Dia bekerja dengan memanipulasi mulutnya
yang dituju ialah hati
melenting hati tak lagi tertahan
hati mengarah tangan
tangan melayang
tersepak mulut dia.

Baru sedar dia
akan tabiat kehidupan sosial dunia
atas bawah ada emosinya.

-IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 3.09.2021.

TAMAT.