PANTUN DUA KERAT

Sarang peringat di kebun Pak Mat
Siapa beringat dia selamat

Membawa bekas timba perigi
Semoga lekas Korona pergi

Mencari pucuk dibuat ulam
Terasa sejuk hati di dalam

Nyalakan pelita terangi sala
Semoga kita berkumpul semula

Dibuat papan kayu meranti
Tahun hadapan pasti dinanti

Oleh:

Sujata Wee.
Kelantan.

TAMAT.