Cerpen Sebabak.
Oleh: Ibnu Lazim
Barangkali surat ini tidak akan tertulis,kalau Melah tidak merahsiakan nombor Telefon atau alamat di mana Melah tinggal sekarang. Aku mencari kalau- kalau ada maklumat tentang dirimu di medsos. Namun pencarian itu gagal. Aku sendiri pun kurang pasti mengapa Dan kenapa kucari dikau pada saat- saat begini.
Masihkah kau ingat tentang kunjunganku ke rumahmu suatu ketika di Bukit B.
Pihak berkuasa membina Bukit itu untuk menempatkan kaum kita yang kebanyakanya berpendapatan sederhana dan rendah. Ia menggunakan konsep sewa beli dengan harga murah. Hanya 150.00 sebulan. Pihak berkuasa tempatan agak prihatin dengan bangsa kita yang kebanyakanya tinggal di rumah setinggan. Kini rumah setinggan tiada lagi. Kalau pun ada tinggal saki bakinya sahaja.
‘Eh abang datang, katamu sebaik sahaja aku memberi salam. ‘Abang berdua je?’ Ya berdua,’ jelasku.
Setelah dijemput masuk, maka saya dan sahabat saya pun masuk. Rumah itu kecil sahaja. Dua bilik. Atas satu. Tak lama kemudian lbu Melah keluar. ‘Saya makcik,’ sambil memperkenalkan sahabat yang seorang itu.la hanya menggangguk.’Duduklah dulu ya,’kata Makcik. Aku sudah mengenalinya beberapa tahun dulu. Ada peristiwa yang tak dapat kuceritakan peristiwa itu. Makcik keluar semula membawa hidang nasi, ayam gulai lemak, ikan, goreng dan sayur. ‘Eh, janganlah susah-susah makcik,’tegurku. ‘Benda ada, makanlah’
,tingkah lbu Melah.
Kami pun makan bersama. Ada sesuatu yang lucu sewaktu makan itu. Sahabatku terjumpa kaki ayam, dia mencampakkannya ke dalam pinggan aku.Aku pun tak biasa makan kaki ayam. Kupindahkan balik ke pinggan sahabatku itu. Melah dan ibunya terlihat hal itu. Kami berempat tersenyum bersama- sama.
Aku dan sahabatku kemudian meninggalkan rumah pangsa berbelas tingkat itu.
Ada sesuatu yang sedang bermain di kepalaku. Perlukah kuambil Melah menjadi teman hidupku? Kutanya diriku sendiri. Dulu dia budak liar, namun berubah menjadi baik selepas bekerja. Ada kebaikan yang kulihat dalam dirinya. Rupanya biasa saja. Tetapi agak manis. Malam itu Aku agak lewat tidur. Aku masih memikirkan soal Melah. Bila malam sudah larut barulah dapat kulelapkan mata. Namun persoalan itu belum dapat kuselesaikan. Malam kian larut.
Oleh:

Ibnu Lazim.
27.1.2022.
TAMAT.