BIODATA. Ibnu Lazim atau Zainal Lasim dilahirkan di Sawah Raja, Kota, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan asas kampungnya, pendidikan menengah rendah di SUMR, Ulu Gadong, Kota, N. Sembilan, seterusnya melanjutkan pengajian di Muslim Kolej, Kelang. Dari Kelang, terus ke UKM Bangi. Kemudian bekerja dengan sebuah agensi kerajaan sebelum ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Beliau memulakan kerjaya penulisan pada tahun-tahun 70-an, sewaktu di UKM. Sajak pertamanya tersiar di akhbar Berita Minggu pada tahun 1976. Selain daripada sajak, ia juga menulis ulasan buku, rencana, dan kritikan di akhbar Berita Minggu, Watan, Mingguan Kota, Harakah dan laman-laman web reformasi. Pada akhir 70-an dan awal 80-an, sajak-sajaknya banyak tersiar di majalah Dewan Sastera. Beberapa karyanya termuat dalam antologi Puisi-Puisi Bangi, Kuntum Rasa, dan Di Luar Bingkai Diri. Pernah menjadi Stringer di bawah NSTP.

Kini menjadi penulis bebas di samping mengusahakan pertanian di Rawang, tempat beliau menetap kini.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN
Klik SINI.

. Catatan Yang Belum Selesai . Jangan . Mengapa Ya . Surat Untuk Melah . Surat Untuk Melah II . Terasing .

NONKREATIF:

Ulasan sajak Sujata Wee (“Sinar Syawal”) .

Ahmad Lutfi Yang Saya Kenali . Penyair Maya Dan Penyair Zaman Media Cetak . Sastera Berdasarkan Psikoanlisis Dan Falsafah Eksistesialisme . Selebriti Sasterawan Medsos – 4: Hamizun Syah .

TAMAT.