Sayembara ESVA-21.
TEMA: Tuah Jebat.

ARAHAN:

  1. Tuliskan puisi sebarang genre yang sesuai untuk hari kemerdekaan Malaysia hari ini, 31 Ogos.
  2. Temanya boleh ditafsir sendiri secara sesuka hati.
  3. TEMPOH
    Mula: Selasa 31.08.2021 @ 12:01AM.
    Tutup: Selasa @ 31.08.2021 11:59PM.
  4. HADIAH
    Pertama: RM101.
    Kedua: RM100.
    Ketiga: RM99.
  5. HANTAR
    Emelkan karya ke:
    GaksaAsean@gmail.com.
  6. PENGANJUR
    Sayembara anjuran Sekretariat Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (Gaksa).

PENYERTAAN

  1. Oui Bin Sal.
  2. Fias Fida.
  3. Hussairi Hussin.
  4. Wijaya Jaya.
  5. Ibnu Din Assingkiri.
  6. Syaiful Nizam.
  7. Mohamad Mohsin Amiruddin.
  8. Moh Ghufron Cholid.
  9. Samsudin Ahmad.
  10. Mirza AS.
  11. Iffa Aini Hamd.

1.

PESANAN MERDEKA

Detik negara sudah lama merdeka
jangan pula kita mudah terleka
bila-bila masa boleh tergadai jua
andai kita sering menggapai lupa
seteru negara sungguh jelira
menanti saat roboh bahagia
membuncah galau setiap masa
usah kita terlalu megah menjurus alpa
asas perjuangan pahlawan lama
harus dipertahankan sampai bila-bila
memerdekakan nusa penuh duka
kekalkan maruah jati diri bangsa
jiwa nurani biar genggam semangat waja
semua kaum harus bersama
bersatu bersumpah setia
di bawah kibaran bendera
Malaysia tercinta

Ayuh ! rakyat Malaysia
biasa-biasakanlah laungan merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
moga tersemat jiwa gah merdeka
selamanya di marcapada.

Karya
Oui Bin Sal
Tanah Merah
Kelantan

2.

Oleh: Fias Fida

Alkisah bangkitnya seorang Jebat Suaranya melawan arus angin Rakus jerkah ke anjung istana Melaka Tergamam Tuah mendengar penderhakaan Gementar tubuhnya menadah titah sultan Ketika menunduk airmata jatuh mengalir tidak tertahan Dada bagaikan remuk serba tidak kena Betapa sukar mengimbangi keputusan Samada setia pada yang zalim Atau menzalimi sahabat yang setia Bukan mudah membuat perhitungan Jika kepulanganku membunuh Jebat Maka aku akan hilang kawan Namun andai aku membiar dia menderhaka Maka bangsaku akan ditelan bumi Lalu pilihanku untuk mengorbankan sahabat Biarpun kelak aku bakal dituduh pengampu Atau dikutuk melulu setia Kuharap suatu waktu nanti Bila bangsaku bersengketa Mereka akan sedar bahawa aku adalah penentang perebutan kuasa Tanpa kerajaan tidak wujud sebuah negara Tanpa negara apa ertinya sebuah bangsa Engkau tanahair negara rongga jantungku Negara berdaulat raja berperlembagaan Minda bebas jiwa merdeka Oh Malaysia cintaku berpadu

3.

Hussairi Hussin

Doa Malam Merdeka

Tanggal 31
Ogos yang sepi berulang lagi.

Tiada lagi cahaya berTuah
tiada lagi laungan bak Jebat menggila
tiada lagi gema sorakan marhain jelata
cuma ada gembira ahli politik raih kuasa.

Masih adakah harapan
mengharap impian menjadi kenyataan
belenggu pandemik ini hilang kelautan
lalu kabur dari persekitaran.

Walau diri terkurung
juga duka masih dirundung
bersama derita yang didukung
berlarutan lagi mega mendung
virus dan politik masih mengepung.

Usah sesekali putus harapan
ikhtiar mesti dilakukan
ampuhkan vaksin paling berkesan
doa jadikan amalan
yakinlah merdeka yang mendatang
usah sesekali abaikan Tuhan
ikhtiar dan tawakal moga kita menang.

31 Ogos 2021 – BerTuah kau Jebat.

4.

Wijaya Jaya

Hang Tuah Balada

Itulah pemuda yang kacak
Seperti bulan
Perwatakan yang cantik dan menawan
Disukai oleh semua rakan
Dan dihormati oleh semua lawan
Mengembara untuk belajar
Sehingga cita-cita dan penghormatan untuk guru
Kemudian mengembara ke laut melalui jalan berbatu
Semasa menjerit
Sebutkan nama anda ‘Hang Tuah’ nama sebenarnya anda
Dengan sihir dalam badan
Kecerdasan akal dan fikiran di sebalik senyuman
Dia mengalahkan semua lanun di Melaka
Semakin tinggi harum namanya
Adakah pahlawan Hang Tuah Melaka
Angin dan lidah meniup berita
Merapatkan telinga
Sultan yang terkenal
Membawa wira sebelum kegilaan
Pemimpin dan bendahara Kerajaan Melaka yang hebat
Dengan langkah terik
Sebagai tentera, langkahnya tidak takut mati
Niat ikhlas untuk mempertahankan negara
Taming Sari dari sekumpulan orang sihir
Dipukul hingga mati
Dengan hasil keris ajaib Taming Sari
Hang Jebat kawan sejati
Dipercayai oleh anda hingga mati
Tetapi masa dan kehendak adalah milik Tuhan
Suatu ketika dahulu, fitnah menimpa anda
Kepada Laksamana yang ikhlas
Sehingga dia dihukum mati
Tetapi Bendahara Melaka dan Allah baik hati
Hang Tuah berlari untuk menyelamatkan dirinya
Maafkan Melaka Hang Jebat membuat rancangan
Menyerang Seri Paduka Sultan Melaka
Dengan ketamakan di hati
Dan Taming Sari di tangannya
Inilah kisah wira Hang Tuah orang yang beriman
Sebagai komandan dan rakan
Datang memberi amaran
Dan berjuang
Tetapi hati saya sudah ditutup dengan keinginan
Hang Jebat tidak dapat disadarkan
Pertempuran sengit tidak dapat dielakkan
Sama kuat
Sama hebat
Kebenaran mesti membawa keberkatan
Dengan kemenangan dan tahniah
Darah Hang Jebat tumpah
Melaka kembali aman
Terima kasih kepada Hang Tuah the Hero
Jadilah kekuatannya
Dan kebanggaan
Model peranan pun
Untuk Melaka dan Sultan
Semasa pemerintahan
Sejahtera dan selamat.

Solo, 28 September 2018

5.

KISAH BONEKA WAYANG

Apakah Tuah
tidak terasa bersalah
menjual setia kawan
untuk hidup dan mati
sebagai negarawan?

Apakah Jebat
tidak terasa bersalah
menjemput kematian
yang tidak diratapi
selayaknya pejuang?

Kisah Tuah dan Jebat,
saudara menikam saudara
kerana tidak merdeka
dari ketaasuban pemikiran
yang ditanam beribu tahun.

Kisah Tuah dan Jebat,
berulang dan berulang
selagi manusia rela diri
menjadi boneka wayang
di panggung bangsawan.

Simpang Ampat, Pulau Pinang
31 Ogos 2021
#ibnudinassingkiri

6.

Syaiful Nizam

Pesan Merdeka

Masih adakah lagi Amanat yang suci itu anakku
Mengapa engkau rebah Dalam enak kehidupan anakku
Kerana esok
Empuk nikmat aman mungkin punahUsah leka usah hairan
Engkau mesti pastikanAmanat terpelihara.
Merdeka!

WiramaTg. Kupang

7.

Tiga Wajah Pejuang
Mohamad Mohsin Amiruddin

Pejuang negara
rela mati di
hujung muncung
senapang.

Pejuang bahasa
sering mati di
hujung mata
pena.

Pejuang politik
tak pernah mati
untuk undi
kuasa.

Selama, Kedah.
31 Ogos 2021

8.

INI MERDEKA, KITA YANG PUNYA

Ini merdeka, kita yang punya
Yang kita genggam dengan darah dan airmata
Berjuang, tak kenal putus asa

Langit persatuan, kita tegakkan
Yang tercerai berai kehilangan bentuk

64 tahun merdeka
64 tahun mengenang cinta pahlawan
Yang tak menipu dan tak kenal curiga

Ini merdeka, kita yang punya
Kita rapatkan barisan
Kita asingkan duka biar tak beranak-pinak

Ini merdeka, kita yang punya
Mari, marilah kita wariskan bahagia

Moh. Ghufron Cholid
Torjunan, 31 Agustus 2021

BIODATA PENULIS
Moh. Ghufron Cholid adalah nama pena Moh. Gufron, S.Sos.I, lahir di Bangkalan, 7 Januari 1986 M, tamat SDN Blega 03 (1999), tamat SLTPN 01 Blega (2002), alumni TMI Al-Amien Prenduan (2006). Pendiri Pesantren Penyair Nusantara di FB, Sanggar Sastra Al-Amien (SSA) memiliki peran besar dalam karir ke penulisannya, sampai beberapa acara sastra berskala nasional maupun internasional pun diikuti. Menulis baginya sarana menyegarkan ingatan dan menebar cinta serta lewat menulis bisa bertualang untuk lebih mengenal indah semesta ciptaanNya. Menulis puisi, cerpen, pantun dan esai serta menulis. Karya-karyanya tersebar di berbagai media baik di dalam maupun luar negeri seperti Mingguan Malaysia, New Sabah Times, Mingguan Wanita Malaysia, Mingguan WartaPerdana, Utusan Borneo, Tunas Cipta, Daily Ekspres, Bali Post, Majalah Horison, Majalah QALAM, Majalah QA, Majalah Sabili dll. Alamat Rumah Pondok Pesantren Al-Ittihad Junglorong Komis Kedungdung Sampang Madura. Hp 087850742323
BTN Cabang Bangkalan nomer rekening 0002801580057814 atas nama Moh. Gufron, S.Sos.I

9.

KEMERDEKAAN TERSANGKUT DI KAMAR LOTENG

Kau sembunyikan diri di kamar loteng
Dalam diam menerobos masuk ke layar kaca
Mendengar laungan suara dan syahdu rasa
Yang menggegarkan ruang dan alur waktu.

Di depanmu setimbun lembaran lejar
Jatuh melayang dari langit
Dibawa gelora angin dari barat.

Dulu, berbumbu rasa kita menantinya
Rupanya kita menebar tekad
Dan mengutip keyakinan yang berbeza
Ingin kaurampas sinar matahari
Buat menyelitkan cahaya bintang di pundak
Keras kautentang sungai keringat dan darah.

Namun matahari memadamkan sinarnya
Dalam gelap kautaburkan harapan
Pada meja sekolah dan daun-daunan hijau di rimba
Kausembunyi hasrat dalam gua-gua di belantara.

Kini, matahari datang membawa bulan keramat
Cukupkah sekadar menggantung hasrat
Pada sekeping kain di tangga loteng
Jalurnya berkibar dalam angin prasangka
Bagai kita sedang beradu domba.

SAMSUDIN AHMAD
(31hb. Ogos 2021)

10.

LIBAU ANAK NINGKAN 1800-1870
: Tebusan Kemerdekaan Malaysia
Sungai Skrang dan Saribas

1/ Di sungai ini, segalanya barangkali akan hanyut, kecuali
namamu;
Rentap, ayah sekaligus ibu bagi suku Dayak Iban yang
dicap paksa sebagai lanun.

2/ Jauh di masa silam
kemerdekaan terbuat dari gesekan mandau dari hulu sampai hilir
tetes darah di lengkung pucuk pakis dan
kesakitan seseorang yang dibakar kampungnya

3/ setelah kubu Nanga Skrang gagal
7000 pasukan seperti lebah hutan; memaksamu menepi dari
moleknya lekuk pinggang sungai menuju kaki bukit Sadok
”menepi bukan berarti mati” Katamu
lalu, beberapa orang yang setia
mengikutimu menuju bukit.

Bukit Sadok
Pada musim yang begitu ngilu
Tawak Sadok di tabuh berulang kali
Raja Putih muda dan 12 meriam ekspansi ketiga kali
satu purnama penuh
Namun, bagimu
tak ada yang lebih memalukan dari mati tanpa perlawanan
sirna dan dilupakan

(Pati, Indonesia: 31 Agustus 2012)

DATA DIRI

Nama : Mirza AS
Nomor : 0815 6828 1384
Norek : BRI An. Mirza Arief Susanto, 300601021452532
Akun Medsos:
⦁ Fb : Mirza Sastroatmodjo
⦁ IG : umatberbahasa
⦁ Twet : MirzaSastro
Lahir di Pati Jateng. Alumni Prodi Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia Universitas Ahmad Dahlan. Cerpen dan Puisinya tersebar di belasan Antologi dan beberapa media di antaranya: Majalah Gusdurian Jombang, Tabloid Wanita Kudus, Jurnal Khittah NU pati, Kabar Pesisir Pati dsb. Pernah diundang di Pertemuan Penyair Asia Tenggara di Cilegon 2014, Arus Sungai Sastra Magelang 2015, Tifa Nusantara 2 Tangerang 2015, Tifa Nusantara 3 di Marabahan Kalimantan Selatan, dsb. Memenangi Juara 1 Musikalisasi Puisi bersama grupnya Al Fine dalam Festifal Sastra Universitas Gadjah Mada Se-Jateng dan DIY yang diselenggarakan FIB UGM 2016. Juara 1 Pemuda Pelopor Bidang Pendidikan dan Kebudayaaan Kabupaten Pati 2018. Buku kumpulan cerpennya Kupu-Kupu Bersayap Garam (Diandra 2012). Selain itu aktif membina dan mengembangkan pemuda di Lembaga Pengembangan Pemuda dan Masyarakat Dermo Wongsho yang didirikannya tahun 2015.

11.

TERIAK DARI KOLONG KAYANGAN

Serupa langit bergenderang
meluncur lancang
diselusuhkan canang
lahir kelancungan
dilenyak ke riba ketaksuban
terlanjut harapan didodoikan
janji-janji sebanyak buih-buih lautan
menambah keperihan
marhaen di kolong kayangan

Bapak-bapak berebut kuasa
peduli hanya bingkai wajahnya
anak-anak berpuasa
tanpa bertemu iftarnya
setompok nasi basi dipaksa telan
sepotong derita diagih-agihkan
secangkir pecah tubir disuakan
luka sendiri terhirupkan

amanah melibatkan wang
akan disorok ke lubang-lubang
mengerah anak-anak berjuang
menjadi kubu perang
pada musuh yang dijemput datang
dari pintu belakang

mengais tulus ketulan kata
adalah gemala dipersia
teriak dirambat bungkam
mata hati membalam
demi menjulang arca kaca
bapak-bapak berebut pula
terhempas lalu meluka
menusuk dada bonda
yang lama menimang merdeka.

IFFA AINI HAMD
31.8.2021
Tangkak,Johor

KEPUTUSAN

  1. RM101. Mirza AS. (PAID to Rois 28.09.2021).
  2. RM100. Fias Fida. (Sila berikan butiran akaun bank sdr)*. (PAID: 30.03.2023).
  3. RM99. Samsudin Ahmad. (PAID: 21.02.2023).

*Emel: gaksaAsean@gmail.com

TAMAT.