Tidak mengapa, tuan
Yang mengetuk-ngetuk pintu depan tu ialah penulis asli
Kami varian istimewa
Kami penciplak masuk ikut jalan lain
Tuan tak nampak pun
Tuan tengok-tengok karya kami sudah terbit
Tuan bagi anugerah tinggi-tinggi
Kami terima anugerah
Dan anggap itu “Anugerah Penciplak Negara”
Kerana sudah dinilai oleh para sasterawan ternama.

(Karya ini saya tulis di kedai Mamak,
jamin bukan ciplak).

Oleh:

IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 1.12.2021.

TAMAT.