SAYEMBARA E-SASTERA@FACEBOOK: (B9) SAYEMBARA 10 MUHARAM

Sayembara 10 Muharam –

https://www.facebook.com/groups/1227087207402547/permalink/1721579934619936/

SAYEMBARA 10 MUHARAM

Hari ini bertarikh 10 Muharam 1440. Umat Islam meraikan tarikh ini berasaskan kejayaan para Nabi Allah yang berlaku pada tarikh ini. Antara peristiwa yang paling popular ialah pendaratan Nabi Noh di bukit Zuhdi setelah negaranya tamat dilanda banjir besar.

Untuk sayembara ini:

Tuliskan 10 kejayaan terpenting bagi diri anda yang telah anda capai dalam hidup anda setakat ini.

SYARAT:

1. Had kepanjangan tulisan ialah sekitar 250 perkataan.

2. Pemenang akan dipilih berasaskan keunikan kejayaan yang disenaraikan serta cara ia dipersembahkan kepada pembaca.

3. E-melkan penyertaan anda kepada eSastera@gmail.com dengan Perkara (Subjek) “Sayembara 10 Muharam 1440”.

4. Tarikh tutup: Hari ini (Khamis 20.09.2018) jam 11:59PM.

HADIAH:

Ke-1: RM100.

Ke-2: Buku terbaharu terbitan eSastera berjudul “Travelog Dua Tanah Suci” tulisan penyair dan deklamator, Puzi Puzihadi.

Hadiah tajaan Esastera Enterprise.

PESERTA (Disalin dari Facebook)

SAYEMBARA 10 MUHARAM – KEPUTUSAN(Akan diumumkan setelah tamat tempoh sayembara)

HADIAH Ke-1: RM100.

Pemenang: Akan diumumkan.

Hadiah Ke-2: Buku “Travelog Dua Tanah Suci”.

Pemenang: Akan diumumkan.———-

Info Sayembara di sini – https://www.facebook.com/groups/1227087207402547/permalink/1721579934619936/

———-

KEMAS KINI 21.9.2018

Pihak e-Sastera telah menerima tiga penyertaan sahaja untuk sayembara ini. Penyertaan daripada:

1. Arina Abd Rahman.

2. Ahmad Janatul Firdaus.

3. Moh. Ghufron Cholid.

Keputusan akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. Kami sedang menunggu respons daripada pengadil.

———-

KEMAS KINI 23.09.2018

PENYERTAAN

1. Arina Abd Rahman

“SAYEMBARA 10 MUHARAM 1440”Setiap orang mempunyai kisah kejayaan hidup yang menjadi memori manis, saya juga tidak terkecuali. Pertamanya sewaktu di sekolah menengah saya telah dianugerahkan (1)pelajar terbaik SPM peringkat sekolah. Saya telah melanjutkan pengajian ke peringkat STPM di sebuah Kolej di Kuala Terengganu dan akhirnya menjadi (2)pelajar terbaik STPM peringkat negeri Terengganu pada tahun 1985. Setelah memperoleh kejayaan dalam STPM saya berasa amat bertuah kerana berjaya pula (3)menyambung pengajian ke universiti yang menjadi pilihan utama iaitu Universiti Malaya. Setelah tiga tahun mengikuti jurusan Pengajian Melayu dan Sejarah akhirnya saya menamatkan studi dan bergelar siswazah pada usia 24 tahun. Setelah itu saya berasa gembira apabila (4) cita-cita untuk menjadi guru akhirnya terlaksana setelah diterima memasuki Universiti islam Antarabangsa menyambung Diploma Pendidikan. Setelah menamatkan Diploma Pendidikan akhirnya saya ditempatkan di SMK Chukai Kemaman, (5) sekali lagi berjaya penuhi impian bertugas di negeri sendiri. Seterusnya saya berasa bertuah pula kerana telah (6) dikurniakan seorang cahaya mata perempuan setelah melayari usia 5 tahun perkahwinan. Kejayaan seterusnya ialah dapat (7) mengeluarkan air mineral sendiri untuk sekolah yang saya bertugas dan juga berjaya (😎 menerbitkan puisi dalam antologi pertama sebagai peminat sastera. akhirnya saya juga dianugerahkan (9) guru Unggul Exxonmobil pada tahun 2016. Akhir sekali sebelum bersara saya telah(10) memegang pelbagai jawatan dalam dunia pendidikan di sekolah sehingga sekarang sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

2. Ahmad Janatul Firdaus

Ketika kecil aku ditanya tentang kerjaya. Ini soalan klise kepada setiap generasi. Kataku, ingin menjadi seperti ayah, seorang penjawat awam. Kejayaan pertama dalam hidup tentunya berjaya mengenal ABC seterusnya dapat membaca. Dengan ilmu guru bertakung dalam diri, aku mendaki kejayaan selanjutnya dengan melepasi empat tahap pendidikan sehingga memiliki dua sarjana muda dan satu sarjana. Ketika ilmu membuak untuk diaplikasikan, aku perlu merealisasikan cita-citaku berbakti kepada negara. Terima kasih UPSI, sebuah Universiti Pendidikan Nombor Satu Negara menyambung legasi kejayaanku. Aku berjaya bekerja di sektor kerajaan walaupun sebuah badan berkanun. Di sinilah selama 16 tahun aku meneroka diri sebagai pekerja berkemahiran dalam memacu kecemerlangan negara dengan mencipta kejayaan demi kejayaan. Umur 45 tahun aku menerima lebih 60 anugerah. Anugerah diterima sungguh holistik kerana berjaya mencungkil potensi dalam diriku yang meliputi anugerah kepimpinan, anugerah kualiti, anugerah integriti, anugerah inovasi, anugerah kreativiti, anugerah nyanyian, anugerah seni, fotografi dan busana, anugerah ICT, anugerah media, anugerah sastera dan anugerah sukan. Aku ada 15 tahun lagi dalam dunia pekerjaan, masih banyak potensi diri perlu kuterokai untuk menjadi seorang suri teladan hebat. Kejayaan paling besar sehingga mampu berada di pentas kehidupan tentunya kerana sentiasa dalam redhaNya dengan kesihatan adalah satu anugerah kejayaan paling prestij dan tidak ternilai harganya.===========lampiranAnugerah:1.Anugerah Kepimpinan- Anugerah Kepimpinan MASTI UA 2018- Tokoh Pentadbir UPSI 20152.Anugerah Kepimpinan Persatuan-pemimpin membawa Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UPSI pemenang Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Sektor Awam 2017 – bantu menang Anugerah Persatuan Terbaik UA 2018, 3.Pingat KebesaranLima pingat kebesaran- Persekutuan – PPN-Wilayah – PPW- Perlis – PMP- Perak – PPT- Pulau Pinang – PKT.4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – APC – 3 kali-Sijil APC – 9 kali5.Anugerah Kualiti-Anugerah Kualiti Perdana 2014-Anugerah Kualiti Perdana 20136. Anugerah integriti-Anugerah Integriti Cemerlang 20117.Anugerah Penulisan dan Sastera-Anugerah Media UPSI – Penulisan Terbaik 2013-Tempat Ketiga Pertandingan Menulis Sajak 2006 UPSI-Tempat Ketiga Sayembara Hari Raya Esastera 20178.Anugerah Busana-Man of The Night MASTI 2018-Man of The Night MASTI 2016-Busana Terbaik Hari Raya BHEA 2017-20189.Anugerah Nyanyian-Tempat Pertama Pertandingan Nyanyian Hari Keluarga UPSI 2006-Tempat Ketiga PRESTASI IDOL 200810.Penerbitan-72 artikel dalam akhbar dan majalah -22 buah buku/antologi bersama (Penulis) -8 buah buku (Penyelenggara)-191 penulisan tersiar dalam buletin -500 penulisan dalam penerbitan dalaman

3. Moh. Ghufron Cholid

10 Kejayaan Terantik yang Menggetarkan Bathin

Oleh Moh. Ghufron Cholid

Saya pikir sayembara 10 Muharram yang ditaja oleh Esastera sangat menarik karena tiap peserta diminta mengungkap 10 kejayaan yang pernah diraih dengan cara seunik mungkin, berikut 10 Kejayaan Terantik Saya, Kejayaan Pertama, saya menjadi putra Abah dan Ummi, yang dengannya saya mengedipkan mata cinta pertama di dunia, kehadiran saya disambut dengan adzan dan iqamah yang menggetarkan sukma. Kejayaan Kedua, saya lahir di lingkungan pesantren salaf, yang mentradisikan bahtsul masail (memecahkan masalah berdasarkan metode Islam) ini merupakan bekal keilmuan yang asyik di masa mendatang, dengan Islam, Iman dan Ihsan.Kejayaan Ketiga besar di pesantren kholaf, yang mengkombinasikan antara keilmuan klasik dan modern, yang misi utamanya mencetak mundzirul qaum (para pemimpin umat) sehingga Islam semakin menjadi agama yang penuh cinta.Kejayaan Keempat menjadi bagian dari Sanggar Sastra Al-Amien (SSA) sehingga saya pernah mendapat piagam penghargaan dari UNESCO karena ikut serta memeriahkan hari puisi sedunia dengan puisi yang saya tulis. Kejayaan Kelima Baca Puisi dalam dua bahasa yakni Bahasa Madura-Indonesia di Japan Foundation Jakarta mewakili Madura dengan memakai baju khas Madura.Kejayaan Keenam Berwisata dengan Puisi, menulis puisi membuat saya kerap diakrabi kejutan mendatangi tempat-tempat tak terduga baik di dalam maupun luar negeri dan sempat baca puisi di Kongres Penyair Sedunia ke-33. Kejayaan Ketujuh, kegemaran menulis pantun membuat pantun saya diabadikan bersama penulis pantun lintas negara. Kejayaan Kedelapan, kegemaran menulis cerpen membuat cerpen saya terbut di berbagai media di Malaysia.Kejayaan Sembilan dikaruniai istri sholehah, dengannya separuh agama saya telah sempurna, alhamdulillah. Kejayaan Kesepuluh jadi seorang ayah bagi Ashlihatul Millah dan Nailun Najah, yang merupakan kejayaan tertinggi setelah menikah.

———-TAMAT———-

KEPUTUSAN.

Setelah meneliti senarai kejayaan peserta serta format pembentangan masing-masing, pengadil membuat keputusan yang berikut:

HADIAH PERTAMA (RM100): Arina Abdul Rahman. (PAID RM100).

HADIAH KEDUA (Buku “Travelog Dua Tanah Suci”):

Ahmad Janatul Firdaus.

Terima kasih atas penyertaan sdr semua.

Sila Messenger kepada saya butir-butir perbibadi untuk kami hantarkan hadiahnya – Dr. Irwan Abu Bakar 0192680086 (23.09.2018).

TAMAT.