Isteriku terus mendesak aku pergi bertanya kepada lelaki itu, apa msalah yang dihadapinya.
Aku mendekati lelaki itu dan bertanya. Lelaki itu menjelaskan kepadaku bahawa DB minta dia membayar saman sebelum membuka kunci kereta itu. “Dan saya tak ada duit,” tegasnya.
Aku terus mendengar lelaki itu bercerita yang dia parkir di situ sekejap tanpa menyedari yang pegawai DB sedang meronda kawasan itu untuk mencari kereta yang silap parkir dan mengunci tayar. Tambahnya, “Saya sedang mahu ke hospital untuk mengambil anak dan isteri saya. Saya hantar mereka ke hospital tadi kerana anak saya demam. Saya tidak ada wang untuk mebayar saman ini. Saya dah tiga bulan kena berhenti kerja.”
“Berapa kena bayar?” tanyaku.
“150 ringgit.”
Aku membuka dompetku dan menyemak wang yang ada. “Oh, saya pun tak ada sampai RM150,” jelasku. “Tunggu sekejap, nanti saya pergi mesin ATM tu untuk ambil duit.”
Kebetulan, beberapa puluh meter dari situ, ada sebuah bank dengan beberapa mesin ATM. Aku memang biasa di tempat itu kerana selalu juga makan-makan di kedai Mamak itu; teh tariknya sedap.
Aku kembali ke lelaki itu setelah mendapatkan wang dari ATM dan memberikan kepadanya. Dia mengucapkan terima kasih dan melambai kepada dua orang pegawai DB yang berada tidak jauh dari situ. Sambil beredar, aku dan isteriku melihat lelaki itu membayar tunai kepada salah seorng pergwai DB sambil seorang pegawai lagi membukakan kunci pada tayar kanan depan kereta lelaki tersebut.
Kami berdua terus beredar ke kereta kami yang berada tidak jauh dari situ. Kami berasa gembira dapat menyelamatkan kesusahan seorang lelaki walaupun tidak kami kenali dia. Isteriku terutamanya, berasa gembira kerana aku telah menolong lelaki yang dalam kesusahan itu.
Peristiwa itu berlaku semalam. Pagi ini aku pergi minum pagi di kedai yang sama dan duduk di meja yang berdekatan dengan meja yang aku dan isteri duduk semalam. Namun hari ini aku berseorangan. Isteriku sibuk dengn kerja rumah dan tidak ikut minum pagi di kedai Mamak itu. Selepas aku tamat menghabiskan sekeping roti canai dan segelas teh tarik, aku terlihat seorang lelaki yang tayar keretanya dikunci oleh pegawi DB. Sama seperti peristiwa yang aku dan isteriku saksikan semalam.
Aku terfikir: Kalaulah aku pergi tolong lelaki itu seperti yang aku lakukan terhadap lelaki semalam, tentu isteriku akan gembira dan bangga apabila aki ceritaka kepadanya hal iu setibanya aku di rumah nanti.
Aku keluar dari kedai Mamak itu dan medekati kereta yang dikunci tayarnya. Lelaki pemilik kerata itu sedang susuh hati nampaknya. Dua orang pegawai DB berada dengannya sambil membincang-bicang hal samam itu.
Aku mendekati mereka dan bertanya apa msalahnya. Lelaki tiu menjelaskan yang pihak DB telah mengunci tayar keretaknya dan dia tidak ada wang untuk membayar supaya kunci pada tayar keretanya dibuka.
“Berapa samannya? tanyaku.”
“150 ringgit,” jawab lelaki itu.
.Aku membuka dompetku dan memeriksa wang di dalamnya.
“Oh, saya tak ada 150 ringgit. Nanti saya ke mesin ATM sekejap dan ambil wangnya ya.”
Salah seoerng pegawai DB itu memandang kepdaku dan berkata, “Tak apalah, encik. Semalam encik dah bagi kami bertiga RM150. Biar orang lain la pula…”
Aku tergamam.
9.
BIONIK
Bukannya aku pakar sangat dalam bidang prostetik dan ortotik (pno). Aku faham secara umum akan kepentingan dan keperluannya. Juga kegunaan dan penggunaannya. Dari aspek teknikal, manalah aku hendak tahu. Kelulusan akademikku bukan dalam bidang rehabilatasi. Aku pakar mekanik tisu, salah satu bidang utama kejuruteraan bioperubatan. Hal-hal seperti jenis dan saiz soket prostesis yang diperlukan oleh seseorang amputi misalnya, aku serahkan kepada pakarnya, para prostetis. Kami ada hampir 10 orang prostetis bertauliah (atau certified prosthetist and orthotist, ringkasnya CPO) yang bertugas di klinik rehabilitasi kami ini. Dalam dialek harian, prostesis itu dinamai anggota buatan atau anggota gantian. Juga dinamai anggota palsu. Ortosis pula ialah anggota sokongan (atau pendakap) untuk menyokong anggota badan yang mempunyai ketaksempurnaan.
Aku hairan apabila lelaki separuh umur itu beria-ia mahu bertemu dengan aku secara peribadi di dalam pejabat. Terasing dari patien lain yang berada di klinik pno kami pagi itu. Malah dia minta anak lelakinya yang berada bersam-samanya, yang berumur kira-kira 15 tahun itu, untuk menunggu di luar bilik pejabatku. Dia memang mahu bertemu dengan aku secara satu sama satu sahaja.
Aku faham penjelasannya. Aku mengertai keperluannya. Namun Datuk Ilhami tidak mahu menerima nasihat dariku. Aku memang faham apa yang dikehendakinya. Memang boleh dibuat. Kami punya kepakaran yang diperlukan. Namun jarang sekali orang buat hal itu dalam keadaan dan latar yang dikehendakinya. Mahal pula kosnya. Dan tidak natural.
Datuk Ilhami mahu kami potong kedua-dua tangan anak lelakinya Azam, dan menggantikannya dengan tangan bionik. Dia memang sudah membaca banyak tentang hal itu. Dan dia memahaminya. Dan dia tahu betapa mahal kosnya. Namun dia sanggup untuk membayarnya. Dia terlampau berlebihan wang. Dan dia sudah mengetahui banyak hal tentang tangan bionik moden. Tangan palsu yang kelihatan seperti tangan asli dan berfungsi seperti tangan asal tetapi dapat diolah supaya pemiliknya menjadi gagah. Itu isu pertama yang dihadapinya – untuk mengelakkan anak lelakinya itu terus-menerus dibuli di sekolah kerana lembab dari segi fizikal.
Hampir setahun selepas kami pasangkan tangan bionik kepada Azam, anak lelaki Datuk Ilhami itu, barulah Daatuk Ilhami datang semula untuk bertemu dengan aku. Sebenarnya, selepas Azam menerima sepasang tangan bionik, Datuk Ilhami dan Azam kerap juga ke klinik kami itu tetapi bertemu dengan para CPO kami sahaja. Tidak perlu berjumpa dengan aku. Aku bos di situ… dan lebih kepada membuat keputusan untuk melayan permintaan khusus para pelanggan kami. Bukannya menguruskan hal-hal teknikal.
Pertemuan aku dengan Datuk Ilhami pagi itu makin membingungkan aku. Katanya, dengan tangan bioniknya, Azam tidak lagi dibuli di sekolah. Dan di luar sekolah juga. Malah, secara sosial, Azam sudah bangkit menjadi hero. Budak-budak samseng tidak berani mengusik atau mencabarnya lagi. Mereka takut menerima tamparan aku buku lima dari tangan bionik Azam yang penuh bertenaga dan logaritmik gerakan yang super.
Namun, pada penglihatanku, Datauk Ilhami kelihatan rungsing. “Kenapa Datuk runsing?” tanyaku. “Bukankah Azam sudah mencapai apa yang diperlukannya?”
“Ya, alhamdulillah,” jawab Datuk Ilhami tegas. “Namun…”
Dia terhenti sejenak. Kemudian dia menceritakan kepadaku akan keperluan Adam yang terkini. Adam kini pelajar yang ditakuti di sekolahnya. Dia dihormat dari segi itu. Namun Azam tidak ada pencapaian yang dapat dibanggakannya kepada masyarakat…” tambah Datuk Ilhami.
“Apa yang Adam perlukan sekarang?” tanyaku, sambil memikirkan ratus ribu ringgit wang yang akan berpindah ke akaun syarikat kami sekiranya kami dapat memenuhi keperluan semasa Azam.
Aku benar-benar terperanjat apabila Datuk Ilhami menjelaskan kehendaknya. Lebih terperanjat daripada semasa kau mendengar dia mahu kami menggantikan kedua-dua tangan Azam dengna tangan bionik kira-kira setahun yang lalu.
“Datuk pasti?” soalku ragu.
“Pasti,” jawabnya pasti. Adam tidak ada sebarng pencapian sosial yang dapat dibanggakan sekarang…” tambahnya. Agak sedih ekspresinya semasa dia semasa menyatakan hal itu.
Aku persoalkan niatnya. Namun Datuk Ihami menegaskan yang dia telah membuat keputusan. Terpaksa aku ikut kehendak klien. Tambahan pula, wang yang akan masuk ke akaun syarikat kami adalah sukar diperoleh melalui bisnes kami yang rutin. Dan permintaan Datuk Ilhami itu boleh sahaja dilaksanakan. Dia mahu kedua-dua kaki Azam dipotong ke pangkal paha dan digantikan dengan kaki bionik. Hal ini akan mampu menjadikan Azam seorang ahli sukan yang gagah, dapat berlari dan melompat untuk mengalahkan para ahli sukan yang sedang menjulang nama mereka di sekolahnya sekarang.
Aku dan rakan-rakan pakar di klinik BioGo Sdn Bhd terus menggunakn kepakaran profesional kami untuk memenuhi permintaan Datuk Ilhami dan keperluan anaknya Azam.
Setahun berlalu. Selepas itu, baharu Datuk Ilhami masuk ke bilik pejabatku di Klinik BioGo semula. Dia bercerita kepadaku betapa sepasang kaki bionik yang kami pasngkan ke tubuh Azam talah meningkatkan prestasi Azam sebagai ahli sukan di sekolahnya. Azam mempunyai kedudukan yang sangat dihormati dari segi sosial.
Selesai bercerita, Datuk Ilhami kelihatan rungsing pula.
“Ada masalah lagi dengan Azam, Datuk?” tanyaku. Aku membayangakan aliran wang yang akan masuk ke akaun syarikat kami sekiranya Azam perlukan lagi apa-apa peranti yang dapat kami bekalkan.
“Sebenarnya, Azam sudah okey sekarang,” jelas Datuk Ilhami. Tambahnya, “Dari segi sosial, Azam amat dihormati oleh rakan-rakan dan guru-gurunya di sekolah. Dia tidak dibuli orang. Dan pencapaiannya dalam bidang sukan luar biasa cmerlangnya.”
“Jadi,” kataku, ” Azam sudah tidak ada masalah lagi di sekolah sekarang?”
“Ada,” jawab Datuk Ilhami, dengan nada yang rungsing.
“Apa lagi masalah Azam?” tanyaku, samil membayangkan berapalah wang yang akan mengalir ke akaun bank BioGo tak lama lagi dari akaun bank Datuk Ilhami.
Kata Datuk Ilhami, “Azam terkenal dan dihormati di sekolahnya dari segi sosial. Namun dia jauh ketinggalan dari segi akademik. Kami mahu BioGo tukarkan kepada Azam dengan kepala prostetik!”
Aku rebah ke lantai. Pengsan.
8.
DOMPET
Cerpen ini telah diterbitkan dalam antalogi cerpen berjudul Tulah
terbitan Gaksa Enterprise, Indonesia (2020).
SINOPSIS. Seorang lelaki separuh umur makan pagi di restoran Teh Tarik Palace tetapi tidak dapat membayar kosnya. Dia mendakwa tertinggal dompetnya di rumah. Kasyier restoran itu tidak percaya. Seorang wanita aktivis sosial yang ada bersama makan di restoran itu, memarahi lelaki separuh umur itu kerana tidak prihatin. Sebaliknya, ada pelanggan yang memarahi Mamak pemilik restoran kerana tidak langsung mahu bertimbang rasa. Muncul jaka Aku yang terus membayarkan kos makan lelaki itu tanpa soal. Jaka itu mengetahui sesuatu tentang lelaki separuh umur itu. |
MEJA itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan.
Di meja 17 itu, duduk seorang lelaki separuh umur bersama-sama dengan sebuah beg di kerusi di sebelahnya. Lelaki itu badannya masih kelihatan tampan tetapi rambutnya sudah banyak juga ubannya. Beg di kerusi di sebelahnya ialah beg kulit yang agak besar saiznya. Beg itu kelihatan baharu, masih baru sebulan dua digunakan. Beg itu diperbuat daripada kulit yang menarik, berwarna keperang-perangan dan berkilat. Ia berisi buku-buku. Lelaki tadi kelihatan seperti tuan punya beg itu. Beg itu kelihatan seperti milik lelaki separuh umur itu.
Lelaki dan beg itu berada di kerusi masing-masing dengan lelaki separuh umur tersebut sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan lelaki itu baru sahaja memesan makanan dan kelihatan agak kelaparan.
Lelaki dan beg tersebut berada di kerusi yang bersebelahan tetapi menghadap 90 darjah antara satu sama lain, kau faham, bukan? Maksudnya, garis pandangan lelaki itu dan garis pandangan dari kerusi tempat beg itu berada adalah bersilangan antara satu sama lain untuk membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, lelaki itu dan beg kulit tersebut berada di dua sisi meja itu yang berlainan dan dua sisi itu membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, kerusi yang menempatkan lelaki itu dan yang menempatkan beg tersebut masing-masing berada di meja itu, di dua sisi yang berlainan tetapi kedua-duanya berada sebelah-menyebelah antara satu dengan lain. Lelaki itu sengaja duduk di meja bernombor 17 kerana dia ialah peminat tegar bagi novel antiplot Meja 17 yang sedang laris di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lelaki separuh umur sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu.
Si lelaki memulakan proses memakan roti boomnya. Beg dibiarkannya di kerusi di sebelahnya. Dia tidak berkata apa-apa.
Tidak lama kemudian, roti boom si lelaki pun habis dimakan. Tinggal teh tarik sahaja yang perlu dilayani. Lelaki separuh umur yang sudah selesai menikmati roti boomnya terus mengalihkan tumpuannya untuk melayani telefon bimbitnya, sambil sesekali meneguk teh tarik panas dari gelas di hadapannya.
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.
Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja.
Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik yang membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
Pelayan restoran datang ke meja 17 menghulurkan invois kepada lelaki itu. Kelam-kabut benar kelihatan lelaki itu. Dia tak dapat nak bayar. Katanya, dompetnya tertinggal di rumah. Mamak kasyier tidak percaya, dan macam marah-marah kepadanya. Lelaki itu melihat sekeliling, dan akhirnya mohon bantuan pelanggan di meja terdekat, meja 18. Mereka yang berada di meja 18 itu berpandangan sesama sendiri, dan buat tak peduli; jelas tidak percaya kepada dia.
Rupa-rupanya, pada ketika itu, pada ketika aksi tersebut sedang berlaku di meja 17, ada seorang perempuan yang duduk di meja yang berhampiran, sedang memerhatikan lelaki di meja 17 dengan begnya itu. Betulkah beg itu kepunyaan lelaki yang tersebut? Agaknya la. Muka lelaki tu nampak biasa sahaja, tak nampak macam pencuri. Tak mungkin beg itu dicurinya kerana pencuri laknatullah biasanya tidak membawa barang curiannya untuk makan di kedai Mamak.
Perempuan tadi bangun dari mejanya, meja bernombor 19. Perempuan ini sebenarnya adalah juga peminat tegar novel Meja 17 dan sewaktu dia masuk ke restoran itu tadi, dia sememangnya terus menuju ke meja bernombor 17. Malangnya, meja itu sudah terlebih dahulu diisi oleh lelaki dengan beg tersebut, menyebabkan perempuan itu terpaksa menuju ke meja 19 dengan perasaan geram. Geram marah, rasa hendak tampar, bukannya geram berahi, rasa hendak peluk cium.
Kini perempuan itu terus menuju ke meja 17 yang sedang diduduki lelaki tadi.
“Encik,” tegur perempuan itu kepada lelaki tersebut apabila dia sampai di meja 17. “Encik sepatutnya lebih berhati-hati. Jadikan satu tabiat, nak makan di kedai tengok duit dulu. Jangan pakai makan sahaja. Inilah tabiat buruk yang sedang merosakkan suasana sosial dalam masyarakat kita pada hari ini,” bentaknya. Mukanya merah marah.
Wah, perempuan itu seorang aktivis sosial agaknya! Tidak mungkin dia bertindak begitu untuk merebut meja 17 daripada lelaki dengan beg itu.
Lelaki di meja 17 tersebut memandang terkejut ke muka perempuan yang menyerangnya itu.
Datang seorang lelaki remaja dari meja 16. Katanya kepada perempuan yang sedang marah-marah itu. ““Puan, apabila namanya insan, terlupa, tertinggal, terlepas, dan tersalah adalah lumrah.” Dia melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu dengan sinis..
Tetiba wajah wanita aktivis sosial yang garang tadi berubah warna daripada merah kepada merah padam.
“Oh, kenapa dia perlu lalai sebegitu rupa? Tabiat yang positif perlu dijadikan amalan dan cara hidup! Entah-enetah dia menipu…” bentaknya.
Seorang lagi remaja lelaki di meja sebelah, meja 16, tetiba meluru ke arah mereka dan menyampuk. Katanya, “Ala… sepatutnya tuan punya restoran ni buat csr jer. Dia buat duit berpuluh-puluh ribu sehari, tak boleh nak tolong ke? Mari kita boikot kedai ni…”
Suasana kelihatan tegang sekali.
Aku ke meja 17 dan bertanya si Mamak kasyier, berapa si lelaki itu perlu bayar. Ah, dia makan roti boom dan teh tarik sahaja. RM4.80 sahaja. Aku bayarkan kos itu bersama dengan bil aku.
Aku memang percaya yang lelaki itu tertinggal dompetnya di rumah. Walaupun dia tidak cam akan aku tetapi aku kenal akan dia, seorang profesor gred A di sebuah universiti terkemuka. Gajinya dalam RM30,000 sebulan.
(Perhatian: Set dialog di bahagian akhir cerpen ini saya petik daripada komen pembaca apabila saya siarkan cerpen ini sebagai status di akaun Facebook saya – Irwan Abu Bakar).
TAMAT .
7.
NANGIS
Cerpen ini telah diterbitkan dalam antalogi cerpen berjudul Tulah
terbitan Gaksa Enterprise, Indonesia (2020).
SINOPSIS. Sepasang suami isteri duduk makan pagi lewatan di restoran Teh Tarik Palace. Suami memesan set makan pagi lengkap sementara isterinya dipesankannya segelas teh O panas sahaja, atas alasan bajetnya cukup hanya untuk seorang makan sahaja. Sikap lelaki itu dikritik wanita aktivis sosial yang sedang makan di situ. Tetiba pelayan restoran membawakan set makan pagi yang lengkap untuk si isteri. Suasana menjadi amat mengharukan. |
MEJA itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan.
Di meja 17 itu, duduk seorang lelaki separuh umur bersama-sama dengan seorang wanita. Si lelaki kelihatan umurnya sekitar 45 tahun. Badannya masih kelihatan tampan tetapi rambutnya sudah banyak juga ubannya. Si perempuan kelihatan hampir sebaya dengannya. Susuk badannya langsing. Rambutnya lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Si lelaki kelihatan seperti suami kepada wanita itu. Si wanita kelihatan seperti isteri kepada lelaki. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan. Si suami kelihatan agak kelaparan sedangkan si isterinya tidak sebegitu.
Pasangan tersebut duduk bersebelahan tetapi menghadap 90 darjah antara satu sama lain, kau faham, bukan? Maksudnya, garis pandangan mereka berdua itu bersilangan antara satu sama lain untuk membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka duduk di dua sisi meja itu yang berlainan dan dua sisi itu membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka duduk di meja itu, di dua sisi yang berlainan tetapi mereka berada sebelah-menyebelah antara satu dengan lain. Pasangan itu sengaja duduk di meja bernombor 17 kerana kedua-duanya ialah peminat tegar bagi novel antiplot Meja 17 yang sedang laris di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Si lelaki sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Kemudian seorang pelayan Mamak kedai itu datang membawa segelas teh O panas. Diletaknya teh O itu di hadapan sang wanita.
Pasangan lelaki dan wanita itu terus menikmati juadah masing-masing. Sesekali mereka serius, sesekali mereka tersenyum, sesekali mereka mengerutkan kening dan dahi, dan sesekali mereka ketawa.
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.
Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja.
Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
Datang pelayan restoran ke meja 17 untuk mengira bayaran yang akan dikenakan. Pelayan itu bertanya, “Sorang jer makan ke?”
Si suami menjawab, bergurau, “Bajet yang kami ada cukup untuk sorang makan jer, maka saya makan la…”
Hakikat sebenarnya, si isteri baru sahaja makan pagi sebentar di rumah mereka tadi. Si lelaki tidak sempat makan pagi di rumah, jadinya si lelaki itu sedang lapar. Selepas urusan di bank, mereka ke restoran itu, duduk di meja 17.
Rupa-rupanya, pada ketika itu, pada ketika pasangan tersebut sedang beraktiviti di meja 17, ada seorang lain perempuan yang duduk di meja yang berhampiran, sedang memerhatikan pasangan suami isteri di meja 17 yang tersebut. Betulkah pasangan insan itu merupakan pasangan suami isteri? Agaknya la. Lagak mereka pun kelihatan mesra sekali dan tidak malu-malu. Lagi pun, tidak mungkin pasangan itu ialah lelaki pelanggan pelacur dengan perempuan pelacur yang dilangganinya kerana lelaki laknatullah yang melanggani pelacur biasanya tidak membawa pelacur laknatullah yang dilangganinya untuk makan di kedai Mamak.
Perempuan tadi bangun dari mejanya, meja bernombor 19. Perempuan ini sebenarnya adalah juga peminat tegar novel Meja 17 dan sewaktu dia masuk ke restoran itu tadi, dia sememangnya terus menuju ke meja bernombor 17. Malangnya, meja itu sudah terlebih dahulu diisi oleh pasangan suami isteri yang tersebut menyebabkan perempuan itu menuju ke meja 19 dengan perasaan geram. Geram marah, rasa hendak tampar, bukannya geram berahi, rasa hendak peluk cium.
Kini perempuan itu terus menuju ke meja 17 yang sedang diduduki pasangan suami isteri tadi.
“Encik,” tegurnya kepada si suami. Sambungnya, “Encik makan sedulang roti boom seorang diri sementara isteri encik hanya dipesankan segelas teh O panas sahaja. Tabiat buruk memperlekeh-lekehkan isteri seperti inilah yang sedang merosakkan keharmonian rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini,” bentaknya. Mukanya merah marah.
Wah, perempuan itu seorang aktivis sosial agaknya! Tidak mungkin dia bertindak begitu untuk merebut meja 17 daripada pasangan suami isteri itu.
Pasangan suami isteri di meja 17 tersebut memandang terkejut ke muka perempuan yang menyerang mereka itu.
Pada ketika itu, pelayan restoran tadi datang semula membawa sedulang lagi roti boom dan meletaknya di depan si wanita: sedulang makanan yang sama seperti makanan yang berada di dulang si suami.
“Eh, kami tak pesan pun…” kata si lelaki kepada pelayan itu.
“Tak per, Encik. Tak perlu bayar. Percuma, tauke belanja…” kata pelayan itu.
Menitis air mata si suami.
TAMAT CERPEN 5.
Ulasan Cerpen 5: Irwan Abu Bakar (“Nangis”)
Irwan Abu Bakar memang lihai bermain dengan detail. Tak hanya tentang area restoran itu, dengan meja dan pengunjungnya, tapi juga makanan dan minuman yang dipesan pelanggan.
Dalam “Nangis”, Prof. Irwan, sapaan akrab Irwan Abu Bakar, kembali menyajikan situasi yang sebenarnya benderang untuk disimak. Namun, kembali ada perempuan yang terkecoh sehingga ia mengintervensi pasangan itu.
Memang terasa agak berlebihan kenapa perempuan itu harus marah, melakukan intervensi ke urusan orang lain. Toh suami isteri tak melakukan apapun yang merugikan orang lain. Namun, perilaku perempuan itu bisa jadi cerminan masyarakat yang sering melihat sampul (cover) lebih dulu daripada isinya?
Air mata si suami juga bisa berarti ia memang benar-benar terharu atas perhatian bos restoran itu. Bisa juga ia “terpukul” karena justeru orang lain yang peduli pada isteri, bukannya dia sebagai suami.
6.
PINANG
Cerpen ini telah diterbitkan dalam antalogi cerpen berjudul KaTaBaKu
terbitan Gaksa Enterprise, Indonesia (2020).
SINOPSIS. Lelaki separuh umur bertemu pemuda 25 tahun di restoran Teh Tarik Palace. Pertemuan itu adalah pertama kali tetapi mereka sudah beinteraksi di internet sebelumnya. Dalam pertemuan itu, si jaka melamar lelaki separuh umur itu untuk menjadi suaminya. |
“Saya memang tak suka perempuan; dari mula lagi.”
“Suka sesama lelaki?”
“Yup.”
“Top ke bottom?”
“B.”
Meja itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan. Di meja itulah dua lelaki itu sedang berbicara.
“Kenapa abang menghubungi saya di media sosial?”
“Bukankah sdr yang menghubungi saya dulu?”
“Tidak. Abang yang menghubungi saya dulu.”
“Oh, ye ke? Terlupa pulak saya.”
Di meja 17 itu, kelihatan seorang lelaki hampir separuh umur bersama seorang lelaki muda. Yang lebih tua, umurnya sekitar 45 tahun. Badannya masih kelihatan tampan tetapi rambutnya sudah banyak juga ubannya. Yang lebih muda, masih remaja, sekitar 25 tahun umurnya. Bentuk badanya slim. Rambutnya lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Yang hampir separuh umur, seperti abang kepada remaja itu. Yang muda, seperti adik kepada lelaki yang hampir separuh umur itu. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan dan kedua-duanya kelihatan agak kelaparan.
“Kenapa minta bertemu saya?”
“Saya hendak mencari suami.”
“Suami?”
Lelaki hampir separuh umur sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Lelaki 25 tahun juga sudah menerima pesanannya – chicken strips dan French fries serta segelas Milo panas. Dua lelaki itu lantas memulakan proses memakan hidangan sarapan masing-masing.
“Saya hendak mencari suami baharu. Suami saya sudah ada orang lain. Saya tinggalkan dia.”
“Suami? Oh, sugar daddy agaknya…”
“Ya, macam sugar daddy… Tapi lebih kepada suami.”
Tidak lama kemudian, roti boom si lelaki hampir separuh umur pun habis dimakan. Tinggal teh tarik sahaja yang perlu dilayani. Chicken strips dan French fries si lelaki 25 tahun pun habis dimakan. Tinggal segelas Milo panas sahaja yang perlu dilayani.
“Berapa umur sdr?”
“25.”
“Sudah lama bersuami tu?”
“Couple lima tahun.”
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.
Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja.
Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik yang membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
“Boleh tak abang menjadi suami saya?”
“Menjadi suami? Untuk apa?”
“Supaya saya boleh menjadi isteri. Boleh tinggal bersama-sama abang. Boleh interaksi sebagai pasangan PLU.”
Apakah hubungan antara dua lelaki di meja 17 itu? Entahlah, sukar untuk diagak. Kecanggungan interaksi mata antara mereka menggambarkan mereka baru berkenalan, baru pertama kali bersua muka. Namun ada kemesraan sosial dalaman antara mereka, menandakan mereka biasa berinteraksi di media sosial atau di telefon, ber-WhatsApp atau ber-Telegram barangkali. Dua lelaki yang sedang menghadapi minuman masing-masing itu terus berbual-bual.
“Berinteraksi sebagai pasangan PLU?”
“Yup.”
“Saya takut… Berdosa.”
“Semua perbuatan ada dosanya, ada pahalanya…”
Pada ketika itu, pelayan restoran datang ke meja 17, menghulurkan invois kepada lelaki hampir separuh umur itu. “Kami mahu tutup kedai sebentar, encik,” kata pelayan itu. “Pukul 1.00 nanti kami buka semula untuk makan tengah hari.”
“Boleh ke, Abang? Atau abang cuba sekali dulu, buat dengan saya…. Lepas tu, baru abang buat keputusan sama ada nak jadi suami saya atau tidak. Nak ke cuba sekali, abang?”
TAMAT.
Kuala Lumpur, 03.03.2020.
5.
+ – × ÷
Cerpen ini telah diterbitkan dalam antalogi cerpen berjudul KaTaBaKu
terbitan Gaksa Enterprise, Indonesia (2020).
SINOPSIS. Dua orang jaka duduk di meja 17 di restoran Teh Tarik Palace. Mereka sibuk di henfon masing-masing dan kelihatan tidak berrinteraksi antara satu sama lagi. Mereka ditegur wanita aktivis sosial atas perangai yang dianggapnya antisosial. Jaka berbaju merah memberikan penjelasan yang membuat wanita aktivis sosial itu tergamam. |
MEJA itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan.
Di meja 17 itu, duduk dua orang lelaki muda. Seorang mengenakan baju-T berwarna merah sementara seorang lagi berbaju-T berwarna hitam. Mereka masih remaja, dalam 17 tahun umurnya. Susuk badan mereka tampan dan langsing. Rambut lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Remaja yang berbaju merah kelihatan seperti sahabat sebaya kepada lelaki berbaju hitam. Yang berbaju hitam kelihatan seperti sahabat sebaya kepada lelaki berbaju merah. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (atau brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan dan kedua-duanya kelihatan agak kelaparan.
Dua orang lelaki muda itu duduk bersebelahan tetapi menghadap 90 darjah antara satu sama lain, kau faham, bukan? Maksudnya, garis pandangan lelaki berdua itu bersilangan antara satu sama lain untuk membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka duduk di dua sisi meja itu yang berlainan dan dua sisi itu membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka masing-masing duduk di meja itu, di dua sisi yang berlainan tetapi mereka berada sebelah-menyebelah antara satu dengan lain. Lelaki-lelaki itu sengaja duduk di meja bernombor 17 kerana kedua-duanya ialah peminat tegar bagi novel antiplot Meja 17 yang sedang laris di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lelaki berbaju merah sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Seorang pelayan Mamak kedai itu datang membawa sedulang chicken strips dan french fries serta segelas lagi teh tarik. Diletaknya racikan ayam, gorengan potongan kentang, dan teh tarik itu di hadapan remaja berbaju hitam.
Dua lelaki remaja itu terus memamah makanan masing-masing sambil melayani telefon bimbit masing-masing, dengan sesekali meneguk teh tarik panas dari gelas masing-masing. Sesekali mereka serius, sesekali mereka tersenyum, sesekali mereka mengerutkan kening dan dahi, dan sesekali mereka ketawa.
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.
Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja.
Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
Rupa-rupanya, pada ketika itu, pada ketika dua lelaki remaja tersebut beraktiviti di meja 17, ada seorang perempuan yang duduk di meja yang berhampiran, sedang memerhatikan dua orang lelaki remaja bersahabat baik di meja 17 yang tersebut. Betulkah dua lelaki itu semata-mata dua orang yang bersahabat baik? Agaknya la. Lagak mereka pun kelihatan mesra kawan biasa. Bukan jenis yang berbincang tentang “top ke bottom?”. Lagi pun, tidak mungkin dua lelaki itu pasangan PLU kerana lelaki PLU laknatullah biasanya tidak membawa pasangan laknatullah mereka makan di kedai Mamak.
Perempuan tadi bangun dari mejanya, meja bernombor 19. Perempuan ini sebenarnya adalah juga peminat tegar novel Meja 17 dan sewaktu dia masuk ke restoran itu tadi, dia sememangnya terus menuju ke meja bernombor 17. Malangnya, meja itu sudah terlebih dahulu diisi oleh dua orang lelaki tersebut menyebabkan perempuan itu terpaksa menuju ke meja 19 dengan perasaan geram. Geram marah, rasa hendak tampar, bukannya geram berahi, rasa hendak peluk cium.
Kini perempuan itu terus menuju ke meja 17 yang sedang diduduki dua lelaki remaja tadi.
“Adik,” tegur perempuan itu kepada dua lelaki tersebut apabila dia sampai di meja 17. “Saya lihat adik berdua terlalu leka dengan telefon bimbit masing-masing. Tidak bercakap-cakap langsung antara satu dengan lain. Inilah tabiat buruk yang sedang merosakkan hubungan sosial dalam masyarakat kita pada hari ini,” bentaknya. Mukanya merah marah.
Wah, perempuan itu seorang aktivis sosial agaknya! Tidak mungkin dia bertindak begitu untuk merebut meja 17 daripada lelaki berdua itu.
Dua lelaki remaja di meja 17 tersebut memandang terkejut ke muka perempuan yang menyerang mereka itu.
“Puan, kami sedang berkomunikasi berdua. Kami berkomunikasi menggunakan telefon kami!” kata lelaki remaja berbaju merah itu. Remaja berbaju hitam melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Tetiba wajah wanita aktivis sosial yang garang tadi berubah warna daripada merah kepada merah padam. “Oh, kenapa anda perlu berbincang dengan menggunakan telefon bimbit? Kenapa tidak tatap muka dan lontarkan suara? Itu dua gerak asas komunikasi!” bentaknya.
Oh, dia mempunyai ilmu akademik asas tentang komunikasi rupa-rupanya. Mungkin dia pengikut tegar portal FIKKOM (Fikir & Komunikasi) yang diuruskan oleh syarikat Real Good Studio di URL http://fikkom.home.blog.
Remaja berbaju merah menjawab. “Sukar kami hendak berkomunikasi begitu, puan,” katanya sambil melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu. Remaja berbaju hitam melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Perempuan itu, secara spontan, membeliakkan matanya dan bertanya, “Sukar hendak berkomunikasi dengan menatap muka dan melontarkan suara? Mustahil! Apa yang sedang kamu berdua bincangkan?”
Remaja lelaki berbaju merah menunjukkan skrin telefonnya kepada wanita itu.
Perempuan itu tergamam. Matanya semakin terbeliak apabila melihat kandungan skrin telefon bimbit yang ditalakan kepadanya itu. Menjadi serba salah perempuan aktivis sosial itu apabila melihat pancaran imej ini:
TAMAT.
2005
4.

TIRU MACAM DIA
Dewan Sastera, April 2005
Tepat jam tujuh setengah pagi. Dia datang dan duduk seorang diri di meja sebelah tempat aku sedang minum teh tarik, makan sekeping roti canai, dan membaca akhbar hari itu. Dia membuaat pesanan. Pelayan restoran Mamak itu, membawa pesanannya, iaitu dua gelas teh tarik dan dua keping roti canai. Dia menelan seteguk teh tarik daripada salah satu gelas di hadapannya dan memkan roti canai daripada salah satu piring yang terhidang di hadapannya. Roti canai itu dimakannya segera sehingga habis, lalu dia membaca akhbar.
Bacaan akhbarnya di selang-seli dengn meneguk teh tariknya. Hingga ketiga-tiga bahagian akhbar habis dibacanya. Lebih kurang 40 minit digunakannya untuk menghabiskan akhbar dan teh tariknya. Selepas itu dia pergi ke kaunter membuat bayaran. Setelah bayaran dilunaskan, dia terus pergi. Sekeping lagi roti canai dan segelas teh tarik di atas mejanya ditinggalkannya tanpa disentuh. Begitulah kelakuannya pada setiap hari.
Sudah 10 hari aku memerhatikan kelakuan pelik lelaki itu. Aku orang baharu di situ. Memang setiap pagi aku ke kedai Mamak itu untuk bersarapan pada pukul tujuh suku pagi. Dari hari pertama aku bersarapan di kedai Mamak itu, aku lihat setiap pagi lelaki berumur 30-an dan berbadan tegap itu, mengulangi kelakuan peliknya, iaitu memesan roti canai dan teh tarik untuk dua orang, tetapi menghabiskan bahagiannya sahaja. Bahagian untuk seorang lagi ditinggalkan tanpa dijamah apabila dia pergi.
10 hari terlalu lama untuk aku terus menahan rasa kehairanan. Namun, hendak bertanya kepadanya akan kepelikan kelakuannya, tidak berani aku. Maklumlah, aku orang baharu di situ dan lelaki itu belum aku kenali walaupun setiap pagi aku menjeling kepadanya dan dia menjeling kepadaku. Aku tidak berani walaupun aku juga lelaki berumur awal 30-an dan berbadan tegap sepertinya.
Aku mendapat suatu ilham. Apa kata kalau aku berbuat sepertinya juga? Tentu dia akan kehairanan. Tentu dia akan datang bertanya kepadaku akan kepelikan kelakuanku itu. Aku menjangka, daripada pertanyaannya itu, aku akan dapat merumuskan rahsia di sebalik kelakuan peliknya. Berbagai-bagai soalan boleh ditanya olehnya kepadaku. Antara soalan-soalan yang akan ditanyanya adalah seperti yanag berikut:
“Adakah saudara sedang menunggu seorang tetamu yang tidak kunjung tiba?”
“Adakah saudara biasanya bersarapan di sini dengan isteri saudara, tetapi kini isteri saudara sudah tiada dan saudara tidak dapat menerima hakikat itu?”
“Adakah saudara kesunyian dan mengharapkan seseorang datang duduk bersama-sama saudara demi mendapatkan sarapan pecuma yang saudara hidangkan?”
“Adakah saudara tidak mahu diganggu, maka saudara sengaja memesan teh tarik dan roti canai yang lebih, supaya jika ada kawan-kawan saudara yang mahu duduk bersama-sama dengan saudara, akan saudara katakan bahawa saudara sedang menunggu seseorang dan tidak bolehlah dia duduk bersama-sama saudara?”
Daripada soalan yang ditanyanya kepadaku nanti, aku akan dapat mengagak apakah masalah lelaki itu? Aku akan dapat mengagak kenapa dia berkelakuan pelik seperti itu?
Pada hari ke-11 aku ke kedai Mamak itu, aku memesan dua gelas teh tarik dan dua keping roti canai. Jam tujuh dua puluh lima pagi. Aku duduk seorang, meneguk teh tarik, makan roti canai, dan membaca akhbar. Segalas lagi teh tarik dan sekeping lagi roti canai aku biarka tidak berusik.
Lima minit berlalu. Jam tujuh setengah pagi, seperti biasa, lelaki berumur awal 30-an dan berbadan tegap itu pun sampai. Dia melihat ke mejaku dan seolah-olah “ternampak” akan kelakuan pelik aku itu, iaitu duduk seorang diri tetapi memesan dua gelas teh tarik dan dua keping roti canai seolah-olah hidangan untuk dua orang.
Aku agak tersentak apabila lelaki itu tidak ke meja sebelah seperti biasa. Sebaliknya, dia tersenyum kepadaku lantas duduk di mejaku, di hadapanku. Aku membalas senyumannya. Dia atidk berkata apa-apa sebaliknya aterus dengan kebiasaannya menelan seteguk teh tarik dari gelas di hadapannya dan makan roti canai yang terhidang di hadapannya. Roti canai itu dimakannya segera hingga habis, lalu dia membaca akhbar. Bacaan akhbarnya diselang-seli dengan meneguk teh tarik. Hingga ketiga-tiga bahagian akhbar habis dibaca. Lebih kuranga 40 minit digunakannya untuk mengusaikan akhbar dan teh tarik. Cuma kali ini, teh taroik yang diminumnya, roti canai yang dimakannya, dan akhbar yang dibacanya ialah kepunyaan aku. Aku yang memesannya tadi.
Usai lelaki itu dengan gerak laku hariannya, aku menanti dengan penuh debaran. Aku menanti soalan daripada lelaki itu. Apakah soalan yang akan ditanyanya kepadaku yang akan mendedahkan rahsia di sebalik kelakuan peliknya setiap hari sebelum itu.
Lelaki itu memandang kepadaku tetapi tidak bertanya apa-apa. Dia tersenyum dn menghulurkan sekeping kertas putih ke tanganku. Aku menyambut kertas itu. Lelaki itu bangun, tersenyum lagi tanda minta diri, lantas berlalu dari situ.
11 hari ialah tempoh yang terlalu lama untuk aku terus menahan rasa kehairanan. Aku bergopoh-gapah membuka kertas di tanganku apabila kelibat lelaki itu telah hilang daripada pandanganku dalam keriuhan pagi itu. Di atas kertas itu tertulis nota untukku: “Selamat jalan, saudara. Esok kita tidak akan berjumpa lagi. Esok saudara tidak akan ke mari lagi. Kedai ini tidak cukup besar untuk menampung kehadiran dua orang yang gila seperti kita.”
Aku ketawa terbahak-bahak membaca nota itu. Lucunya. Aku terus ketawa. Aku tidak dapat berhenti ketawa. Sebentar kemudian, datang sebuah ambulans dan beberapa orang kakitangan dari dalam ambulans itu mengepungku dan menangkapku lalu membawa aku ke wad. Aku terus ketawa. Lucunya. Semakin besar gelakku, semakin kejap tanganku dipegang oleh kakitangan ambulans dan kemudian tubuhku didorong ke dalamnya. Tawa aku semakin kuat, maka semakin jelaslah kegilaan aku di mata mereka!
TAMAT.
2004
3.

PADAM
Dewan Sastera, November 2004.
Cerpen ini memenangi Hadiah Sastera Malaysia
(Karya Eceren: Cerpen), 2004-2005.
“Arnab. 200 cucuk.”
Dua ratus cucuk sate arnab dipesannya! Hai, berapa lama dia mahu duduk-duduk di restoran ini bersama-sama isteriku? Berapa lama dia mahu mempermainkan “emosi wanita” isteriku? Berapa lama dia mahu menggoda isteriku?
Dia lantas duduk disusuri waktu sambil menunggu tetamunya dengan sedulang sate arnab dan segelas jus limau nipis di atas meja di dadapannya. Dia kelihatan amat riang dan yakin. Namun ada kegelapan pada sinar matanya. Ada durjana pada teleng kepalanya. Dia sabar menanti. Namun apabila tetamu yang dinanti-nantinya tidak tiba juga setelah hampir setengah jam, dia menjadi resah. Sesekali dia melihat imej mukanya dalam cerrmin. Sesekali dia menyikat rambut jarangnya. Menyembur pewangi nafas ke dalam mulut. Dan semakin lama semakin gelisah dia.
Aku memerhatikan raut dan riak gelaget lelaki yang berumur kira-kira 35 tahun itu dari meja yang berhampiran – dengan mata yang menikam tajam, dengan hati yang menjeruk dendam. Kami sama-sama berada di tingkat atas Restoran E-sastera. Lelaki itu ialah rakan sembang internet yang kerap berinteraksi dengan isteriku di alam siber sejak kebelakangan ini. Kini sudah seminggu lebih aku menyamar sebagai issteriku dan bersembang siber dengannya – sehingga aku yang disangkanya isteriku, mencadangkan untuk bertemu di restoran ini.
– Bagaimana kalau kita bertemu di alam nyata?
+ Wow, tentu boleh. Esok? Di Restoran E-sastera?
– Beres. Jam 10.00 malam.
+ Kita makan sate arnab. Berapa cucuk saudari nak?
– 200 cucuk, ha … ha … ha.
Sengaja aku meminta pertemuan itu kerana ada urusan hati yanag mahu aku selesaikan dengan jantan kurang ajar itu!
Satu jam dia menunggu. Setengah jam dia riang yakin, setengah jam dia resah gelisah. Sempat dia membaham lima cucuk sate arnab dan menghabiskan segelas jus limau nipis dan melangsaikan senaskhah majalah hinuran. Kerana buah yang ditunggunya tidak gugur-gugur, dia mengangkat pungggungnya dan meninggalkan Restoran E-sastera. Ada kekecewaan tercoret pada air mukanya. Ada kekesalan terpancar di matanya.
Dalam gelap malam kota yang diterangi lampu-lampu jalan, aku mengekori kereta lelaki itu sehingga Wira biru lautnya itu berhenti di garaj rumah teres dua tingkatnya. Itu sahaja maklumat yang aku perlu tahu: alamat kediamannya.
Berlumba aku dengan kilat. Aku bergegas ke sebuah warung siber 24 jam. Aku perlu berhati-bati dalam urusanku ini. Beroperasi dari warung siber lebih selamat kerana sukar dijejak. Jika aku beroperasi dari rumah atau pejabat, identitiku dapat dijejaki dengan mudah melalui alamat IP.
Isteriku seoerang wanita yang baik. Alim dan tidak pernah meninggalkan sembahyang. Kami berjanji sehidupm semati, timbel tenggelam bersama, walau apa-apa pun yang berlaku, walaupun ganas taufan melanda. Memang aku akui yang kadang-kadang dia kesunyian apabila aku ke luar bandar dengan tugas-tugasku. Namun isteriku memahami hakikat bahawa aku terpaksa bertugas untuk mencari wang ringgit bagi menyara keluarga. Isteriku dapat menerimanya. Memang dia faham dan dapat menerimanya. Namun isteriku berubah sikap apabila diganggu lelaki ini. Isteriku telah memasuki alam penuh khayal dengan keseronokan bersembang di internet, tanpa menyedari implikasi bahawa perbuatannya itu merupakan perbuatan curang kepada suami.
Isteriku dan lelaki itu mulanya berinteraksi di alam maya apabila mereka terserempak di suatu chat room secara kebetulan. Pada masa itu, interaksi siber antara mereka berlaku pada peringkat biasa sahaja. Peringkat suka-suka. Peringkat main-main. Seronok-seronok. Tiada ikatan emosi.
+ Dah makan.
– Dah.
+ Hari ini masak lauk apa?
– Tak masak lauk. Goreng mihun sahaja.
+ Mihun pun sedap. Ha … ha … ha.
– Ha … ha … ha.
Kemudiannya medan interaksi mereka telah dipindahkan ke instant messenger. Di situ, lelaki itu memulakan perbincangan tentang isu-isi peribadi. Hubungan antara mereka mahu diintimkannya lagi, lebih daripada hanya sepasang penyembang kasual di alam siber.
+ Saudari dah kahwin ke?
– Dah. Dah 35 tahun umurku.
+ Umur kita sama sebenarnya.
– Ya ke?
+ Banyak masa untuk bersembang di internet, nampaknya. Kerja rumah dah buat?
– Tinggal seorang. Kerja apa sangatlah hendak dibuat.
Selepas fasa itu, dia mula pula mempermainkan “emosi perempuan” isteriku dengan membincangkan hal-hal yang melibatkan hati dan perasaan. Maklumlah, isteriku selalu tinggal keseoerangan. Selalu kesunyian.
+ Kita berdua beremosi sama nampaknya. Sama-sama berbintang Tauraus. Jenus emosional orangnya.
– Betul. Saya memang emosional orangnya.
+ Saya berasa saudari sedang kesunyian.
– Taklah. Saya biasa sahaja.
Selaps fasa ini pula, mereka telah mula berbincang tentang urusan harian masing-masing pula. Siapa buat apa? Di mana? Hal yang biasanya dibincangkan oleh pasangan suami isteri sahaja.
+ Hari ini banyak kerjalah. Nak basuh kain baju. Lepas itu nak menggosok pula. Tak boleh sembang lama-lama. Jumpa esok. Bye.
Suami tiada di rumah. Anak tiada. Dalam keadaan ini, kerja rumah minimum. Tentu kebosanan boleh terubat jika dapat berkomunikasi dengan orang yang rajin melayan emosi dan nafsu.
+ Suami ke mana hujung minggu ni?
– Penang. Ada urusan perniagaan.
+ Betul ke? Ke … dia gi cari awek lain. Ha … ha … ha.
– Taklah. Mengarut sahaja saudar ni!
+ Kan elok kalau saudari pun ada teman. Jangan asyik memendam rasa.
– Teman untuk apa?
+ Duduk-duduk bertukar perasaan. Dan mengadu hal. A shoulder to cry on.
– Saya okey begini.
+ Saya rasa saudari tak okey. Saudari sahaja memendam rasa. Entah di manalah dia sekaranga. Entah dengan siapalah dia sekarang.
Aku menyedari apa yang sedang berlaku apabila terbaca rekod-rekod sembang itu yang memang aku salurkan ke cakera keras. Rupa-rupanya mudah sekali bagi lelaki yang “entah siapa-siapa” untuk menggoda seorng wanita di alam siber. Barangkali orang mudah terpikat di alam siber kerana rakan sembang di hujung talian adalah misteri dan sentiasa dibayangkan di minda sebagai manusia ideal yang diidam-idamkan. Setelah menyusup gerbang masuk alam siber, kekadang orang terlupa bahawa fizikalnya masih berada di dunia nyata dan masih dipengaruhi undang-undang dan peraturan dunia nyata.
Pada suatu peringkat, interaksi dengan isteriku itu telah sengaja diseret oleh lelaki itu ke lembah orang bercinta, dengan menggunakan istilah pasangan yang sedang berkasih sayang, seperti “cantik”, “rindu”, “sayang”, dan sebagainya.
+ Saudari tentu seorang yang cantik.
– Taklah.
+ Apabila perempuan berkata “tak”, maksudnya “mungkin”.
– Ha … ha … ha.
+ Eh, ke mana semalam, tak masuk ke internet? Saya rindu. Saudarai tak rasa rindu?
– Emm … mungkin.
+ Apabila perempuan berkata “mungkin”, maksudnya “ya”.
– Eh, awak nakallah.
+ Ha … ha … ha. Kenapa apabila perempuan bercakap, lain di mulut lain di hati?
– Saya tak macam tu. Saya bercakap betul. Kalau saya ajak sembahyang, takkanlah maksudnya saya ajak tidur.
+ Apa? Ajak saya tidur?
Hal ini tidak boleh jadi. Seorang perempuan yang telahpun kuijab kabul dan terpaksa bersendirian di rumah, digoda lelaki iblis ini. Entah-entah lelaki itu memang mengenali kami berdua, mana tahu!
Terkesan aku akan sedikit perubahan pada diri isteriku sendiri. Kekadang fikirannya melayang entah ke mana walaupun aku di sisinya. Apakah emosinya terperangkap di alam siber sewaktu dirinya beredar meninggalkan kelir komputer?
Dayuslah aku jika aku biarkan semua ini berterusan! Aku mesti mengambil sesuatu tindakan. Aku mesti mengambil tindakan tegas.
Aku melangkah tegas. Aku pindahkan komputer dari rumah ke pejabat. Aku beritahu isteriku yang komputer itu telah diserang virus amat berbahaya “LoverBugs” dan perlu dibaiki. Kemudian aku mengambil alih hubungan sembang isteriku dan lelaki itu dengan berlakon sebagai isteriku! Sememangnya aku mengetahui username dan password yang digunakan oleh isteriku dalam sistem instant messaging itu. Memang tidak ada rahsia antara kami berdua.
Malam ini lelaki itu kecewa pertama pertemuan pertama kali di alam nyata yang dirancangnya, tidak menjadi. Aku sendiri berpuas hati dengan apa yang terjadi malam itu. Semuanya seperti yang aku rancang.
Sebaik-baik sahaja aku mengambil alih sebuah komputer di suatu sudut tersorok di warung siber itu, aku log masuk dengan menggunakan username dan password isteriku lalu meninggalkan pesan kepada lelaki itu:
+ Maaf tak dapat datang tadi. Gigiku sakit, macam mana nak makan sate arnab? Ha … ha … ha.
Selepas itu aku log keluar dari ruang sembang itu. Aku terus dengan tugasku yang berikutnya seperti yang telah lebih seminggu aku rancanag. Dengan menggunakan alamat rumah lelaki itu, aku dapat menjejaki rekod dirinya di semua pangkalan data rasmi.
Aku menggodam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dahulu. Aku mahu padamkan semua informasi yang mengesahkan kewujudan lelaki itu. Dalam beberapa minit, lelaki itu sudah tidak wujud lagi secara rasmi. Kemudiannya aku ke pangkalan data Polis Diraja dan Jabatan Pengangkutan Jalan pula dan bank-bank yang dilanggan oleh lalaki itu. Dalam 45 minit, aku selesai menjalankan tugasku. Semua rekod rasmi tentang kewujudan lelaki itu telah berjaya kupadamkan.
Kepakaranku dalam bidang komputer bukan kepalang uniknya. Aku raja hacker. Lebih daripada 50 peratus syarikat-syarikat besar ICT negara ini mengupah aku untuk menguji keselamatan sistem komputer masing-masing. Namun tidak pernah aku terfikir bahawa kepakaran itu akan kugunakan untuk tujuan ini – tujuan peribadi bagi membuktikan yang aku bukan seorang lelaki yang dayus.
Pada jam 1:15:34 pagi, kewujudan rasmi lelaki kurang ajar itu telah habis kena DELETE. Dalam sistem tanpa kertas yang sedang dilaksanakan sekarang, hal ini bererti bahawa lelaki itu tidak diiktiraf lagi kewujudannya. Kewujudannya kini tidak lagi diakui. Malah tidak dapat dibuktikan melalui rekod yang sah.
Aku menghantar kepada isteriku sisstem pesanan ringkas (sms) yang telah aku manipulasikan:
+ I luv u. Miss u. Sweet dreams!
Dan dalam sistem sms itu, direkodkan bahwa aku telah menghantar mesej itu dari suatu lokasi lain, 400 km jauhnya dari tempat aku berada.
Tugasku di dunia maya telah selesai.
Aku beredar dari warung siber itu. Aku memandu keretaku ke rumah lelaki tadi. Langkah seterusnya ialah untuk aku DELETE kewujudan fizikal lelaki itu dari dunia nyata. Tentu aku tidak menghadapi apa-apa masalah akibat daripadanya. Siapa yang hendak ambil kisah atas kehilangan seorang manusia yang tidak wujud? Tugas ini amatlah mudah untuk kulakukan dengan sepucuk pistol kecil bergilap amarah dan dendam yang tersembunyi di dalam saku kecill seluarku! Itu pun jika aku mahu … jika aku tidak berfikir panjang … jika aku tidak berfikir tentang dosa dan pahala. Kerana sehebat mana pun seseorang itu, yang berhak menghukum hanyalah Allah. Itu akan kufikirkan kemudian tetapi sebagai lelaki, aku pasti ke kediamannya mendapatkan dia secara fizikal kerana bukan lelakilah aku jika aku hanya berani di alam maya sahaja. Aku mesti berdepan dengannya!
2.
PEDANG KAYU
Berita Minggu 25 Jan 2004

Hisyam, Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) bagi Kolej Kediaman Kedua (KK2) memang dikenali oleh Dr Kamal. Namun dia menegnali Hisyam pada namanya sahaja. Nama Hisyam selalu disebut-sebut dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengetua. Gambaran yang diperoleh Dr. Kamal ialah Hisyam adalah pemimpin pelajar yang kurang ajar dan radikal. Apabila diberitahu yang Hisyam mahu berjumpa dengannya, Dr. Kaml merasa ragu-ragu sama ada dia patut bertemu pemimpin pelajar itu. Tapi setelah memikirkan profesionalisme sebagai seorang ahli akademik di universiti itu, dia bersetuju bertemu Hisyam.
Hisham kelihatan kacak tetapi mukanya sangat serius. Itulah pertma kali Dr. Kamal menemuinya. Dia pelajar Undang-undang tahun 3.
“Tak ada apa-apa, Doktor,” Hisyam memulakan perbualannya dengan Dr. Kamal. “Saya cuma mahu memohon tinggal di Kolej Kediaman Ke-15 (KK15)”
“Kenapa?” tanya Dr. Kamal, Pengetua KK15.
“Saya mahu berhijrah. Saya mahu berhijrah keluar daripada sistem pentadbiran yang korup dan tidak bermoral.”
Agak tersentak Dr. Kamal mendengar kata-kata itu. Nampaknya cerita yang didengarnya mengenai Hisyam memang benar. Memang betul rupanya Hisyam seorang pelajar yang kasar di sebalik ketampanan fizikalnya. Dr. Kamal pura-pura tenang, sambil menyembunyikan rasa terperanjatnya dengan kata-kata Hisyam itu. “Siapa tidak bermoral? Siapa korup?”
“Pengetua. Pengetua KK2,” tegas Hisyam.
Melihat Dr. Kamal berdiam diri dan dan bersedia untuk mendengar, Hisyam menyambung hujahnya. “Dalam pemilihan JKT yang baru lalu, Pengetua telah tidak bersikap neutral. Sebagai pengurus pemilihan dalam sistem demokrasi, dia telah bertindak di luar nilai-nilai moral dan etika,” tegas Hisyam
“Apa maksud awak?”
“Pengetua telah berpihak kepada golongan penentang saya. Dia telah memberi peluang berkempen yang tidak seimbang kepada lawan saya. Malah dia aetelah menaja dan menyokong beberapa orang penghuni KK2 untuk menetang pasukan saya.”
“Kenapa?”
“Sebab dia seoranag pengetua yang tidak profesional. Sebab dia seorang pemimpin yang tidak mempunyai kepereibadian yang utuh. Sebab dia seoerangg penetua yang gila…”
“Oh…”
“Maksud saya, gila kuasa, gila kedudukan, gila material.”
“Tapi saudara Hisyam menang…”
“Ya. Saya menang kerana penghuni-penghuni kolej tidaklah sebodoh yang disangkanya. Pasukan saya menang dengan majoriti yang besar.”
“Saudara sekarang Presiden kolej. Kenapa saudara hendak lari ke mari pula?”
“Tak penting saya jadi presiden. Saya seorang pelajar. Yang penting, saya mahu belajar menjadi pemimpin yang berwibawa. Dan KK2 bukanlah tempat yang sesuai untuk itu,” tegas Hisyam. “Saya tahu, doktor ialah seorang ahli akademik yang berwibawa. Masyarakat pelajar kolej ni dapat mengembangkan potensi mereka dengan baik.”
Pandai pula budak ini berpsikologi, fikir Dr. Kamal. Melihat Hisyam berdiam diri, Dr. Kamal mencelah. “Saudara hendak pindah ke sini, bukan saudara dibuang dari KK2?”
“Dibuang? Hah!!!” tiba-tiba Hisyam kelihatan marah. Nyatalah bahawa kata-kata Dr. Kamal telah mencabar egonya. “Dr. Kamsi tidak akan berani menyingkirkan saya dari kolej,” tegasnya bangga.
“Kenapa tidak?”
“Terlalu banyak rahsianya yang saya ketahui, doktor. Sebab itu dia mahu saya dikalahkan dalam pemilihan umum itu. Dia mahu saya kalah supaya dia boleh berurusan dengan pemimpin pelajar yang naif. Sebab itu dia menaja beberapa orang penghuni supaya menentang pasukan saya. Dia patut masuk politik berparti dan bukan jadi ahli akdemik. Dia telah menajtuhkan maruah ahli-ahli akademik yang berwibawa di universiti ini.
“Tuduhan saudara sangat serius, Hisyam.”
“Tapi saya ada bukti. saya ada dokumen yang menunjukkan semua pembelian cenderamata kolej dibuat daripada dua buah syarikat yang dimiliki adik Pengetua. Semua tender kerja kontrak kecil di KK2 diberikan kepada tiga buah syarikat yang dimiliki iparnya.”
“Wow… Kenapa diamkan?”
“Saya tak mahu campur urusan pentadbiran kolej. Itu bukan kerja saya. Saya hanya jadi sibuk apabila dia mencampuri urusan pelajar seperti urusan pemilihan umum baru-baru ini.”
“Saudara tidak berasa bertanggungjawab melaporkan kepada pihak yang berkuasa?”
“Ah, universiti ini ada pegawai-pegawainya. Universiti ada Bendahari. Universiti ada auditor. Berilah mereka peluang menjalankan tugas mereka. Tak mahu saya campur urusan itu.”
“Betul awak dah lama tahu?”
“Dah lama… tapi baru sekarang Dr. Kamsi tahu yang saya tahu. Dia mengesyaki yang saya hendak melaporkan perbuatan dia. Saya bukan jenis pemimpin yang begitu. Saya cuma mahu diberi peluang mengembangakan potensi saya dalam suasana yang kondusif. Dalam suasana demokrasi yang sihat. Dia nak baut duit dan jadi kaya-raya, itu urusan dia.”
“Hisyam. Pada pendapat saya, saudara pemimpin yang baik.”
“Tapi, doktor, hanya jauhari yang mengenal manikam. Di universiti ini, sudah dah tak banyak lagi jauhari. Semuanya ahli akademik cari makan.”
“Tapi, setakat yang saya tahu, mereka kata saudara dan penyokong-penyokong saudara ialah ‘trouble maker’ di KK2.”
“Doktor, kami hanya minta mereka bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka. Dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Is that too much to ask for?“
Dr. Kamal diam. Tidak ada apa yang hendak dikatakannya lagi.
“Doktor. Tidakkah mereka sedar yang amanah menguruskan pilihanraya secara bebas dan adil itu ialah suatu amanah yang berat di bahu mereka. Mereka akan disoal Allah di akhirat nanti. Tidakkah mereka semua takut kepada Tuhan? Tidakkah mereka semua takut kepada api neraka?”
Dr. Kamal diam. Hisyam bersemangat dan berapi-api. Sama seperti semua pemimpin pelajar apabila diberi peluang berhujah.
Petang itu, Dr. Kamal menerima panggilan telefon daripada Dr. Kamsi, Pengetua KK2. Dr. Kamsi memberitahu bahawa Presiden KK2 telah memohon keluar daripada kolej. Dia tidak meluluskan permohonan itu. Jika keluar juga, Hisyam akan dikenakan denda bayaran yuran kolej satu semester. Dr. Kamsi juga memberitahu yang dia difahami bahawa Hisyam telah memohon untuk tinggal di KK15. Dia berharap Dr. Kamal mematuhi persetujuan dalam kalangan pengetua untuk tidak mengambil pelajar yang keluar daripada kolej lain tanpa kebenaran. Dia juga memberi amaran kepada Dr. Kamal bahawa Hisyam ialah seorang ‘trouble-maker’ dan akan menimbulkan masalah di KK15 jika diterima untuk tinggal di situ.
Dr. Kamal mengurut-ngurut janggutnya yang sejemput itu.
II
Ketukan bertalu-talu di pintu menyedarkan Hisyam daripada lenanya. Dalam keadaan antara jaga dengan tidur, Hisyam menekan lampu jam locengnya. Jam itu menunjukkan waktu pukul 1.30 pagi. Ketukan terus bertalu-talu.
“Bukak!” terdengar suara keras dari luar biliknya.
“Password,” jawab Hisyam. Dia menanti jawapan dari luar. Dia mahu memastikan bahawa tetamu yang datang itu adalah dari kalangan rakan-rakan seperjuangannya dan bukan pihak lawan.
“Ini ‘spot check’…” jerit suara itu lagi.
“Oh… maaf” sahut Hisyam sambil menggosok-gosok mata mengntuknya.
Hisyam faham. ‘Spot check’ merupakan salah satu aktiviti pentadbiran kolej. Pentadbir terpaksa melakukan semakan tengah malam dari bilik ke bilik sekurang-kurngnya sekali setiap semester untuk memastikan peraturan-peraturan kolej dipatuhi. ‘Operasi sergah’ itu dilakukan oleh pengetua dan penyelia-penyelia kolej.
Sebaik-baik sahaja pintu terbuka, dua orang pemuda menyerbu masuk. Hisyam terperanjat. Mereka bukan Pengetua atau Penyelia KK2.
Salah seorang daripada pemuda yang menceroboh masuk itu menolak dada Hisyam. Hisyam terjatuh ke katil.
“Allah…” jerit Hisyam secara spontan. Nasib baik Hisyam sempat membetulkan jatuhnya. Atas tindakan pantasnya itu, tolakan itu tidak mencederakannya. Dia terduduk di atas katil.
“Kami datang untuk memberi amaran kepada kau,” kata pemuda yang bermisai tebal.
Hisyam meneliti pemuda-pemuda itu dengan mata fikirnya. Pada jangkaannya, mereka boleh dimakannya. Hisyam lulus ujian akhir kelas pencak silat di kampungnya. Ayahnya sendiri guru silatnya. Dia juga pemegang tali pinggang hitam karate-do yang diperolehnya ketika di Tingkatan 5 dulu.
“Ini amaran pertama dan terakhir,” kata pemuda berkepala botak pula.
“Amaran apa?” tanya Hisyam. Sengaja dia menjawab untuk menunjukkan dia tidak takut kepada mereka.
“Kau jangan masuk campur urusan Pengetua kolej ini. Petang tadi pasukan audit universiti menggeledah pejabat urusan syarikat kami. Kami tahu engkaulah puncanya.”
Suasana sunyi sebentar. Tiba-tiba Hisyam menjerit, “Berambusssssssssss!!!”
Hisyam melenting dan mencapai sebilah pedang panjang dari bawah katilnya. Dia melibas-libaskan pedang itu ke arah dua pemuda itu. Pemuda-pemuda itu tersentak. Sepintas kilat, mereka mengelak dan meluru keluar bilik. Hisyam mengejar merrka. Dalam sekelip mata, mereka hilang dalam kegelapan malam KK2.
Hisyam amat marah. Dia melepaskan geramnya dengan membalingkan pedang di tangannya ke dinding. Pedang kayu itu patah dua.
III
Hisyam menelefon Dr. Kamal pagi itu. “Doktor, saya telah kena buang kolej. Saya ingin tahu kedudukan permohonan saya untuk tinggal di KK15.”
“Oh… aaa, dukacita, Hisyam. Dr. Kamal ada menelefon saya menceritakan ‘his side of the sstory’. Saya tak boleh terima saudara kerana itu persetujuan antara Pengetua.”
“Tak apa, Doktor. Saya boleh tinggal di luar kampus. Saya faham kedudukan Doktor. Saya cuma mahu beritahu Doktor satu perkara. Tenetang Dr. Kamsi dipecat daripada jawatan Pengetua KK2 tu, tidak ada kena-mengen dengan saya. Percayalah. Bukan saya yang melaporkan perkara itu kepada pihak universiti.”
“Saya tahu,” jawab Dr. Kamal, ringkas. Dr. Kamal memang benar-benar tahu.
TAMAT.
2003
1.
$YY…
Berita Minggu 25 Mei 2003

Angin berhembus dan menyapa hidung penyek kawan Syuhada yang seorang itu. Dan hidung penyek itu menegingatkan Zalee kepada surat yang terdiam kaku di biliknya, tetapi bargetar di jiwanya – surat dari Mek Ye, si hidung penyek juga.
Sebenarnya hidung penyek sudah menjadi semacam fobia kepada Zalee. Semua ahli keluarganya berhidung tidak mancung. Hidung pelepah kelapa, kata orang. Masalah gene barangkali. Zalee sendiri orangnya segak, berkulit putih dan tubuhnya agak tinggi, tetapi hudungnya tetap penyek, macam hidung kedua-dua orang tuanya. Kalaulah aku jadi jutawan, fikirnya, aku akan menjalani pembedahan plstik hidungku. Ubah sedikit. Tidaklah macam hidung Michael Jackson. Dapat seperti hidung Wan Azman pun, cukuplah. Eh, siapa dia Wan Azman? Dia penyair muda dari Kelantan yang selalu ditemuinya bermenung di Jalan Telawi, Bangsar. Jarang berjumpa orang Kelantan yang hidungnya semancung hidung Wan Azman.
Mek Ye itu nama sebenarnya ialah Mariam. Sama pula namanya dengan nama kerani di pejabat am Kolej Kediaman Kedua (KK2), tempat Zalee tinggal di universiti ini. Dia sepupu Zalee… Dan syyy… dia tunang Zalee. Ini yang tidak sedap ceritanya. Zalee ditunangkan dengan Mek Ye sejak mereka masih kecil lagi.
Bapa Mek Ye hidungnya penyek. Tapi ini bukan masalah besar kepada Zalee. Dia adik bongsu kepada ibu Zalee. Itu pun bukan masalah. Masalahnya ialah dia kaki tipu. Yalah, orang Kelantan ada yang baik dan ada yang tidak baik. Ada yang kuat menipu dan ada yang kuat kena tipu. Macam orang di tempat lain juga, seperti New York, London, Madrid, Paris, dan sebagainya.
Mek Ye dan keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Malah Mek Ye bolehlah dikategorikan sebagai anak Kuala Lumpur. Walaupun lahir di Rantau Panjang, dia dibesarkan di Kuala Lumpur. Bapanya bekerja dengan KTM. Buruh biasa, bukan pilot komuter macam Md Zainuddin, penyair dan cerpenis terkenal di majalah e-sastera. Ibunya penjual nasi lemak. Kalau hujung minggu, itu sudah RM2000 pendapatan . Dan ada 20 hari baisa. Sudah RM4000. Jumlah sudah RM6000 sebulan. Lesen tidak bayar. Cukai pendapatan tidak bayar. Hidupnya lebih mewah daripada Dr. Kamsi, Pengetua KK2. Itu cerita yang Zalee dengar. Betul ke tidak, dia tidak tahu pula.
Sudah hampir empat tahun Zalee tidak berjumpa keluarga Mek Ye dan dengan Mek Ye juga. Akhir berjumpanya sewaktu dia mula-mula mendaftar di Universiti Malaya dulu. Dia dan kedua ibu bapanya menumpanag di rumah Mek Ye selama dua malam. Bersapau di situ untuk membereskan urusan Zalee masuk uinversiti. Bukan senang masuk uninversit. Macam-macam yuran perlu dibayar. Tambang lagi. Kerbau balar kesayangan bapa Zalee pun terpaksa dijual.
Mek Ye bukan ada apa masalahnya. Dia cantik. Mana ada gadis Kelantan yang tidak cantik, fikir Zalee. Masalahnya, Zalee sudah jemu dengan orang berhidung penyek. Kalau hidung Mek Ye mancung sikit, mungkin tak sukar Zalee menerimanya. Syyy… kawan kolejnya, Ali, Alim, dan Aliman belum tahu Zalee sudah bertunang.
Surat Mek Ye ringkas. Keluarganya minta Zalee ke rumah mereka segera. Ada hal penting. Mesti datang. Mereka sendiri tidak ada cara lain hendak menghubungi Zalee kerana tidak tahu di mana Zalee tinggal, katanya. Surat itu ditulis beralamat Universist Malaya, 50603 Kuala Lumpur sahaja. Setelah letih mengelilingi kampus, akhirnya surat itu tersadai di bilik persatuan. Ada kawan Zalee yang menyampaikannya kepada Zalee. Nasib baik.
Membaca surat Mek Ye, Zalee terus terfikir: ini mesti hendak tipu aku. Bapa Zalee beberapa kali berpesan supaya Zalee berhati-hati dengan Ayah Su, takut dikelentongnya. Namun surat Mek Ye menampakkan kesungguhan dan Zalee berasa perlu memenuhi permintan itu.
“Kenapa tidak guna telefon bimbit, senang nak hubungi,” kata Ayah Su, bapa Mek Ye, kepada Zalee, di rumahnya. Telefeon bimbit? Nak makan pun semput, nak bayar bil telefon bimbit pula? Bantah Zalee di dalam hati. Tidak ada siapa yang mendengar bantahan itu: “Jika yang dipasang hanya telinga” (ungkapan Hashim Yaacob dalam puisi “Hutangku Seluas Laut Biru”). Namun air muka dan gerak tubuh Zalee tidak dapat menyembunyikan hakikat jawapannya kepada saranan Ayah Sunya itu.
Ringkaskan cerita: Ayah Su meminjam duit ayah Zalee RM1000. Masa itu, ayah Zalee menjual semua kerbau dan lembu ternakannya disebabkan penyakit kaki dan mulut.
Apa masalah Ayah Su dan bagaimana dia berjaya menipu duit itu daripada ibu Zalee, tidak diketahui Zalee dengan jelas. Terdesak. Rumahnya hendak dilelong. Yang jelasnya, hutang itu tidak dibayar. Tekan punya tekan, ugut puny ugut, akhirnya Ayah Su bersetuju menyerahkan sebahagian tanahnya di Kuala Lumpru kepada ayah Zalee. Ayah Zalee terima. Bertahun-tahun tidak ditukar nama pada geran tanah itu. Hanya kesefahaman adik-beradik yang berlaku. Namun semasa mereka di Kuala Lumpur dulu, transaksi itu sempat mereka sempurnakan. Ini pun sebab ibu Zalee mencurahkan air mata. Ayah Zalee menyerahkan urusan itu bulat-bulat kepada Ayah Su dan Zalee sendiri. Lalu nama Zalee dimasukkan ke dalam geran tanah Ayah Su. Tapi rupa-rupanya keluarga Zalee tertipu lagi. Bak kata Zaharah Nawawi dalam sajaknya: “kayu lurus/ tempatnay/ di jejari titi”. Tanah itu bukannya tapak tanah tempat tinggal keluarga Mek Ye seperti dakwaan mereka, sebaliknya sebidang tanah di atas bukit tempat jin bertandang. Apabila mereka pergi melihatnya, merka terpaksa memanjat bukit hampir satu jam. Tanah tinggi dengan beberapa batang getah tua dan selebihnya kosong. Sekali lagi ibu Zalee menangis.
Kini keadaan Kuala Lumpur jauh berubah daripada empat tahun dulu. Ada lokasi yang harga tanahnya naik beribu-ribu kali ganda. Zalee dijemput ke rumah Ayah Su kerana, menurut Ayah Su, dia mahu membeli balik tanah itu daripada Zalee dengan harga sekali ganda. RM2,000. Untunglah Zalee, katanya. Ini mesti tipu, bisik hati Zalee.
“Saya tak mahu jual. Ayah pesan, tanah jangan dijual.”
“Itu tanah aku. Aku cagarkan kepada ayah engkau sebagai pinjaman aku dulu,” bentak ayah Su.
“Mana ada janji kami mesti jual balik kepada Ayah Su?” protes Zalee. “Bukankah tanah itu diberi sebagai bayaran kepada hutang Ayah Su yang bertahun-tahun tidak dibayar? Kata-kata Zalee benar-benar menimbulkan kemarahan Ayah Su. Hendak ditamparnya Zalee. Dia berkeras yang tanah itu diberikan kepada keluarga Zalee sebagai cagaran hutangnya dan mesti dikembalikan kepadanya apabila hutang dibayar balik.
Ayah Su sebenarnya tidak boleh berbuat apa-apa. Hak milik tanah itu telah ditukar kepada nama Zalee. Dan Zalee ingat betul akan apa-apa yang berlaku dulu. Tanah itu diserahkan kepadanya sebagai bayaran hutang Ayah Su. Dan tanah itu kini pasti miliknya. Terpulanglah kepadanya hendak menjualnya atau tidak.
Oleh kerana terlalu marah, Ayah Su menghidupkan enjin motosikalnya dan memecut ke bandar. Dia tahu dia panas baran dan Zalee pula degil. Silap-silap nanti bertamparan pula anak-beranak.
Makan tengah hari di rumah Ayah Su hari itu antara Zalee, Mek Ye, dan Mak Su Minah, ibu Mek Ye. Sedap. Nasi dagang lauk ikan aya. Ada budu. Mek Ye yang masak, beritahu Mak Su. Pandai pulak Mek Ye ni masak, fikir Zalee. Baagaus juga kalau jadi isteri aku… Oh, kalaulah hidungnya tak penyek!
Mak Su lembut orangnya, tidak macam Ayah Su. Dia perempuan Kelantan yang tipikal. Dia jadi lembut bukan sebab ditekan oleh panas baran Ayah Su tetapi memang dia begitu daripada dulu. Zalee kurang pasti sama ada Mek Ye lembut seperti ibunya atau panas baran seperti ayahnya.
Lepas makan, Zalee berbual-bual dengan Mak Su dan Mek Ye. Mesra. Makin lama berbual, Mek Ye kelihatan semakin cantik. Dia bukan macam empat tahun dulu. Kedewasaan menjadikan Mek Ye semakin manis dn menarik. Dan sah dia lembut seperti ibunya. Sesuai dijadikan isteri. Ooh, kalaulah hidungnya tidak penyek.
Mak Su meminta maaf kepada Zalee atas kekasaran Ayah Su. Ayah Su memang begitu, panas baran, jelas Mak Su. Namun hatinya baik. Dia menjaga anak isterinya dengan baik. Bukan macam sesetengah suami sekarang, lebih mementingkan diri sendiri daripada keluarga. Terutamanya di Kuala Lumpur.
“Macam ni, Zalee. Kami sangat sayang tanah tu. Mak Su bayar kau RM10,000-lah. Kau tak rugi. Lagi pun, nama tanah tu hendak kami tukar kepada Mek Ye. Dia akan jadi isteri kau. Akhirnya, tanah itu milikmu juga,” pujuk Mak Su.
RM10,000? Wow, banyaknya, fikir Zalee. Wow, banyaknya tu, fikir Zalee. Boleh naik kapal terbang business class ke Kota Bharu. Tidak perlu naik bas ekspress atau kereta api lagi. Boleh buat rumah baru untuk orang tuanya. Boleh beli motosikal baru. Boleh belanja Ali, Aim, dan Aliman makan di restoran Victoria Station atau San Francisco Steak. House di Jalan Damansara! Rasa kasihan pula di hati Zalee akan perempuan dua beranak itu. Baiknya mereka. Ooh, kalaulah hidung mereka tidak penyek!
Zalee akhirnya berjanji akan menunaikan permintaan Mak Su itu. Namun dia minta tangguh tiga hari untuk merujuk kepada orang tuanya. Mak Su tidak keberatan. Zalee pun meminta diri untuk pulang ke kampus.
Zalee baru hendak menghidupkan enjin motosikalnya apabila dia disergah rakan lamanya, Hamzah. Hamzah tinggal di sebelah rumah Ayah Su. Zalee berkenalan dengan Hamzah ketika duduk dua hari di rumah Ayah Su empat tahun lalu. Namun persahabatan mereka menjadi akrab kerana Hamzah seorang yang baik serta ramah dan mereka berdua sama-sama meminati puisi. Mereka selalu berhubungan.
Zalee diheret Hamzah ke kedai kopi. Hamzah hendak belanja makan tetapi yang dihidangnya ialah puisi. Dia terus-menerus bercerita tentang puisi, terutama tentang puisinya yang kali pertama tersiar di majalah Dewan Sastera bulan lalu.
“Tahniah,” kata Zalee, sambil rasa bersalah kerana tidak mengikuti perkembangan alam perpuisian Hamzah dan tidak membaca Dewan Sastera. Hamzah terus-menerus membebel tentang sastera sehingga akhirnya Zalee naik muak. Zalee mencuba menukar topik.
“Cantik kampung ni sekarang, ya?” katanya.
Hamzah kurang berminat dengan topik itu. Dia tinggal di kampung itu sepanjang 22 tahun hayatnya setakat ini. Apa sangat menariknya? Berpuluh-puluh puisi ditulisnya tentang kampungnya itu, namun satu pun tidak disiarkan oleh media cetak. Walau bagaimanapun, demi membalas bual Zalee, Hamzah “membeli” dan perbualan mereka berubah kepada hal semasa yang sedang berlaku di kampung itu.
Paling hangat, kata Hamzah, ialah tentang adanya sebatanga lebh raya yang hendak dibina melalui kawasan bukit-bukau di kampung itu.Dan orang kampung dibayar wang pampasan yang tinggi, sampai ratusan ribu ringgit.
Zalee jadi berminat. Dia meminta Hamzah membawanya ke pejabat pemaju untuk menyemak kedudukan tanahnya. Di pejabat pemaju, Zalee diberitahu yang cek untuknya telah siap tetapi tidak dapat diserahkan kerana mereka tidak mengetahui alamatnya. Apabila ditanya berapakah pampasan yang diperolehnya, pegawai pemaju itu menyatakan ia perlu disemak di dalam fail. Namun, katanya, rata-rata mereka memperoleh sekitar RM500,000 seorng, bergantung kepad kedudukan dan luas tanah yang diambil.
Setangah juta? Wow, banyaknya tu, fikir Zalee. Boleh naik kapal terbang business class ke Kota Bharu. Tidak perlu naik bas ekspress atau kereta api lagi. Boleh buat rumah baru untuk orang tuanya. Boleh beli motosikal baru. Boleh belanja Ali, Aim, dan Aliman makan di restoran Victoria Station atau San Francisco Steak. House di Jalan Damansara!
Setelah dilakukan beberapa penyemakan, pemaju menyerahkan cek wang pampasan kepada Zalee. Zalee terkejut apabila cek itu dibukanya. Jelas tertulis pada cek itu: Azalee bin Mat Nawi. Ringgit Malaysia 1,400,000.00 sahaja! RM1.4 juta ringgit? Mulanya Zalee tidak mahu percaya. Ini mesti ada kesilapan. Namun penjelasan pegawai pemaju kepada Zalee bahawa mereka terpaksa mengambil keseluruhan tanahnya untuk membina pusat perkhidmatan pelanggan lebuh raya meyakinkan Zalee yang cek itu memang cek yang sah. Dan itu haknya.
Tiga hari Ayah Su, Mak Su, dan Mek Ye menanati kedatangan Zalee seperti yang dijanjikan. Mereka sediakan makan tengah hari nasi dagang lauk ikan aya. Namun Zalee tidak muncul-muncul. Rupa-rupanya, posmen pula yang tiba membawa sepucuk surat untuk Ayah Su sekeluarga. Ayah Su bergopoh-gapah membuka surat itu.
“Ayah Su. Terima kasih kerana membantu menguruskan hal berkenaan pampasan tanah. Di sini saya sertakan sedikit sagu hati sebagai balasan.”
Ada sekeping cek disertakan bersama surat itu. Ayah Su tergopoh-gapah membuka cek itu. Tertulis di atasnya: Dahalan bin Abd Hamid. RM1,000 sahaja.
“Satu ribu ringgit sahaja?” Ayah Su terduduk. Mak Su terduduk. Bagaimana dengan Mek Ye? Syyy… hidungnya masih penyek.
TAMAT.
TAMAT .