Dari pagi ia terjun
Menyerang kami tanpa henti
Kami terperangkap di bawah atap
Keluar takut basah
Tangan menadah pasrah.

Makan minum diterusi
Aktiviti lain terhenti
Lantas tunduk berbisik
Kepada-Nya merisik
“Apa rahmat-Mu yang sedang Kaucurahkan
Kepada kami yang sejuk kebingungan.”

Maha Berkuasa Engkau
Kami terima terpukau.

Oleh:

IRWAN ABU BAKAR
Dalam curahan hujan di KL, 18.12.2021.

TAMAT.