E-Sastera Vaganza ASEAN

Penerbit: Gaksa Enterprise. Alamat: Jl. Gagunung, Kelurahan Bagendung, No. 12, Kota Cilegon, Banten, Indonesia. Kode pos 42419. Narahubung: +62896-0429-1819. Email: gaksaenterprise@gmail.com

1. E-sastera Vaganza ASEAN: Pengenalan

Portal terdahulu:
eSastera.Karya
[https://esasterakarya.wordpress.com/]

This image has an empty alt attribute; its file name is e-sastera-vaganza-asean.png

https://eSasteraVaganza.com
ATAU http://ESVA.blog

ATAU (url asas) SasteraVaganza.WordPress.com

NOTA TUKAR NAMA. Mulai Jumaat 25.01.2019, portal ini ditukar nama daripada Sastera.Vaganza ASEAN kepada e-Sastera.Vaganza ASEAN. Harap maklum. -Admin.
Nama Terkini (8.04.2019): E-sastera Vaganza ASEAN.
NAMA DOMAIN
Domain asas: SasteraVaganza.WordPress.com
Domain primer (24.12.2019): http://eSasteraVaganza.com.
Domain berdaftar (12.2020): http://esva.blog.
Domain berdaftar (21.04.2019): http://eSasteraVaganza.org.

Portal Penyiaran Karya Sastera: E-sastera Vaganza ASEAN.

Portal ini ialah portal berbilang pengguna (multi-user) untuk menyiarkan (mengepos) karya berbentuk e-sastera (sastera elektronik), dengan mengutamakan karya yang diserati unsur-unsur multimedia seperti animasi, audio, dan video. Pelbagai genre karya boleh disiarkan di sini, dengan genre dipaparkan melalui kemudahan “Kategori” yang disediakan oleh sistem.

Genre

Pada masa ini, portal ini menerima karya berkaitan dengan bidang sastera dari genre yang berikut:

Artikel Sastera;
Berita (Praacara dan Pascaacara);
Cerpen;
Puisi (Sajak; Pantun; Syair; Haiku; Tanka; Sonian).

Genre akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa apabila perlu.

Tema dan kepanjangan karya serta citra pengiring adalah bebas.

Kategori

Kategori. Portal ini dapat memaparkan, secara berasingan,  kumpulan karya daripada sesuatu genre dan negara penciptanya. Karya juga dikumpulkan ke dalam kategori “Volum” yang berasingan berdasarkan tarikh karya itu disiarkan di sini (secara bulanan), seperti yang berikut:

Volum 0 (Volum Pengenalaan) = 28 November-31 Disember 2018.
Volum 1 = 1-31 Januari 2019.
Volum 2 = 1-28 Februari 2019.
Volum 3 = 1-31 March 2019.
(dan seterusnya).

Penyiaran Karya

Para peminat sastera Melayu dari semua negara ASEAN dipersilakan menghantar karya masing-masing untuk siaran di sini. (Karya hendaklah karya baharu dan belum pernah disiarkan di mana-mana untuk bacaan umum sebelum ini).

Karya hendaklah dihantar kepada Lembaga Editor untuk dipertimbangkan bagi siaran di portal ini melalui:

(1) E-mel: GaksaAsean@gmail.com; atau

(2) Grup WhatsApp: E-sastera.Vaganza ASEAN.*

Portal Seiringan

Facebook.com. Semua karya yang disiarkan di portal E-sastera.Vaganza ASEAN akan dikongsikan di sini:

(1) grup Facebook “GAKSA e-Sastera Vaganza ASEAN“.
(3) Twitter “eSastera1”

Berita. Untuk berita sastera ASEAN, bahan tambahan ada disiarkan di grup Facebook yang berkenaan: Klik SINI .

Pengurusan

-Dr. Irwan Abu Bakar
Admin (Ketua Editor),
E-sastera Vaganza ASEAN.
Kuala Lumpur, 29.11.2018

*Untuk menyertai grup WhatsApps “E-sastera.Vaganza”, sila hantar mesej WhatsApp kepada +60192680086 (Irwan Abu Bakar, Malaysia) atau +6281287619258 (Muhamad Rois, Indonesia).

E-sasteraVaganza ASEAN

Pemilik

Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (Gaksa)

Penerbit

©eSastera Enterprise, 2019

KEMBALI KE:

Halaman SELAMAT DATANG: Klik SINI.

Gaksa Blog: Klik SINI.

KEMAS KINI

Halaman ini telah dikemaskinikan oleh Admin pada:
03.06.2020 @ 2.42 PM.

TAMAT.

%d bloggers like this: