Rosnidar Ain dilahirkan pada 21 Januari 1978. Beliau merupakan anak jati Daerah Baling, Kedah. Kini bertugas di Bahagian Kesusasteraan, Universiti Sains Malaysia yang menjurus dalam subjek yang berkaitan dengan Kesusasteraan dan Media Baru dan Penulisan Kreatif. Pendidikan awal beliau adalah di Sek. Keb. Kg. Bandar dan Sek. Men. Keb. Syed Abu Bakar, Baling, Kedah. Atas minat beliau dalam bidang penulisan kreatif, beliau telah memilih Institut Teknologi Seni Melaka untuk melanjutkan pengajian dan dianugerahkan Diploma dalam Penulisan Kreatif di institusi tersebut.  Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesenian Melayu di bawah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan dan Media Baru untuk peringkat Sarjana dan Kedoktoran oleh Universiti Sains Malaysia dan memilih untuk melanjutkan pengajian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Shah Alam. Di sini, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Komunikasi Visual dan Media Baru. Selain menghasilkan dua buah novel, karya beliau pernah dimuatkan dalam beberapa antologi puisi dan antologi cerpen. Ada puisi dan cerpen beliau diterbitkan dalam surat khabar seperti Berita Minggu dan Utusan Malaysia. Beliau pernah memenangi hadiah sagu hati dalam sayembara menulis cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-10. Beliau juga turut menulis artikel-artikel ilmiah dalam jurnal, bab dalam buku dan sebagainya, dalam bidang kesusasteraan terutamanya yang berkaitan dengan komunikasi visual dan media baharu. rosnidar_ain@usm.my. +6013-4805857.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

<NONKREATIF>. Program Sarjana Sastera @ USM .

TAMAT.