
Sayembara menulis puisi berdasarkan video yang disertakan di SINI:
https://www.facebook.com/groups/1227087207402547/posts/1740412219403374/
Hadiah:
Ke-1: RM100.
Ke-2: Mana2 sebuah buku E-sastera Enterprise.
Ke-3: Mana2 sebuah buku MBC.
Penyertaan:
Emelkan penyertaan kpd eSastera@gmail.com dgn Subject: Sayembara Menulis Puisi E-Sastera Oktober 2018.
Tarikh tutup: 31 Oktober 2018 @ 11:59PM.
PESERTA
- Norlaili FMJ.
- Nur Yanur.
- Paridah Ishak.
- Yusoff Abdullah.
- Suzana Jumadil.
5.
RENTA NAN BERHARGA
Renta pada usia
bukan pada maruah
bukan pada harga sebuah negara
jiwa kental mengayuh masa
jatuh bangun melangkah semula
dialah yang melakar kejayaan negara
masih gagah mengelilingi Putra Jaya
berbasikal melewati lekuk laluan ciptaannya.
berkayuh menikmati udara indah
meraih kesihatan dalam usia tersisa
senyumnya pada konotasi makna
salamnya disambut anak mata
dia pemimpin negara kita
bergalau bangunkan bangsa
kiranya yang terleka cepatlah jaga
usah kalah pada angka usia
renta selayaknya kau berharga.
Suzana Jumadil
Limbang, Sarawak
4.
Berkayuh Di Laluan Kehidupan
Berkayuh di laluan kehidupan
Perlu ada dokongan
Perlu ada panduan
Kita umpama seekor semut
Kerdil dan lemah
Terpaksa meredah samudera bergelombang
Atau belantara tak bertuan
Samar dan gelap
Bisa saja tersesat
Harapan hanya kesugguhan
Panduan hanya iman
Bekalan adalah al quran dan sunnah.
Berkayuh di laluan kehidupan
Jangan menyerah sebelum berjuang
Kegagalan itu asam garam
Berkayuh dan terus berkayuh
Meniti titik-titik kehidupan
Ibarat roda yang berputar
Tidak selamanya di bawah
Bersyukur dan berserah
Tidaklah kita lari dari suratan
Qada dan qadar Tuhan.
Begitu terlukis arca hidupnya
Di dinding sejarah
Usia senja masih tegak bertenaga
Berkayuh di putaran rodanya
Satu dalam berjuta
Suaranya kembali untuk kali kedua
bergema di puncak kuasa.
YajukBj17102018
3.
KAYUHAN USIA
Roda kayuhannya ligat menjejak aspal sepanjang laluan hidup
selaju arus masa seganding usia menambah bilangan
renungannya mencongak sesuatu yang menyapa gemala mindanya tiba-tiba
kekurangagan di situ di sini ingin ditambah lagi
kerosakannya mesti diperbaiki kadarnya segera
Selagi masih ada usia
meski energi raga daya minima
berfikir di luarkotak menganjak pradigma
Usaha upaya nekad dilaksana
dengan mahu izin-Nya insyaa-Allah
belum berserah kepada kelemahan
Tun M pejuang sejati
figura negarawan menyemai cinta watan subur pohon hijau
demi kebahgiaan warga Malaysia
dayung akli cerdas mengayuh
menjana kebaikan komprehensif
mendamaikan selagi nadinya berdenyut.
Menginspirasi semangat juang hidup marhaen
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
15/10/018
2.
MENJANGKAU USIA
Meniti hujung usia
Mencari redha Yang Esa
Mengalas tanggungjawab Negara
Demi kemakmuran bersama
Waktu sering mencemburui
Pada kayuhan senjamu
Menikmati ketenangan Sang Bayu
Mensyukuri nikmat Ilahi
Kudrat yang tersisa
Dikau curahkan buat rakyat jelata
Demi cinta setia
Demi lakaran senyuman bahagia
Teguhkan ideologi, tegarkan iktikad
Demi anak bangsa sejati
Tetapkan ikhtisas
Kerana dikau Tokoh kami
FADIYANUR
SRI MEDAN, BATU PAHAT
JOHOR
10102018
10.11 P.M
SITI FADIYANUR- Nama pena Fadiyanur @ Nor Cahaya. Anak jati Negeri Johor. Menetap di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Lahir pada 11 Julai 1988. Berumur 30 tahun. Berstatus bujang. Berkerja sebagai kerani dan penulis bebas. Boleh mengikuti laman sesawang saya di facebook (Fadiyanur-Fad), tweeter (Fadiyanur), Blog (Laman sesawang Fadiyanur), Instagram (Fad5654). Bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Medan, melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Medan. Mula meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah. Mula menulis pada tahun 2010. Menyertai pertandingan Warna Kaseh tahun 2012. Buku pertama saya Antologi Anugerah (2016), seterusnya Antologi Khalifah Yang Tertangguh (2017), Antologi Guru Sumber Ilham (2017), Antologi Soulmate (2017), Antologi Tribunal Cinta (2017), Bunga Bangsa (antologi sajak ziarah karyawan) 2017, pertandingan Sayembara sastera raya aidilftri 1438 (Jun 2017)-cerpen (2017), Komplot anekdot (2017), Puisi Pewiraku (Akhbar utusan Malaysia 2017), Suara kekasih rindu (2018), Puisi Kolam Kenangan Kita (Akhbar utusan Malaysia 2018), Puisi Merawat Luka (Akhbar utusan Malaysia 2018), Cerpen-cerpen Johor (2018), Cerpen Ramadan & Air Tangan Ibu (Majalah Wanita 2018).
Seorang yang ceria dan sukakan cabaran dalam hidup. Meminati pelbagai genra penulisan.
1.
AYAH
Tika mata ini dijamah,
Susuk tua bertubuh,
Melatari uban memutih,
Perlahan beranjur di jalan tanah,
Tampak gagah bersemangat penuh,
Ia mengayuh.
Tika mata ini dijamah,
Akan susuk tua itu,
Akal terkelip ingatkan ayah,
Berseorangan di rumah,
Nun di sana … Jauh terpisah,
Apa khabarnya?
Tua ayah sudah lamur,
Dahulu bercahaya kini kabur,
Dahulu tegang kini gelembur,
Wah, bagas tika mudanya,
Oh, menggeritik pula di hujung usia.
Ayah,
Madang menyebut kepadaku,
Saat aku berceranguk,
Sungguh sayu,
Aku kelu,
Katanya; ayah hampir daluwarsa,
Ditadah hanya geluk,
Menunggu ajal datang menjemput.
KEPUTUSAN
Pertama (RM100) = Suzana Jumadil. (PAID RM100 @ 14.1.2022).
Kedua (Buku EE) = Paridah Ishak.
Ketiga (Buku MBC) = Yajuk BJ.
TAMAT.