“Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya”

Sayembara ESVA-22

Tulis sebarang puisi mengenai Nabi Muhammad s.a.w.

Tempoh:
Maghrib Isnin 18.10.2021 hingga tamat Asar Selasa 19.10.2021.

Hadiah:
Ke-1: RM100; Ke-2: RM80; Ke-3: RM50.

Selamat berkarya, mencari pahala, dan berjaya.

PENYERTYAAN

  1. Putraery Ussin. “Rindu Rasulullah”.
  2. Paridah Ishak. “Nazam Maulidur Rasul”. PAID RM80 on 28.12.2021.
  3. Moh. Ghufron Cholid. “Yang Dicemburui Semesta”.

KARYA 1

Rindu Rasulullah

Selawat dan salam buat junjungan-Nya
moga rahmat Rasul-Mu buat semua
agar kita terhindar dari segala bala
ujian-Mu yang berat untuk semua.

Ucapan selawat buat junjungan-Nya
segala usaha di dunia milik-Nya
kita umat cuma kerjakan sahaja
biarpun bersungguh-sungguh usaha
tanpa reda dan inayat-Nya
manusia tidak punya apa-apa.

Marilah, berselawat ke atas junjungan-Nya
harapan kita mati tanpa azab seksa
jangan menderita di alam barzakh sana
sakit peritnya dipukul dipalu sentiasa
hisab di mahsyar juga membelenggu
hindarilah kami dari seksaan api yang membakar.

Doa selawat ini hanya usaha
seperti janji Allah
selawat dan salam ke atas junjungan-Nya.
insya-Allah terhindar kita dari bala.

Putraery Ussin -18 Oktober 2021 yang bukan tragedi. Ulu Tawar, Kedah.

KARYA 2

NAZAM  MAULIDUR RASUL

Ya Allah Tuhan kami Yang Maha Esa,

harap diampun akan segala dosa

Bismillah madahku yang membuka karangan

selawat dan salam rasul dijunjungan

Malidur Rasul ingatan kasih umat

hari sejarah lahir nabi Muhammad

Menjunjung rahmat-Nya ke alam dunia

beserta segala limpahan kurnia

Tegar semangat juang bukan kepalang

syiar nur Islam menerangi alam cemerlang

Nabi Muhammad Rasulullah insan budiman

pada umat  tarbiah ilmu pedoman

Sentuhan baginda laksana sempurna

tinggalkan umatnya cinta nan bermakna

Selawat dan salam lidahku berzikir

hamba yang marhaen teramatnya fakir

Karangan nazamku berakhirlah sudah,

kumohon maafkan coretan menggundah.

.

Ya Allah Tuhan kami Yang Maha Esa,

harap diampun akan segala dosa

PARIDAH ISHAK

Desa Melor, 19/10/021 

KARYA 3

YANG DICEMBURUI SEMESTA

Namamu bersanding mesra Maha Cinta
Padamu, Muhammadku
Semesta begitu cemburu

Duhai cermin paling purna
Bagi segenap sukma

Lantaran bahagia pada kelahiranmu
Abu Lahab, kayu bakar neraka
Tak terkecup siksa tiap senin istimewa

Bulan lahirmu, langit bergema sholawat
Bumi dalam debar khidmat

Moh. Ghufron Cholid
Torjunan, 19 Oktober 2021

KEPUTUSAN

PERTAMA (RM100): Moh. Ghufron Cholid. “Yang Dicemburui Semesta”. (PAID to Rois 30.12.21).

KEDUA (RM80): Paridah Ishak. “Nazam Maulidur Rasul”. (PAID 28.12.21)

KETIGA (RM50): Putraery Ussin. “Rindu Rasulullah”. (PAID 29.12.21)

Tahniah kepada para pemenang.

TAMAT.