ketika merangkak amat lambat
kupecut supaya cepat
bersandar di pangkuan cinta
namun bukan aku punya daya
andai tidak kau sudi memperkenalkan

bergantungan di bumi
tenggelam dalam angin
gayat di dasar laut
kasihmu sukar kufaham
kerana bukan aku ada upaya
melainkan pengampunanmu menggamit ke sisi

walau semua bukan aku
engkau tetap satu sebalik semua

Oleh:

Hamizun Syah.
Langgar, Kedah.
21.11.2021

TAMAT.