Ithaca 706

KESETIAAN

Aku akan sentiasa kekal setia padamu, pohon!
Apabila kita tidak lagi di sini suatu hari nanti,
aku akan menjadi sejalur garisan
kau akan menjadi sekeping halaman
dan kita akan saling bertemu
dan patuh, aku sebagai sebuah puisi,
kau sebagai sekeping halaman putih
dan kita akan saling berpelukan.

ARMENUHI SISYAN, Armenia
Terjemahan Bahasa Melayu: Irwan Abu Bakar