A5. SAYEMBARA MENGKOMPOSISI SAJAK ISU SEMASA – OGOS 2016

Tempoh Sayembara:

12:01AM 15.08.2016 – 11.59PM 31.08.2016.

Tema:

Isu semasa (Isu sebenar ditentukan oleh pengkarya sendiri berdasarkan isu di negara sendiri ataupun isu semasa dunia).

Hadiah:

Pertama RM100; Kedua RM50.

Syarat:

1. Siarkan karya di grup fb “E-Sastera Sajak” dengan memenuhi syarat-syarat penyiaran yang biasa di grup itu. Sila gunakan hashtag yang diberi di bawah.

2. Terbuka kepada semua ahli grup fb “E-Sastera Sajak”.

3. Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada TIGA buah sajak sahaja untuk sayembara ini.

4. Sajak belum pernah dsiarkan di mana-mana penerbitan cetakan keras mahupun elektronik.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Hadiah disumbangkan oleh seorang ahli E-SASTERA. Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan itu.

-Admin
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2016

KARYA PESERTA (Format sebenarnya, sila lihat versi di Facebook):

1.

#SayembaraPuisiOgos2016

AKU TETAP BERTANYA.

1950Bukit Kepung bungkam dan sepibergelimpangan pejuang rebah rentung dipanggang apianak isteri yang tidak mengertiturut sama rebah tersungkur di bumisetiap kali menjelang 31 Ogosperistiwa ini mencengkam hatimengerti betapa mahal sebuah kemerdekaan.1942Bukit Chandu, Singapurasuram dan durjaseorang perwira muda bernama Adnanrebah di tangan tentera Nipponlehernya dikelar pedang samuraibadannya lunyai diradak bayonet,setiap kali menjelang 31 Ogosdi Jalur Gemilang wajahnya terpampang teguh senyum kepuasan pertiwi bebas dari cengkaman musuh.Tapi aku tetap bertanyagenerasi kedua pra merdekabangga dengan jenama generasi Yapakah tetap buta sejarah terus leka suka dan perpoyamerdeka pada mereka tidak mempunyai pegertian apa-apa.

EMRA.
K.Terengganu.

2.

#SayembaraPuisiOgos2016

BILIK KESETIAANA

da lagi yang jiwa sejati?mencari sinar sebuah negerisetia pada jiwa sehatidemi negara yang dicintai.Lihatlah negara inibunga raya terhias rapicepat berubah malar tranformasisetiap jasa tidak dilupai.Jadilah warga hakikiwarnai budaya setiap tradisiinilah makna merdeka pertiwiakan ditanam setiap generasi.Ayuh kita bangkit kembalilagu negaraku kita berdiritanah tumpah taman abadiriwayat sejarah mengalir ke nadi.

Hasil Nukilan;GABRIEL KIM18 Ogos 2016Taman Mutiara,Labuan, Malaysia.

3.

#SayembaraPuisiOgos2016

SUARA MERDEKA

Laungan Tunku Abdul Rahman 59 tahun dahulusudah cukup kuat sebenarnyamerambat hati rakyatdahulu, kini dan selamanyaberpanjangan pada detik samamelaung pekikanmerakam kegembiraanmerasakan kesatuanagar dipatuk bisa kemodenantidak sakit berpanjangantidak patah semangat perjuangan.Namun kekalkah damai pribumi yang tinggalsedang hari bertemu hariisu kehormatan dan bersih diridiperkatakan dalam dewan-dewan terbukadiperjuangkan dalam rapat-rapat umumsuara-suara yang kedengaranbagai masih mencari erti kemerdekaan.Anak-anak muda dan para beliaanda semua adalah paksi harapanke mana jua berjalan usah tidak bertujuanke mana jua berarah usah berkeliarantumpukan pada murni kerjayasiang, biar cerah sinarnyamalam, tidak sesat dalam kegelapancukup sekadar terang tanahsebagai pedoman.Akan dilaung lagi seru merdekakutip, sebarkan makna kebaikanelakkan bersemangat pokok rambutan jantanorang berbunga dia berbungaorang berbuah dia tiada.Suara merdekaadalah seru panggilkata keinsafan.

paridahjailan
16 Ogos 2016
Bdr Tun Hussein OnnCheras

4.

#SayembaraPuisiOgos2016

—–Madah pujangga —-

Aku bukan seorangPujangga bestariSekedar insan melakar lukisan di hatiBukan berlagak bergaya ranggi KE LANGIT DIRGANTARA MENCARI PUJI!Hanya seni bahasa kucoba mewarisiDI BALIK CERCA-CACI IRI DAN DENGKI!Aku tetap tegak berdiri berlariWalaupun perlu bersendiriSelagi kau tak serasiSelagi itu tak kau fahamiBahasa ranggi bukan berlagakTapi…Sama tinggi tetap berdiriBERPIJAK DI BUMI ARDI PERTIWI!Mahupun di angkasa rayaDirgantra luas semestaLuahan kata cantik nan indahMenawan gaya artistik jiwa KIRANA LENTENG MENARIK RIAS WAJAH!Suka mahupun duka tawa mahupun hibah Di asal mula bibit dan benihATAS DASAR SENDI ASASI!Lukisan wajah ditintaHakiki inti sariManjadi pohon berukun sendiSuara hati dialun dikataIndah beriramaAksara Kata puisi hati sejuta rasaBicara kata mengalun dijiwaDiatur dituturBahasaku termasyhurDikara indah wajah ditintaSukma rasa bahasa tercinta

Rima Re

Temasek kotacina

hak cipta terpelihara

5.

#SayembaraPuisiOgos2016

JALUR GEMILANGBAHTERA MERDEKA

Berkibaran megah ia menyonsong anginDi tiang bahtera “MERDEKA” membelah samudera jagat rayamasih girang warna tidak sirnatidak koyaktidak rabakKadang panas kering kadang sejuk dinginnamun pelayaran berterusan membawa bebanan berat ringanmeskipun payah mengendalinya bukan mudahNakhoda berganti-gantian berjanji-janjian memelihara kemasyhlahatanmenimbun kemakmuran yang didambakan.Tiada keluhan tiada sesalan tiada bantahanBerbilang kemahuan beragam kerenahditatang diampu agar jangan punahjangan berderai berkecai relaidiusap dibelai lembut gemalai.Moga sengketa tidak beronak beranjau merebamerosak aman menyebab lukaBahtera “MERDEKA” belayar laju bersama waktumelintas lautan berombak biru kuning merah hijau unguDilepasi satu persatu tanpa ragu hanya mahuMasihkah gagah bahtera merdeka?Dengan kibaran jalur gemilang pengeras rasa wajasedang angin menderu-deru gelora mula melanda.Yang menumpanginya mensia-sia keteguhannyaTerulit dengan mewahnya pesta-pesta kemakmuranmengundang tikus-tikus berkeliaranjusteru terlalu banyak rezeki bersepahandi lantainya di sudutnya bertaburan merataGigi-gigi geraham perkasa lagi tajamSentiasa mengintai peluang menjahanamkan mengaramkanMenundanya kemana saja menurut kehendak.Nakhoda yang bijak tidak berganjakbulat total madahnya jangan digertak.Bahtera “MERDEKA” warisan nenek moyang kitaselamanya untuk kita bukan sesiapabukan persona.Dirgahayu tanah airku.

Paridah Ishak
Selayang Utama
11 Ogos 2016

6.

#SayembaraPuisiOgos2016

TANAH AIR TERCINTA

Kibaran benderamenguis kebebasandi kalendar sejarahserangkap puisimenzahirkan cintaJalur suaralaungan merdekasorakan semangat mengepal perpaduanbawah bulan dan bintang perkauman merentang semangat gagahjangan pernah mengalahditindas penjajahBiar selamanya bergemuruhdi dalam dada tanah air tercinta akan diperteguhselagi adanya nyawa.

SITI ZAITON AHMAD Tapah Perak 31.8.2016

7.

#SayembaraPuisiOgos2016

RUMAH MERDEKA

Siapakah yang melemparkan duri dan rebadi laman rumah merdeka kitasewaktu pulang meraikan ulang tahunmelupakan musim duka mengingati hari indahmelupakan hanyir darah yang tumpah.Siapakah yang mencemarkan dengan selut dan najisdi lantai rumah merdeka kitasewaktu kita bersimpuh merafak syukurmelupakan zaman sukar yang jerihmelupakan air mata yang jatuh menitis.Siapakah yang mencemarkan dengan kahak dan sawangdi dinding dan setiap ruang rumah merdeka kitasewaktu kita menyatu jiwa mengikat setiamelupakan zaman sengketa yang tragismelupakan keraguan dan kudis prajudisMarilah kita pemimpin dan rakyat merdekamenjaga rumah merdeka kita dari setiap penjurudari segala waham dan panah cemburusebelum terbakar dan runtuh diinjak seterulalu kita menjadi piatu di tanah leluhur yang satu

Lara MN
Kuala Terengganu19082016

8.

#SayembaraPuisiOgos2016

AKU DAN JALUR GEMILANG

Jangan pandang di tanah gersangwalau kering jiwa menjulangwajah anak bangsa gemilangtetap tidak akan hilangkerana di sini keringat berdendang.Sebuah negara merdeka terbilangkibarkan panji di setiap tiangdengan kibaran jalur gemilangaku anak merdeka sekarangsemarak hati berjiwa terang.Aku dan jalur gemilanglagu negaraku turut berkumandanghormati kepada para pejuangberkorban demi taat setia dijulangpusara itu jadi sejarah panjangsemat jati diri sebagai orang.Keranamu Malaysia setia berpenganghilang sudah bunyi perangjangan sekali lupa pantangjangann juga jadi pendatanghidup mewah berubah belang.Jalur gemilang terus terbangangin desa dari seberangbangkit sejiwa berkasih sayangsopannya budi tidak terhutangsemoga muhibah terserlah agung.Hasil

Nukilan;
GABRIEL KIM
Taman Mutiara,Labuan, Malaysia.15 Ogos 2016.

9.

#SayembaraPuisiOgos2016

JERUJI KESUMAT

memangtiap pelosok di denai terperuk manatak pernah kau injakbenarsebelum ruhi hayatmendakaptelah kau renung makrifatfungsi seluruh keutuhandaerah kelemahanluntur letak kesangsianbalkham likat menghitamdan api itu maraktakkan padammembara di perut dendamlebur di lautan takabursendiri yang kau nafikanhanya derajat merajai nafsu- tanah dan apinah,setelah itu telahbukan lagi akan atau sedangkau perlu akursebaik kemenjadian maujudsejak azalibukan dirimunyata kami memang mutlak merdekatika kau memilih penjara derita selamanya!

©k.manja18082016 0500

10.

#SayembaraPuisiOgos2016

LAI LAI LI TAM PLONG

mengapa mesti aku pedulisiapa yang mengaturkemerdekaan atau apa saja yang kau panggil inikerana lama duludatuk ku pernah mengajarlai lai li tam plonguntuk menentu siapa yang terpilihdan siapa pula yang harus disingkirkannamun sekarang aku masih abdikepada seribu kekangandan entah apa lagi nantiyang kau masyurkan sebagainikmat kebebasanguli guli sudah lama tiadaanak anak ku tidak pandai bermain sorokcucu ku sesat dalam dunia barutanpa sempadan tanpa tembokhari ini ku biarkan lembu dan kambing di padangmeragut manis rumput kebebasansebelum tiba musim memilih korbandan yang lain terus bebasmenikmati rasa kemerdekaanbesok lusa mungkin giliran kutersingkir dalam permainanlai lai li tam plong itu

Nukilan:
Z.O.Daulae
Ipoh
24 Ogos 2016

11.

#SayembaraPuisiOgos2016

MERDEKA
Memercik hangat mentarimenyimbah di bumi hijauEngkau tidak akan di khianati walaupun di timbus selut dan di hempas waktuResapi jantung tanah airkuDisitulah nadi kemerdekaanEngkau adalah laungan kemakmuraan dan kejujuran yang dipintaKeagongan terserlah dalam perjuangan keringat dan nafasApabila kuntum-kuntum bakti dan perjuangan bersusun di hadapan dalam erti kemerdekaan.
Yuseffendy#
Akrostik
Batu Pahat
170816

12.

#SayembaraPuisiOgos2016

SAJAK DI REDUP REMBULAN

duhai rembulanbukakan tirai cintamuaku datang, ingin bagi tahumusim merdeka sedang menjelangdi bangunan di tiang di pokok tinggipanji pertiwi berkibar setiadi corong di skrin di pembarisankalimat keramat menggegar semangatmerdeka merdeka merdekaduhai rembulansenyumlah buatku mengimbaudengan tekad dengan tulusdengan darah dengan air matadengan ilmu dengan hujahdengan keris dengan penadengan sakit dengan sulitdengan cintamerdeka ini terbukti, akhirnyaduhai rembulanitulah sejarah tanah airkukini berubah pesat membanguntapi, aku dan ramai lagi anak watansedang terhukum pada cukai liarpada pembayaran melampaupada nilai kejatuhan mata wangpada lesap dan lenyap aset-aset utamapada gusar pelabur luar berkongsi niagapada pendatang asing yang membanjiripada kuasa yang kekal mewahmalah kebal berkuasa. aku dan ramaianak watan terjerat dan terjerut di tanah kelahiranduhai rembulankami telah terasuh untuk takut bersuarasekali pun demi yang benar dan adiltidak terdaya kami sekadar rela terperdayamoga merdeka kali ini isyaratkebijaksanaan membuat pilihandan penentuan. duhai rembulanayuh bersamaku di sebalik malammelaungkan MERDEKA dan esokmatahari pasti memberi cahaya kepada bumi

Hamizun Syah
Langgar Kedah

13.

#SayembaraPuisiOgos2016

Hari Ini Merdeka

HaizamOLEK
31082016

Penjuru-penjuru ceritakerusi-kerusi penguasabertitah singgah sanaberbisik; tangkap, tangkapmenjerit; merdeka, merdekadihayati serupa tak ada.Bersimpang siur kelilinglingkari membulat bumibenar standard sidangcemar petualang nadirdiisi tak penuh-penuhderhaka di bumi bondakhianat dosa merdeka.ditangisi hiba jelata.Gembira sorak di padangsepi sayu pedas nubaritembaga bermangga mulutmenulis berdakwat keringkebenaran kerahsiaan palsukecut diusung ke pasungmerdeka boneka merdeka.Hari ini merdekadulu pun merdekaini kaliramai-ramai berdiam diri.

14.

#SayembaraPuisiOgos2016

SELEMBAR BENDERA

selembar benderayangkau kurnia untuk bangsakuuntuk perjuangan yang sudahjadi ketikabanjaran gunung gunung bergegardan ombak di pesisir menjadi murkamemang aku perlukannyamenampanbatu batu yang bergelimpanganombak yang menghempas ehsansejarah kitanasib kitakematian kita yang durjanakan kukibarkan pemberianmuselembar benderawalau telah carik seribu

Z.O.Daulae
Ipoh, 28 Ogos 2016

15.

#SayembaraPuisiOgos2016

SEBUAH PUISI BAHARI

seorang anak negerimenulis serangkap puisilalu dihujungnyamengumpul kata kata tentang penjajahtentang robohnya kota Melakatentang berundurnya kesultanan rajasultan yang menitahkan tukang tulis ituseorang anak negeribersyair tentang peritnya kehilangan sebuah singgahsanaditulislah anak negeri itusebuah puisi baharilalu dijampi dan dipuja hingga melesat hilang lembar puisi itu di udarasetelah lebih empat ratus tahunseorang lagi anak negeriyang ingin menulis sebuah puisitercari cari kata katatentang kebebasan tentang merdekatentang janji janji dan tentang pengisiannya juganamun terdengar dia sebuah suaraberbisik bisik di udaramelagu sebuah puisi lamapuisinya penuh rintihanpuisinya penuh sesalanjauh sayup suaranyaditapis jaring jaring penjajahannamun masih ada disituwalau pesimis sedikit harapansuatu hari nantinegeri akan kembalidiiring sebuah kemerdekaanlebih empat ratus tahunsebuah puisi baharimenanti untuk berbisik ceritacerita yang lesat sekian lamadan negeri ini telah merdekamerdekalah negeri kujangan dilagu lagipuisi lama itu

Z.O.Daulae
Ipoh22 Ogos 2016

16.

#SayembaraPuisiOgos2016

ANJUNG MERDEKA

dalam rendah datarnyarumah rumah kitaangkatlah tinggi bersamadimana mana saja anjungnyakerana kita sudah lama merdekagunalah apa jua bahasayang kita bersama tahu maknanyalontarkan dari kerongkonganmujeritkan lah laungan merdekaini negeri kitayang awannya pernah terpercik darahdan kita bersama tersungkurdalam sejarah merah yang ingin dilupasiapa dulu yang bermain apimembakar rumah sendiridengan anjungnya sekali?menghukum kesetiaan ada bukti lainnamun kemerdekaan ini sedang menonton watak watakkita yang melaungkannya

Z.O.DaulaeIpoh
19 Ogos 2016

17.

#SayembaraPuisiOgos2016

Esok Hari Merdeka
HaizamOLEK
30082016

Tak payah bawa senapangcukup bawa kad pengenalan.Di tanah disiram terangkalis peluru terbanglapar jiwa terisi hilang ditambah debaran pedangbusuk zalim bersilangpedih rasuah berbahangsuara menjerit menjalangorang ditindas petualang.Di langit ke tulang kebahcukup-kah serban jubahrumah Tuhan belum penuh tak betul asyik tak sudahberjuang terlebih antahentah maju entah kalahtak fasal ubah arah.Di pentas baju Melayudi seri berbaju kurungramai menyelak kaindi tangga duduk penyaksitak ada rasa malutak ada rasa segancukup berbaju lusuhtak mahu langsungbertukar pakaian.

18.

#SayembaraPuisiOgos2016

PEMILIK KEMERDEKAAN

Merdeka !Suatu gelaran kehormatantercipta untuk kebebasan berdaulatberbahagia anak-anak negeribertuah dada-dada pemilikraja dan rakyatberjiwa seia.Merdeka !Bebas dari kongkongan kuasa penjajahitu yang pentingBerkuasa untuk membina siasah negaraitu yang dimahukanDan, apabila kita mahukan siasah bijaksanakita pasti menjadipemilik kemerdekaansebenar.Merdeka !Engkau tidak menjanjikan kekayaannamun merdekanya hati pemilikia berkuasa penuhuntuk memilih penguasa bagi dirinya.Hadir bersuluh ketabahanpemilik mengetahuimerdeka hanya sekalijuga hidup di dunia inihanya sekali.Yang pastipemilik kemerdekaan dahuluberkitab juang keazamansedang pemilik kemerdekaan sekarangberkitab senang-senangan.Buat pemilik kemerdekaan terdahuluadakah mereka mengetahuisesuatu yang pemilik kemerdekaansekarang tidak ketahui ?Alhamdulillah !Syukur atas nikmat kemerdekaanadalah hak setiap pemilikuntuk terus hidup merdeka.

paridahjailan
20 Ogos 2016
Bdr Tun Hussein OnnCheras

19.

#GAKSAKaryaOgos2016

Siapa Namamu Gigil di Kenang

Udara malam ini bergetarDinding dan atap riuh bersenandungTentang cintaSyair yang sepi di mulutAda tangis malamDi tengah tegaknya masa laluBerdiri memanggil-manggilMencari-cari di balik baju, topi, laci, hati“siapa namamu gigil di kenang”Kenangan, kau terlalu menyiksaUntuk aku penyendiri yang luguMemelin lupaAndai aku bisa melukis gelapKucurahkan sebotol terangDi bayang yang memang hilang

#SayembaraPuisiOgos2016
Malang – Indonesia*
Pembaca yg baik meninggalkan pesan 😃

20.

#SayembaraPuisiOgos2016

WASILAH PERPADUAN

Jenguklah pada tabir alamsiulan sunyi anak-anak merdekahauskan jati diri yang kian terhakisteroleng-oleng tanpa destinasiperlahan-lahan menghilang dipukul ombakdi tengah lautan samudera yang menganga lapar.Aduhai anak-anak merdekalaungkan semangat kemerdekaan!kibarkan Jalur Gemilang!tiuplah semboyan perdamaiankhabarkan pada dunia kita adalah kita; kita yang berhak ke atas kita!Negara Malaysia tuntasnya;wasilah perpaduan yang tidak berdustatanah pusaka ini adalah warisan nenek moyangyang damai dan diwarnai semangat kekitaan.Di sini kita disatukanmenyanyi lagu Negarakumenjunjung Lima Prinsip Rukun Negaramerealisasikan stigma “Sehati Sejiwa”penuh harmoni dan istiqamah.Di sini kita bertahajudMemohon rahmat AllahSemoga maruah merdeka terpeliharaDalam damai nusa yang berpanjanganNegaraku Malaysia!

NUR FATIHAH LB ABDULLAH
Tawau

21.

#SayembaraPuisiOgos2016

TAHUKAH KAMU

Di mana letak merdekadi hati kamuhinggaperjuangan pahlawan dahuluhanya bagai cerita dongengterngiang selalu di telingatiada debartiada sebaktiada terasa tegaknya bulu romasemuanya bagai cerita direka-reka.Tahukah kamuandai tulang-tulang kaku itu berkataapakah kamu terasabertapa pedihnyakala kulit bagai disiatkala isi bagai dihirisdarah merah panas menjadi saksi mengalirdan tika jatuhnya terus meresap ke tanahtanah tempat kamu berdiri.Tahukah kamubahawa perjuangan itu harus dibelamenjaga keselamatan negaramemantap perpaduan bangsa,biar air mata tumpah berjuraiasalkan hayat membawa berkat jangan sampaiair mata gugurtatkala negara semakin hancur.

NORGADIS LABUAN
17 ogos 2016
Wilayah Persekutuan Labuan

22.

MERDEKA

Merdekah kitadalam rimbunandari perdu pohonyang dihirup dari manisanduri kepayahan laludan dalam rendang perteduhan 59 adakah lagisekepal kekuatan silamsekental sungai merahbasah ke lantai hatimengenggam hakmilik abadi iniseperti dia yang telah pergidi bumi merdeka inidan lingkaran percikan pelangi ditinggalkan dari kesan sejarah hanyadisandarkan sebuahpengharapan padatunasan dedaun mudaagar teduhan pohonmenjadi perdu utuhmeniti musim dalam gema suaraMerdeka…….

Hasil Nukilan;
KAMALIEHUDIE NS
77000 Jasin, Melaka. Ogos 2016.

23.

#SayembaraPuisiOgos2016

BILIK PEJUANG

Kabus dalam debuyang berterbangan gelap kelabutembakkan menusuk di dadakuakal fikiran jadi celarumencari tempat kota kububerteduh disebalik penjajah seribu.Pejuang jadi penentusiapa sanggup gadaikan negarakujangan jadi pembelot palsuhilang segala kesetiaan itukita bangun selesaikan duluperjuangan belum berakhir di mercu.Aku pejuang bukan tipubawa tengkorak bukti memburudendam yang lama harus dipakubiar berkecai badan sekalipundemi dahaga merdeka tanah airkukedaulatan negara warisan bersatu.

Hasil Nukilan;
GABRIEL KIM
29 Ogos 2016
Taman Mutiara,
Labuan, Malaysia.

24.

Tajuk: Sabar
Penulis: Ateh Mie Journalist

Sabar,Erti kesabaran tidak tertulis di celah-celah buku,Apatah lagi sukar untuk diungkapkan,Karena ianya satu kepahitan.Sabar,Bukan bererti kita lemah,Bukan bererti kita kalah,Karena sabar itulah yang perlu kita amalkan..Sabar,amat sukar untuk menyerangi dalam diri ini,tidak setenang awan yang bertiupan diudara,Jika tidak diamalkan.Sabar,Ianya mungkin dapat menahan amarah dalam diri,Ianya mungkin dapat mengawal emosi dalam diri,Karena sabar itu adalah penawar penyejuk hati.Sabar,Kalau tidak sabar entah apa jadi dengan diri kita,Mungkin ianya akan merosakkan diri,Karena sabar itu adalah separuh dari iman.

#Sayembarapuisiogos2016

25.

#sayembaraPuisiOgos2016

KEMERDEKAAN KOTA

Pembangunan kota yang mencakar segalaMenojah langit menggiling hempedu rimbaDinding kondominium yang menjerab jiwaTelah di sini, pertemuan acap tidak menemukan semulaTerima kasih tidak mampu membibir segalaTentang ribuan akar rasa berselirat di jiwaTidak. Kota ini mengajar kita menjelmajadi manusia yang tidak mempunyai rasauntuk ditumbuhmalar sesempurnanyaLalu, apakah erti merdeka di kedewasaan kotaTelahkah runtuh bersetai-setai kemanusiaan kita

26.

SETIAKU DISINI

Inilah negerikudi urat nadi disegenap ruangpembuluh jasadsungai merah mengalirbasah di bumi merdekaKamar setia terpakuutuh di dinding haribiarpun tidak dirasaisengsara silamDisinilah setiakuberpayung bawahnaungan merdekayang manisanyadiratah bersama janjidi bumi bertuahmilik abadiMerdeka…. merdeka…..

Hasil Nukilan;
KAMALIEHUDIE NS
77000 Jasin, Melaka. Ogos 2016.

27.

#SayembaraPuisiOgos2016

JERIJI KESUMAT

memangtiap pelosok di denai terperuk manatak pernah kau injakbenarsebelum ruhi hayatmendakaptelah kau renung makrifatfungsi seluruh keutuhandaerah kelemahanluntur letak kesangsianbalkham likat menghitamdan api itu maraktakkan padammembara di perut dendamlebur di lautan takabursendiri yang kau nafikanhanya derajat merajai nafsu- tanah dan apinah,setelah itu telahbukan lagi akan atau sedangkau perlu akursebaik kemenjadian maujudsejak azalibukan dirimunyata kami memang mutlak merdekatika kau memilih penjara!

©k.manja
15082016 1700

28.

#sayembarapuisiogos2016

MERDEKAMERDEKA

Ia bukan hanya laungan tempik teriak warga Ia bukan sekadar mengibar dan memperaga benderaIa bukan hanya tanda kebebasan dari cengkaman penjajah semataBahkan ia lebih daripada itu.MERDEKADi dalamnya terisi sejuta harapan warga sebelumnyaDi dalamnya terpatri segala perjuangan luhur, jujur untuk pembebasan ibunda tercintaDi dalamnya tersimpan segala perit melepaskan diri dari seksa penjajahan yang gilaDi dalamnya segala rasa tersimpan tak mampu diungkap melebihi tujuh aksara.MERDEKAKita warga penerus kedaulatan negaraKukuhkan jati diri dan semangat sayangkan negaraSebagai mata rantai penyambung perjuangan yang terdahulu daripada kitaAyuh ! Kita bangkit bersamaMenjunjung segala amanah ibunda untuk kemakmuran bersama.

Hassuna Abdul Rahman
210816:2136

29.

#SayembaraPuisiOgos2016

RINDU
(sebuah misteri)

Ku pungut selaut rindu di gigi pantai air mata beribu kedut usia sepi seorang nyaidi batok usang kenang sering dilepaskan di tangga itu lewa selamba selepas kaki dicuci berkaki ayam berselut lumpur pada lewah yang kau senandungkan jadi sandiwara yang dipanggungkan mengutip cebis lara memenjara tanpa suara dan batok* itu masih selalu di situ antara gentong berkulat hijau air mengalir perlahan dicelah retaknya menyirami lumpur menempel di kaki sering telaga buta hanya tepian mandi menggamit bening pagi ini dingin air di kali sepi suram suara nurani air hitam di parit kecil menyantun desir air asyiknya Oh, daku ingin kembali mengukir tinta iltizam membalut luka kenangan©K.MANJAKgSarangBuayaMuar Johor26082016* batok(Jw) disebut ‘badtok’ – tempurung kelapa, biasanya dijadikan penceduk air (dilekatkan pemegang diperbuat daripada kayu)* gentong (Jw) – bekas berukuran sederhana diperbuat daripada tembikar berisi air yang diletakkan di tepi tangga

30.

#SayembaraPuisiOgos2016

RAHMAT MERDEKA

Dirgahayu negara Malaysiabait-bait keramat tidak hilangditelan zamanlaungan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!membugar di halwa telingamemacu semangat waja anak-anak remajagenerasi Y yang menggalas amanah negarapelapis perwira-perwira negaradengan penuh harap dan percayaMalaysia tidak hilang dalam peta duniakerana negara bertuah ini; tiada galang gantinya.Mari penyanjung kemerdekaanbudayakan minda dengan cinta merdekagarapkan dada dengan sejarah pahlawanhafazlah helai demi helai kronologi kejayaankemenangan yang dikau nikmati inikedamaian yang dikau kecapi kiniselautan darah merah adalah buktinyabegitu cerita merdeka kitasejarah tidak berdusta.

NUR FATIHAH LB ABDULLAH
Tawau

31.

#SayembaraPuisiOgos2016

UNTUK ABADI DI TANAH SUCI.

Seri nur terpancar di wajahnyamelalui sela-sela kedut kulit lanjut usiabila saja menerima perkhabaran akan ke Tanah Suci tahun ini.Sudah berpuluh tahun hasrat ini ditanam dalam lubuk hati sendiridisirami doa saban hariberdikit disimpan dalam Tabung Hajidari jerih titik peluh seorang petani.Hari ini dia akan berangkatdengan iringan doa anak dan cucuwalaupun tenaga dan upaya telah susutdemi rukun kelima dia tenang tidak kalut.Ketika ingin melangkah ke balai berlepasdalam pelukan air mata sanak saudaradia tetap tenang tanpa sendukerana dia sudah pasrah reda kalau pemergian ini, nanti tidak kembali lagi.kekal abadi di Tanah Sucikerana menyahut seruan Ilahi:labaikallah hummalabaiklabaikala, syarikalakalabbaik.

EMRA.
K.Terengganu.

32.

#SayembaraPuisiOgos2016

BERPANJANG MADAH BUATMU ( PEJUANG )

…..dedikasi buat pejuang-pejuang kemerdekaan.

Kuala-kuala datar dan kuala-kuala sungaitempat berhimpunnya awang-awang besar dan awang-awang kecildengan akal melela, walaupun tidak sekacak manadi awan biru mengukur kudratdi air tenang menghitung untung terapungdaki terjahan penjajah yang berbakimenyepuh jasad yang tercelaberkatuk tombak bersalut dendam.Pinggir-pinggir laut dan sayup bukitadalah kubu-kubu hati pahlawan Malayabusung timbunan pasir berbau hanyirbekas tapak langkah pejuangmematri acuan alir darah dari yang malang.Awang-awang besar dan awang-awang kecilsambil duduk dengan dagu menompang pilumengukur tindak-tandukuntuk berlari anak sama gagah dengan penjajahuntuk mengacu tombak seiring senapangsiapakah yang akan bertemu di garis penamatsebagai pemenang?Semahunya diri teguh bersabung nyawamenghambur peluru sepertinya kacang penaburhanya mujur memulang kembali nasibsuara semangat melantang ke seluruh ruang belukardibesarkan betis buat perisaidibesarkan lengan menjauh jangkauankehendak langkah tidak lagi disekat-sekatlaung dari perit kaki berpasungledakan juang dari jerih jiwa nan dikepung.Lahap dahaga para pejuangdarah penjajah berhati kuman sama dicecahdagingnya berhati gajah sama dilapahjujur setia berbalik tiadahilang biarlah bertentu rimbanyamati biarlah bertentu kuburnya.Ah ! Gramatisnya jiwa pejuang !Lantaran gagahnya awang-awang Malayapenjajah segan mengambil dayang-dayang Melayusebagai babu.Biarlah pertama-tama hilangasal lalunya membekas gemilang.Terima kasih pejuang-pejuang kemerdekaanSemoga roh-roh tuan berbahagia.

paridahjailan
24 Ogos 2016
Bdr Tun Hussein Onn
Cheras.

33.

#SayembaraPuisiOgos2016

JALUR GEMILANG.

Walaupun lahirmu dulu tanpa namanamun kau berkibar megah sasamengiringi debar berkobar di dadapara pejuang bangsamenyambut hari keramatselepas terjajah lima abad dengan laungan:Merdeka…Merdeka…Merdekatanggal keramat 31 Ogos 1957.Setelah sekian lama tidak bernamanegara bangsa sudah menikmati rahmat merdekabaru kini kau dikenalidengan panggilan Jalur Gemilang.Tapi kini kian suramwarga bangsa tidak lagi sayang padamu Jalur Gemilangtidak lagi gah berkibar sebagai lambang kemerdekaantidak lagi terpampang di setiap kenderaan setiap bangunan atau terpacak di tiang.Lagi malang kau dilanyak dijalanankau dibakar sewenang-wenangkau ditukar dengan wajah tiga bintangkau dikibar secara songsang kau dihumban dalam longkangoleh kelompok petualang bertopengkan menegak keadilan.Jalur Gemilang kau tidak lagi di julangsebagai lambang keagongan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaankerana generasi sekarangerti kemerdekaan yang diperjuangdengan peluh, kudrat tulang sempat keratair mata, darah dan kematian oleh warisan watantidak memberi makna apa-apakerana mereka sebahagian adalah generasi pendatangtidak merasa erti siksa dan menganggap ilusi semata-matadan bukan tanggung jawab bersama.

EMRA.
K.Terengganu — with ZD Musafir.

34.

#SayembaraPuisiOgos2016

Kemalangan Anak-anak Merdeka
(di hujung jambatan Atas Tol)

satu kemalangan telah berlakudi hujung jambatan ituyang menjadi sempadan antarapengkalan setar dan atas toldan begitulah selalupun ramai yang berkerumun selalukemalangan seakan menggian perhatianramai yang akan mencari sebabwalhal banyak perkara tidak bersebabEntah apa yang menghairankankereta terlingkupbalik di tepi jalanmangsa kejadian kecederaanpun walau orang dilanggar rasa ngerikemalangan seakan jadi hiburan hari-harisebenarnya kawan, banyak lagi perlu dingerikankemalangan kenderaan hanyalah sedikit tutupandari permasalahan harian dalam dan luar dewananak-anak merdeka hari ini telah dimangsakandari pelanggaran undang-undang pemimpin atasantelah ditikuskan dalam tiub uji kaji sistem pendidikandilenyek pula di atas jalan haluan kehidupanbayangkanlah, mereka dieksperimenkan dengan harapanwalhal tiada guna keluar dengan ‘A’ berbelas-belasankewangan diseret senyap atas jalan malam, dikata wang kehabisanDalam negeri sendiri pun tiada perbezaanbukanmu seorang jadi mangsa kemalanganbukanmu seorang jadi mangsa keentenganJijo, kau berusaha meminta sumbangansebuah basikal, untuk kau kayuhkan kemenanganwalau bersurat-surat kau karangkantidak akan mengelakkan kemangsaanpercayalah, di negara dipandu para bedebahberjuta kemalangan tak akan pernah merubahKemalangan kereta di hujung jambatan ituapakah akan menyingkap kemerdekaan kelabuyang seakan tak ngeri dengan mangsa beribu

U.Fadzli.Tal.P
Atas Tol, Kuala Terengganu
17Ogos2016

35.

#SayembaraPuisiOgos2016

MERDEKA

Merdekah kitadalam rimbunandari perdu pohonyang dihirup dari manisanduri kepayahan laludan dalam rendang perteduhan 59 adakah lagisekepal kekuatan silamsekental sungai merahbasah ke lantai hatimengenggam hakmilik abadi iniseperti dia yang telah pergidi bumi merdeka inidan lingkaran percikan pelangi ditinggalkan dari kesan sejarah hanyadisandarkan sebuahpengharapan padatunasan dedaun mudaagar teduhan pohonmenjadi perdu utuhmeniti musim dalam gema suaraMerdeka…….

Hasil Nukilan;
KAMALIEHUDIE NS
77000 Jasin, Melaka. Ogos 2016.

36.

#SayembaraPuisiOgos2016

DIRGAHAYU KEMERDEKAAN

Salam kemerdekaanDihulur pada hati yang luhurSambutlah penuh kegembiraan dan kemegahanKibarkan Jalur GemilangPenuhi warna warni kemerdekaanSambutlah dengan kerianganMeraikan penuh keinsafanMerdeka..Merdeka..MerdekaLaungkan penuh semangatKekalkan perpaduan eratBerganding membangunan negara keramatKibarkan Jalur GemilangMembangun Negara TerbilangMenjunjung Rukun NegaraBersatu dengan SetiaSemarak akan kemerdekaanDalam Sehati SejiwaUntuk Bumi tercintaMerdeka..Oh Tanah Air kuMALAYSIA….

Bike Pahang.
.29 Ogos 2016Ampang Hilir@ RISDA

37.

#SayembaraPuisiOgos2016

SETIAKU DISINI

Inilah negerikudi urat nadi disegenap ruangpembuluh jasadsungai merah mengalirbasah di bumi merdekaKamar setia terpakuutuh di dinding haribiarpun tidak dirasaisengsara silamDisinilah setiakuberpayung bawahnaungan merdekayang manisanyadiratah bersama janjidi bumi bertuahmilik abadiMerdeka…. merdeka…..

Hasil Nukilan;KAMALIEHUDIE NS77000 Jasin, Melaka. Ogos 2016.

38.

#sayembarapuisiogos2016

Mati Simpati

Perikemanusiaandisihir nafsu-nafsitiada lagi berbelas hati.Lumut hijau di gunungbakau di paya air masinharimau belang di belantarapakma gergasi di rimba rayapenyu belimbing di samuderaterumbu karang di lautansampangkah cucu-cicit kemerdekaanmengenal flora faunaatau hanya mengecamdi bingkai gambar kekakuanatau di layar maya kepalsuan?Berkuburnya alamtidak bernisanangkara manusiamati pertimbangandan mati simpati.

Kuantan27 0gos 2016Khairul Hakimi Mansor

39.

#sayembaraPuisiOgos2016

BUNGA MERDEKA

Bunga merdeka mekar berkembangsegar di tangkai waktuharum di ranting zamanjangan layu dek pancaran nafsukemarau jiwa melandaangin timur dihambat pergibersama jerebu susila.Bunga merdekamengharap hujan semangatmenyirami kuntuman budisegar di taman budayasubur pohon identitiditaburi baja jati diri.Bunga merdekabiar teguh kelopak warisan biar kukuh pusaka kebanggaantidak akan gugur ke bumibumi pertiwi yang disayangiterjajah kembali.Pauzi Mohd Isa, Bidor,Perak.31.8.2016 (Rabu)9.40 malam

40.

#SayembaraPuisiOgos2016

TANAH INI KIAN GERSANG

Sekiranya esok tanah initidak lagi sesubur dulutaburkan baja jernihdari leluhur bondabiar kembali hijau seperti dulu.Kiranya padang-padang initelah kering dan tandusrenjiskan mata air sebening air mata bondayang menitis di dada bumi.Kalau bunga dan pokok ini layu maka tebaslah buang saja ke pendiang atau di tempat bakaran sampahbiarkan yang segar mekarmenghias sekalian alam.Jika pula, ada yang menangistangiskan sajabiar cakerawala mendengar rintihmubiar angin membawa dayu sebakmukepada matahari yang membakarbiar mereka tahualam ini makin gersang.AloyindraPuchong 150816

41.

#SayembaraPuisiOgos2016

DALAM DIAMMU

Engkauumpama sebatangsungai mengalirkekuatan tebingmukukuh bersandarbuluh aur menghijauadalah nadi alirsungaimu mengalir tanpa sekatanKadangkalatebing dan aurmutewas oleh kekuatanterjahan hakisandalam diamu.Hasil Nukilan;KAMALIEHUDIE NS77000 Jasin, Melaka. Ogos 2016.

42.

#SayembaraPuisiOgos2016

ARTI KEMERDEKAAN

bila kau tanyakan padakutentang arti merdekasungguh aku kehilangan diksiyang paling suci, paling murnisaat segala nafas hanyalah airmatasaat segala pohon cita tumbang tak terdugabila kau tanyakan padakutentang arti merdekaaku kehilangan daya, hilang upayasaat segala bahagia sebatas katasaat segala cipta, rasa dan karsatinggal slogan sajaMoh. Ghufron CholidPaopale Daya, 15 Agustus 2016

43.

#SayembaraPuisiOgos2016

SKETSA BAYANG meski duri initajam menikam gejolok alpamawar pagi siniswangi tersenyum menyapabak halimunan hadirmu tak menggugah nerasamerdu lunak suara lena di dakapanalunankianderu menderadesah meresahkeluh melenguhmengkelan niandi dasar muara terdamparkelodak keruh terhampar©k.manjaUB, pk24082016 1513

44.

#SayembaraPuisiOgos2016

HAKIKAT MERDEKAmerdeka itu, madrasah-madrasah diniyah lestarimembinarkan nurani di kedalaman hatimerdeka itu adalah kitatak menjadi orang lainredakan airmatadari langit-langit dukamerdeka itu adalah kitatak saling meraham dukatiap berjumpatiap kerlingan matamerdeka itu adalah kitamenegakkan bendera dalam jiwamengheningkan ciptamelanjutkan mimpi pahlawan yang tertundaMoh. Ghufron CholidPaopale Daya, 17 Agustus 2016

45.

7.

#sayembarapuisiogos2016

Aloy Indra Jokina

#SayembaraPuisiOgos2016

TANAH INI KIAN GERSANG

Sekiranya esok tanah initidak lagi sesubur dulutaburkan baja jernihdari leluhur bondabiar kembali hijau seperti dulu.Kiranya padang-padang initelah kering dan tandusrenjiskan mata air sebening air mata bondayang menitis di dada bumi.Kalau bunga dan pokok ini layu maka tebaslah buang saja ke pendiang atau di tempat bakaran sampahbiarkan yang segar mekarmenghias sekalian alam.Jika pula, ada yang menangistangiskan sajabiar cakerawala mendengar rintihmubiar angin membawa dayu sebakmukepada matahari yang membakarbiar mereka tahualam ini makin gersang.AloyindraPuchong 1508167Gabriel Kimjuan, Hamizun Syah and 5 othersLikeCommentShareActiveNor Aziah Aziz FadzilahE-Sastera SajaktAssugugsscoft cmS26,pond dso20n1grSnS6ed  · #SayembaraPuisiOgos2016DALAM DIAMMUEngkauumpama sebatangsungai mengalirkekuatan tebingmukukuh bersandarbuluh aur menghijauadalah nadi alirsungaimu mengalir tanpa sekatanKadangkalatebing dan aurmutewas oleh kekuatanterjahan hakisandalam diamu.Hasil Nukilan;KAMALIEHUDIE NS77000 Jasin, Melaka. Ogos 2016.10Gabriel Kimjuan, Abang Patdeli Abang Muhi and 8 others3 CommentsLikeCommentShareActiveMoh. Ghufron CholidE-Sastera SajaktAssugugsscoft cmS15,pond dso20n1grSnS6ed  · #SayembaraPuisiOgos2016ARTI KEMERDEKAANbila kau tanyakan padakutentang arti merdekasungguh aku kehilangan diksiyang paling suci, paling murnisaat segala nafas hanyalah airmatasaat segala pohon cita tumbang tak terdugabila kau tanyakan padakutentang arti merdekaaku kehilangan daya, hilang upayasaat segala bahagia sebatas katasaat segala cipta, rasa dan karsatinggal slogan sajaMoh. Ghufron CholidPaopale Daya, 15 Agustus 201614Gabriel Kimjuan, Abang Patdeli Abang Muhi and 12 others5 CommentsLikeCommentShareKhair ManE-Sastera SajaktAssugugsscoft cmS24,pond dso20n1grSnS6ed  · #SayembaraPuisiOgos2016SKETSA BAYANG meski duri initajam menikam gejolok alpamawar pagi siniswangi tersenyum menyapabak halimunan hadirmu tak menggugah nerasamerdu lunak suara lena di dakapanalunankianderu menderadesah meresahkeluh melenguhmengkelan niandi dasar muara terdamparkelodak keruh terhampar©k.manjaUB, pk24082016 151312Gabriel Kimjuan, Abang Patdeli Abang Muhi and 10 others1 CommentLikeCommentShareActiveMoh. Ghufron CholidE-Sastera SajaktAssugugsscoft cmS17,pond dso20n1grSnS6ed  · #SayembaraPuisiOgos2016HAKIKAT MERDEKAmerdeka itu, madrasah-madrasah diniyah lestarimembinarkan nurani di kedalaman hatimerdeka itu adalah kitatak menjadi orang lainredakan airmatadari langit-langit dukamerdeka itu adalah kitatak saling meraham dukatiap berjumpatiap kerlingan matamerdeka itu adalah kitamenegakkan bendera dalam jiwamengheningkan ciptamelanjutkan mimpi pahlawan yang tertundaMoh. Ghufron CholidPaopale Daya, 17 Agustus 20168Gabriel Kimjuan, Hamizun Syah and 6 othersLikeCommentShareHj Harisharis Hj HamzahE-Sastera SajaktAssugugsscoft cmS18,pond dso20n1grSnS6ed  · 

#SayembaraPuisiOgos2016

Tanahairku(Sebelum Hilang)

——————————

Tanah Melayukah ini?Biar aku merisik…Mengorak langkah kumelicikMenampakkan wajahku nan cantikBertandang aku di tebing tanah tasik…Sehelai sepinggangKhayal anganMerayan memandangTanpa ada beras segantangBuat berdagangAku telanjang..Gimana cara kumelangkahDi jalan yang panjang?Aaargh!Ada si UjangAda bendangAda ladang…Segalanya bisa didagang..Wah!Biar kucadang-cadangBiar kucanang-canang..Biar si Ujang kusayang-sayangKutimang-timang..Biar cantik pula dia Dipandang-pandang..Murah!Ayuh!Beli!Ah Mad menjualAku membeliDengan keringat cengkeramKupanjar ganti..Ewah! Ewah!Aku berdagang di gelanggang pula.Bukan lagi bayang-bayangWal-hasil si Ujang aku disayangMasa pun melayang…….Kupunya hasil si UjangSi LanangSi Demang…Dan seisi ladang tanah tasik kudagang..Aku petandang berdagangHasilku berganda-ganda Aku kenyangJadilah aku kaya-raya Juragan berdagang..Dacing-timbangAku yang pegangSekarang..Bukan pendatang lagi aku bertandangMalah kupunya sawah bendang Ladang-ladang..Hidupku senangTiada lagi kubertelanjang..Bukan salah aku!bertandang-dagangWalau telanjang Dari mula datangkupunya lenangSemangat juang..Tetapi kamu!Ia! Di lena kamu aku menjamuSegala harta warisan Melayu..Kamu!Ia!Di lenamu kuberjagaBerlelah peluh kuperah..Tapi kamu!Hanya suka bersayang-lenangTiada bertelanjang..Malah berbalut-kilau sutera berbenang-benang….Hingga ditelanjang merana papaSegala-galanya hilang..Fikirkanlah!Wahai UjangLanangDan Demang….Dan.. Ohh! Pak Ah Mad!Aku bukan mencuriTapi kamu yang berbagiWalau harganya tinggi..Demi selimut guling Kasur empok lena kaubeli..Warisan kaucagari..Fikirkanlah!Sementara aku memukul canangBertimang-sayangBergadang Di ladangSi Nanang…Mencari Ah Mad! Ah Mad! Ah Mad! lagi….———–

harisharis——-

KotaCinaTemasek~#aug16_Esas_hh

46.

#SayembaraPuisiOgos2016

HORMATKUhormatku padamulebih dari sekadar hormat,kau yang menggenangi negeridengan darahkau yang menumpahi bumidengan peluh jiwakau yang menaburi tanah pertiwidengan rerupa wewangi bungakau yang memberi kesejatian cintatak bercela bagi tegak kukuh teguhpancang tiang negeri merdekabagi tumbuh subur senyum dan tawaanak-anak negeri yang mendamba bahagiasepanjang masa dan usiahormatku padamutak sekadar hormat graktapi adalah sehormat hormatnya hormatatas kerelaanmu bersabung nyawabertaruh ajalsemata demi menebus makna”MERDEKA!”meski selepas itukau hanya bisa memandanginyadari jauh,sangat jauh||•*•||DeA, 17-08-2016

47.

#SayembaraPuisiOgos2016

SEJATI MERDEKAdedaun pintu kamarsumbeng tersenyum pagi inibelumpun sayembara menguluti mimpiketika kau hadirmenyampai salamsetia jadi tugufana di antara bujukan wahyu nafsukerlingan manjamekar bibir kalamtenggelam di muara kelamjemari kudungmenuding mungkirmenggumam mengkalasyik kalaumemagar walauadakah perlu untuk terus berdiriinsan tanpa dendambekal murni nantiabadimoga merdeka sejatibegitu janji Tuhan©k.manjaTmb H.MelintangPk28082016 1045

48.

#SayembaraPuisiOgos2016مرديك(سمبوتن ك 59)بلوم كوتموي ارتي كمرديكأندالم رڠكاي حروفميم راء دال ياء كافهاڽ ڤويڠ ڤويڠ ڬونده كچيوابيمبڠ اي تله دچاكر كجم اوليه ايڬو سڠ ڤتريارچهعبدالرزاق اواڠ31.8.2016جالن بايم

MERDEKA(Sambutan ke 59)Belum kutemui erti kemerdekaandalam rangkai hurufMimRaDalYaKaf.Hanya puing puing gundah kecewabimbang ia telah dicakar kejam oleh ego sang patriarchAbdul Razak Awang31.8.2016Jalan Bayam

49.

#SayembaraPuisiOgos2016

PENGGARIS

eh, bukanbukan yang ituguna inihanyalihat merekarapi menggalurtersohorCL(02) emas = IZ (27) VA(04) gangsa = ZZ (29)agaknyapanjang ampunya mereka tika kita punya ….di sinimereka punya pengganti andai hilangkita masih lagi merenung mengukur suram bayang?

#memoriOlimpikRio2016

©KMJ21082016 1345

KEPUTUSAN

Pertama RM100: No. 10. Z.O. Daulae.
Kedua RM50: No. 27. K. Manja

TAMAT.