Entah kenapa
terasa di sini
bukan tempat
kubermain atau begelumang
pasir atau debu, tidak kuingat lekuk atau ratanya tanah ini
juga rakan-rakan
tidak kukenal
mungkin di sini
bukan kampungku
yang dulu lama kutinggalkan
berkelana
mencari pengalaman.

Entah mengapa
kulihat wajah-wajah tak kukenal
bau tanah dan hutannya juga berlainan
rerumput di padang ini
tak dapat kupastikan jenisnya.

Entah mengapa
aku terasa berlainan sekali di sini
untuk bermain
kata-kata.

Oleh:

Ibnu Lazim
Selangor, Malaysia.
17.12.2021.

TAMAT.