Oleh: Ibnu Din Assingkiri

Sore yang hangat disimbah lebat hujan. Di satu sisi aku bersyukur kerana ia melunakkan haba. Di sisi lain aku penasaran kepada nasib penoreh dan nelayan…

Percikan hujan ke bangku laman memantul ke mukaku. Kaca mata menjadi kelabu. Tatkala itu, ada suara kanak-kanak sedang ketawa menghilai. Suara mereka bersulam deru hujan yang menghunjam tanah dan asfalt.

Mereka sedang bermain di dalam hujan. Berkejaran dari satu corong bumbung ke corong bumbung yang lain, mengelilingi kejiranan. Air yang terjun mengenai kepala hingga menggetarkan isi jemala.

“Jom balik, dah kecut jari tangan semua dah ni.” Kata budak yang tinggi.

“Awal lagi, relaks la dulu. Baru ja kita main hujan, belum maghrib lagi ni.” Jawab kelibat yang montel.

“Kami kena balik dah ni, nak mengaji Quran, dah lambat ni.” Kata budak yang ceding.

“Alahhh… Awal lagi. Tunggulah sampai jari-jari tangan dan kaki kecut, baru la kita balik.” Balas kelibat yang montel.

“Pak cik main lah sorang-sorang, kami nak balik mengaji. Pak Cik dah khatam Quran tiga kali dah. Tak mengaji pun tak apa lah.” Kata budak yang tinggi kepadaku.

Aku tunduk. Tersipu.

Oleh:

ibnu din assingkiri
Malaysia

-Tamat-