ISMAIL BIN HASHIM

Lahir pada 1958 di Selandar,Melaka. Pernah bertugas sebagai Jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum bersara pada tahun 2018. Menulis cerpen, puisi, dan artikel di pelbagai akhbar dan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut menghasilkan drama radio di Radio IKIM (Rancangan Nurhikmah)  dan Radio Klasik (Purbawara).

Pernah memenangi hadiah sagu hati di dalam Sayembara Cerpen dan Puisi anjuran Institut Persuratan Melayu Melaka (IPMM), Sayembara Menulis Cerpen Anti Rasuah 2016 anjuran SPRM dan DBP Wilayah Selatan, dan Sayembara Menulis Puisi Kemerdekaan dan Perpaduan anjuran Institut Darul Ehsan (2019).

Naib Johan Kategori Cerpen dalam Sayembara Penulisan Cerpen, Puisi dan Esei Kemerdekaan dan Patriotik Zon Melaka 2020. Dalam PENYAIR, pemenang SAHARA Edisi Oktober 2021 – Cinta Yang Terpercik Darah, Maruah dan Air Mata. Tempat Kedua Pertandingan Menulis Puisi Patriotik, Pusat Kebudayaan USIM Tahun 2021. Pemenang tempat ketiga dalam Sayembara Cerpen Sejarah (2022) anjuran DBP Wilayah Selatan.

Menerima Anugerah Sastera dan Media N.Sembilan 2019 – Kumpulan Buku Kategori Cerpen – ‘Kapal Terbang Kertas’.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

. Suburkan Semangat Juang .

TAMAT.