Serlum melekap bunga semalu,
Indah dibentuk kerana mudah;
belum bercakap nganga dahulu,
sudah terantuk tak guna tèrngadah.

Asal dedalu banyak di hutan,
asal jadian pandak sempurna;
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.

Mendaki gunung rinai hujannya,
kalut di lorong rimas jadinya;
kaki tertarung inai padahnya,
mulut terdorong emas padahnya.

Menjala tilan jana rezeki,
kala menyerkap tersalah sudah;
bila berjalan pelihara kaki,
bila bercakap jagalah lidah.

Oleh:

PARIDAH ISHAK
Desa Melor
24Dis 021

TAMAT.