Sebab nama ni trending di twitter, saya tulis sajak ni.

PESAN KEPADA DIRI YANG
BERNAMA SANUSI

Kata orang
apa ada pada nama
ini jawapannya:
Ada doa ibu bapa
juga ada bin dan binti
dibawa ke mana sahaja
sesetengah ada nasab
turunan sebelah bapa
segelintir dinisbahkan
ke tempat dilahirkan.

Dirimu membawa nama
dan semua jati dirimu
ke taman bunga warna-warni
ke dalam jurang penuh duri
pimpinlah dirimu
agar tidak sesekali
membawa doa ibu bapa
ke jalan penuh mungkar
menempah cemuh di fana
dan sengsara, nanti di sana.

Simpang Ampat, Pulau Pinang
12 Ogos 2021

ibnudinassingkiri

Oleh:

Ibnu Din Assingkiri.
Pulau Pinang, Malaysia, 12.08.2021.

TAMAT.