Selain Kiflee Tarsat, Haji Kiflee bin Tarsat juga menggunakan nama pena Nur Hikmah.

Dilahirkan pada tahun 1950 di Kampong Saba, Brunei DS. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Lela Mencanai, Brunei DS. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Perpustakaan pada tahun 1987 dari Institut Teknologi MARA (ITM) yang sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei DS pada 14.03.1970 hingga 2.03.2005 dengan menjawat berbagai jawatan, antaranya Atendan Perpustakaan, Pembantu Perpustakaan, Pegawai Perpustakaan, Pegawai Perpustakaan Kanan, dan jawatan terakhir sebelum bersara pada 3.03.2005 ialah Penolong Ketua Perpustakaan.

Bergiat dalam bidang penulisan puisi (syair dan sajak). Telah juga menerbitkan beberapa buah kertas kerja.

Karya-karyanya termuat dalam Bahana, antologi puisi Kembara Merdeka, Dua Dekad Meniti Usia, Episod Tsunami: Peringatan Ilahi (Sebuah Ikhtibar dan Pengajaran), serta antologi Juara 6: Bakti Suci Jalan Hakiki.

Karya-karya tersebut tersiar dalam majalah Bahana, beberapa antologi sajak bersama-sama dengan penulis tempatan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, Pusat Dakwah Islamiah, Brunei menerusi puisi Hidayah (III-IV).

Buku Syair Ristaan DBP terbitan DBP Brunei pada tahun 2007 ialah buku persendirian pertama dan mendapat hadiah penghargaan dalam Peraduan Menulis Syair Berunsur Sejarah Sempena 45 Tahun Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, serta memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Syair Sejarah anjuran Pusat Sejarah Brunei pada tahun 2009.

Dalam bidang pembacaan puisi (deklamasi), beliau pernah menjadi johan dalam Peraduan Sayembara Puisi Islam anjuran Persatuan Kesuma pada tahun 2002. Antologi RESTU ’70 ialah penglibatan kedua beliau setelah terbitnya antologi Sajak Amas Tampawan yang diungkayahkan oleh rakan Amas Tampawan yang beliau sendiri ialah salah seorang pelopornya bagi wujudnya rakan Amas Tampawan itu.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

10 buah puisi dalam buku Aku Pejuang (Banten, Indonesia: Gaksa Enterprise, 2020).

TAMAT.