@FACEBOOK: goo.gl/foMuI6
SAYEMBARA MENGKOMPOSISI SAJAK ISU SEMASA – SEPTEMBER 2016
TEMA: IBADAT HAJI
Tempoh Sayembara: 12:01AM 19.09.2016 – 11.59PM 30.09.2016.
Hadiah: Pertama RM100; Kedua RM50.
Syarat:
1. Siarkan karya di grup fb “E-Sastera Sajak” dengan memenuhi syarat-syarat penyiaran yang biasa di grup itu. Sila gunakan hashtag yang diberi di bawah.
2. Terbuka kepada semua ahli grup fb “E-Sastera Sajak”.
3. Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada TIGA buah sajak sahaja untuk sayembara ini.
4. Sajak belum pernah dsiarkan di mana-mana penerbitan cetakan keras mahupun elektronik.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad.
6. Peserta dikehendaki menyiarkan maklumat diri masing-masing di grup “E-Sastera Autoprofil”, sekiranya belum berbuat demikian.Hadiah disumbangkan oleh seorang ahli E-SASTERA.
Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan itu.Selamat mencuba dan berjaya.
-Admin (+60192680086 – Dr. Irwan Abu Bakar).
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2016
KARYA
Lihat di sini (FaceBook):
#sayembarapuisiseptember2016. Klik SINI
1.
Kaki di bumi suci
Mengumpuli diri waktunya tersedia sejak nabi mengisi satu demi satu lakuan diri – suci hati suci selubungi diri terdiri.
Jadi, jadi diri sendiri tetap ingat Ilahi.
Ada manusianya di Arafah, Mina ketemu pengalaman nabi – apalagi di Mekah-Madinah.
Hajinya manusia demi lengkapi lima rukun bukan sia-sia, bukan dunia diperagakan diri panggilan diri haji hajah.
Yang nabi sendiri senyapi diri apa pun anehnya pengalaman – hanya didengari sahabat, tunaikan haji, tunaikan, doakan aku wahai sahabat.
Oleh:
Daeng Ramliakil.
2.
Belanja Terasa Derita
HaizamOLEK
20092016
Hamba harta kehidupan
mengumpul megah riang
terlebih hamba menderma
melimpah hamba berinfak
teruji berkorban hamba
belanja terasa derita.
Ikhlas biayai perbelanjaan
bermesra hamba menjunjung
menduga korban tabungan
mengikis bakhil nafsu
10 ribu malah besar berpasangan
sedih batas perpisahan
simpan ikatan persaudaraan
melepas urat-urat kerabat
terbeku rindu taman halaman
bermusafir lebih 30 hari.
di bumi anbia Tetamu Ilahi.
Hati diuji akuan terima
pedas lepasi kepayahan diri
menapak melangkah berulang
dibalut 2 helai berkain putih
kaki berselipar beralas sekadar
tidur di Padang Pasir Arafah
berhimpit di pasir Muzalifah
berpindah di pasir Mina
Muasim Mina Muasim
berturut-turut 3 hari
bersesak di terowong Muasim
melontar satu aqabah
bercukur membotak kepala
melontar tiga jamrah
tawaf 7 pusingan Kaabah
7 berulang Safa Marwa
bersabar berserah Maha Kuasa
di bumi pernah dipijat Nabi.
Dibuat ikhlas suci diri
kembali bak kain putih.
3.
Sabar
HaizamOLEK
26092016
Hamba membaca terangkak-angkak
entah tiba memijak di bumi
di Tanah Suci Mekah
di musim haji bertamu.
hasrat membuak ingin khatam
sebuah Al Quran 30 juzuk
Membaca hamba masa terluang
di maktab diingat hentinya
di Masjidil Haram disambung lagi
begitulah hari-hari
hamba mengharap hasrat tercapai
hamba memohon dipermudahkan
dipinta diberi hidayah (pendidikan)
dipinta diberi taufik (kekuatan).
Entah hari itu hamba di depan Kaabah
mengaji seperti biasa
tapi di hati hamba tersedik tertanya
Ya Allah Engkau peduli-kah aku
atau aku ini bahan bakarnya Neraka Mu
Ya Allah ampuni aku
tunjuk aku jalan yang benar
jalan yang lurus
jalan yang Engkau redha
Ya Allah Engkau peduli-kah aku
Engkau tunjuk buktinya
di depan Kaabah ini Ya Allah.
Entah doa entah bacaan
hamba itu terus menangis
terhenti di surah Al-Baqarah
hujung ayat 249 di muka surat 41
yang bermaksud;
dan Sesungguhnya Allah
bersama orang-orang Sabar.
air mata terus bercucur-cucuran
sebak tak tertahan
mengapa ya soal hamba itu.
Tiba terfikirlah hamba
dirinya seorang yang panas baran
bukan orang yang penyabar
in sya Allah
bertekadlah ia menjadi penyabar
terjawab pertanyaan hamba
di depan Kaabah
tetamu Allah di musim haji.
4.
Telan
HaizamOLEK
25092016
Di suatu pagi
di sebuah maktab
di awal musim haji
di Tanah Suci Mekah
berbual mesra sesama
ada jemaah hilang selera.
Berkata seorang dari mereka
entah lupa di tanah suci
entah lupa Maha Esa
untuk beribadah
kita perlu tenaga
kita perlu sihat
kita perlu makan
jika tiada selera
kita paksa makan
kita paksa telan.
Mulai tengah hari itu
makannya dikuti termuntah
begitu juga malamnya
dan seterusnya berhari-hari
malah di Padang Arafah
juga di Muzalifah
terus di Mina dan Muasim
makan termuntah, makan termuntah
kasihani hamba Mu Ya Allah.
Kembali ke Kota Mekah
lalu bertawaf haji
hamba itu sujud di depan Kaabah
berdoa serta mohon keampunan
menyesal terlepas kata
lupa kekuasaan Maha Pencipta
disusuli bersaie di Safa Marwa.
Sekembali ke maktab
singgah di kedai kurma
dapatkan kurma ajwa
buat mengalas perut
tika berumrah beransur pulih
dan pulih sepenuhnya di Kota Madinah.
5.
HIKAYAT HAJI
Tahun kedua hijriyah
Beranak-pinak berkah
Mula sejarah untuk berhaji
Gelisah tak lagi desah
Naik haji rukun kelima
Agama islam yang purna
Takkan terhenti niatan suci
Harga berlipat-lipat, haji bergema
Bertahun-tahun mengantri takkan surut
Bergelar mabrur adalah rahmat
Haji diterima nan purna
Iri, kesumat tak tersemat
Moh. Ghufron Cholid
Junglorong, 27 September 2016

6.
PUSAT SEGALA CINTA YANG DIBERKATI
berduyun-duyun jamaah haji
merekatkan diri pada pusat segala cinta
penanda karunia
sepanjang degup usia
: ka’bah
harga naik haji melambung
membubung
sampai tak terbendung
takkan tertahan
segala hasrat cinta yang rahmat
ka’bah pusat segala kiblat
penghilang segala kesumat
berkat maha rahmat
Moh. Ghufron Cholid
Junglorong, 26 September 2016
KEPUTUSAN
Pertama (RM100): Sajak No. 1 (Daeng Ramliakil).
Kedua (RM50 seorang):
(a) Sajak No. 3 (Haizam Olek); (PAID RM50 @ 13.1.2022).
(b) Sajak No. 6 (Moh. Ghufron Cholid) (PAID to Rois 30.12.2021).
TAMAT.