Jatuhnya sebuah nama manusia
jadi sayap gelap bermuka-muka
segala titian rapuh digemakan oleh suara murka
di sebalik dinding itu ada terkopek nafsu dosa
yang semakin hilang arah jalan dunia
masihkah aku mampu berdiri seorang manusia
sedangkan aku juga mahu ikut terlena
oleh para jiwa yang pernah tergadai dalam neraka
biarlah badan ini dikerat sejuta rasa
agar aku juga dapat hayati apa erti derita.

Nukilan;

GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 13 Oktober 2019.

TAMAT.