Kerinduan ini
Hadir seperti denyut nadi
Pada sekeliling
Atas dan bawah
Kiri dan kanan
Hadapan dan belakang
Ternampak engkau
Yang wujud hakiki.

Kerinduan ini
Dari dada nihil kepada AL Haq
Dari kesemua rasa
Dari kesemua gerak
Dari setiap ternampak
Atau apa sahaja
Adalah Engkau!

Telah aku susuli sifat duapuluh
Maka terbitlah
Wujud Engkau,
Bukan tauhid tiga
Membuktikan falasah dangkal

Menghampiri kita!
Bersedialah,
Untuk tidak tertipu
Oleh dakyah mereka.

Oleh:

Aduka Putra
Cendana Puri Pasir Mas Kelantan.
11/Januari/2022

TAMAT.