SAYEMBARA ESVA-18:

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu semasa negara Malaysia. (Penulis yang bukan warga negara Malaysia, boleh tulis surat kepada pemimpin tertinggi negara masing-masing).

PANJANG SURAT:
Ikut suka hati penulis.

HADIAH:
Pertama: RM100.
Kedua: RM50.

TEMPOH:
MULA: Isnin 02.08.2021.
AKHIR: Ahad 08.08.2021.

EMELKAN KARYA KE:
GaksaAsean@gmail.com

HAD:
Hanya SATU emel bagi seorang peserta.

SYARAT TAMBAHAN PADA 7.08.2021:

Penulis yang bukan warga negara Malaysia, boleh tulis surat kepada pemimpin tertinggi negara masing-masing.

PESERTA:

1. Ibnu Din Assingkiri.
2. Oui Bin Sal.
3. Paridah Ishak.
4. Moh. Ghufron Cholid.
5. Husairi bin Hussin (Putraery Ussin).

KARYA PENYERTAAN

1.

KEPADA PERDANA MENTERI

Tuan Menteri Perdana,

Jawatan Perdana Menteri itu terlalu sakral untuk diambil enteng. Di langkah Sheraton yang durjana jawatan itu telah dirampas dari rakyat yang memberi mandat. Apabila jawatan sakral dirampas secara licik, apakah ia masih sakral sewaktu anda memegangnya?

Saya merasa janggal untuk mengajar seorang dewasa yang sudah banyak usianya serta banyak pengalamannya dalam dunia politik. Nampak gayanya, usia dan pengalaman yang ada hanyalah sia-sia kerana perbuatan anda tidak membias kepada kematangan.

Dalam ajaran Islam, niat tidak boleh menghalalkan cara. Niat memperjuangkan nasib rakyat tidak membolehkan mandat mereka dikhianati. Tahukah kenapa anda memegang rekod Perdana Menteri paling banyak dicerca? Kenapa pemegang jawatan yang begitu sakral, dimaki hamun saban hari oleh rakyat? Jawapannya mudah. Jawatan ini telah diambil dengan cara mencuri mandat rakyat dan Tuhan sedang membayar secara tunai di atas dunia fana.

Sumpah seranah rakyat yang teraniaya, tanpa mengira bangsa dan kepercayaan sudah berubah menjadi doa dan Tuhan sudahpun memperkenankannya. Lihatlah betapa saban hari Tuhan memperlihatkan satu demi satu bobrok kepada umum. Simpanlah di dalam bunker bawah tanah. Balutlah dengan lembaran sutera. Kebusukan demi kebusukan tetap akan dilepaskan kepada umum. Tidak ada satu kuasapun di dunia yang dapat melawan kuasa Tuhan dan keampuhan doa marhaen.

Apakah yang ingin dibuktikan kepada rakyat? Apakah legasi kejijikan muslihat politik ini yang akan diwarisi kepada anak-cucu? Apakah menjadi kebanggaan sudah mencipta sejarah sebagai perampas mandat rakyat, licik menggunakan alasan pandemik untuk bergayut di ranting kuasa, pengecut menghadapi wakil rakyat di parlimen dan terkini menjadi penderhaka kepada Agong dan raja-raja Melayu?

Andai terlupa, saya ingatkan, sudahlah anak cucu menjadi malu atas kecurangan datuk mereka, rakyat di era ini dan akan datang tidak akan lupa betapa negara ini diporak-perandakan oleh seorang perampas kuasa yang berselindung di sebalik imej Islam, Melayu dan pandemik. Suka juga saya mengingatkan tentang dosa dengan Tuhan boleh Tuhan maafkan andainya sempat bertaubat. Akan tetapi kesalahan dengan 30 juta lebih rakyat Malaysia yang anda curangi, akan sempatkan memohon maaf seorang demi seorang? Soalan lebih besar, akan sudikah anda dimaaafkan oleh setiap seorang rakyat yang anda zalimi?

Semoga anda sempat bertaubat dan sudi dimaafkan oleh rakyat semua kerana di alam kubur kita tidak sekadar transit menuju kiamat. Di sana kita akan disiksa sampai kiamat andainya menzalimi rakyat. Itu baru di alam kubur. Bagaimana pula di alam akhirat yang infiti itu? Bagaimana pula keadaan neraka yang membakar 24/7? Mampukan seorang pemimpin yang zalim menjawab semua soalan Tuhan di hari kiamat?

Dunia ini hanya perjalanan sementara. Akhiratlah alam yang kekal abadi. Jika menginginkan syurga kenapa pula menempah neraka?

Terima kasih.

Yang benar,

Rakyat yang kau hutangi kemaafan darinya.

2.

WARKAH UNTUK PERDANA MENTERI

OUI BIN SAL,
LOT 1239-B,KG.BELIMBING,
17500 TANAH MERAH,
KELANTAN.
TEL:011-40288865
EMEL : ouibinsal@gmail.com 07hb.Ogos,2021

KEHADAPAN,
YANG AMAT BERHORMAT,
PERDANA MENTERI MALAYSIA,
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN,
KEMENTERIAN DI JABATAN PERDANA MENTERI.

YAB TAN SRI,
Salam sejahtera YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semoga sentiasa dalam sihat walafiat.
Buat pertama kali,saya sebagai hamba rakyat menulis warkah ini kerana ingin menyampaikan amanat suara rakyat kepada Tan Sri secara peribadi dengan cara terbuka dan lebih telus.

Berikutan dengan situasi ketika ini iaitu wabak pandemik covid-19 yang kian berleluasa bahkan boleh dikatakan mengganas dengan ada mutasi varian delta dan varian lambada dimana saban hari rakyat bergejala dan dijangkiti wabak tersebut semakin meningkat menjurus kepada pertambahan angka kematian yang begitu cepat .

Pada pendapat saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin,saya rasa sudah sampai masanya bagi pihak kerajaan dibawah pimpinan Tan sri memikirkan dan mencari suatu altenatif baharu bagi mengekang terus perebakan wabak tersebut dari terus membiak.

Antara cadangan saya ialah pihak kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri mestilah memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga dan terpelihara dengan sepenuhnya, pendek kata rakyat cukup makanan untuk menampung kesinambungan hidup setiap masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sewaktu tempoh PKP ,semua ahli parlimen atau wakil rakyat yang ingin menziarahi rakyat di kawasan mereka hanya dibenarkan dua orang sahaja dalam sebuah kereta yakni seorang wakil rakyat dan seorang setiausaha ,tidak perlu ramai pegawai mengiringi Yang Berhormat(YB) untuk melawat kawasan bertanya khabar rakyat kerana ia boleh menimbulkan kluster covid-19 yang baharu.

Mana-mana menteri atau timbalan mahupun pegawai-pegawai khas mereka yang melanggari SOP yang ditetapkan harus dihukum seperti rakyat kebanyakan tanpa was-was dan diharapkan tiada double standard dalam pelaksanaan hukuman terhadap mereka.Ini kerana rakyat seniasa memerhatikan dari bawah.

Mohon Tan Sri memberi elaun penggangguran seperti diamalkan oleh kerajaan Amerika syarikat kepada semua individu rakyat Malaysia sebanyak RM300 secara bulanan bagi yang telah kehilangan kerja semasa tempoh wabak pandemik berlaku.

Perkara yang lebih penting ialahTan Sri harus pilihlah kalangan menteri yang genius yang boleh membuat kerja untuk rakyat dan bukan rakyat bekerja untuk menteri atau wakil rakyat.Ini kerana mereka dipilih oleh rakyat maka sudahlah masa, mereka berkhidmat untuk rakyat keseluruhannya.Bukan mengambil kesempatan untuk ‘mengkayakan’ mereka secara peribadi.

Itulah sedikit sebanyak cadangan dan teguran kami rakyat Malaysia dalam memastikan agar pihak kerajaan dibawah pimpinan Tan sri dapat membina sebuah negara yang berjaya dan teguh di mata dunia tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Akhir sekali,saya ingin memohon jutaan maaf jika ada keterlanjuran saya dalam memberi pandangan di atas demi kebaikan bersama untuk negara itu.

.
Seterusnya pastikan “lockdown” yang dikuatkuasakan itu dengan betul dalam tempoh empat belas hari bukannya memberi kelonggaran di sana sini seperti kilang-kilang di negeri-negeri tertentu boleh beroperasi sedangkan PKP dilaksanakan.

Sekian,terima kasih.

Ikhlas dari saya,

…………t.t………..
(OUI BIN SAL )

3.

Paridah Ishak,
Desa Melor,
48200 Serendah
Selangor DE
7 Ogos 2021

YAB,
.
Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Perdana Menteri MALAYSIA,
Putrajaya.
 

Assalamualaikum, salam sejahtera YAB Perdana Menteri yang dihormati semoga dalam perlindungan rahmat Allah tiasa. Aamiin.
Alhamdulillah! Tahniah! YAB terpilih menerajui pentadbiran negara tercinta Malaysia ekoran parti gabungan PN (PERIKATAN NASIONAL) 7 Ogos 2020 dengan persetujuan semua ketua parti politik mewujudkan kerajaan baharu menumbangkan PH (PAKATAN HARAPAN) kerajaan yang mentadbir negara mulai 21 Feb 2020 dalam pemuafakatan yang dikenali sebagai ‘LANGKAH SHERATON’
Pada suatu sisi tindakan menggabungkan parti PAS, UMNO, BERSATU dilihat sebagai langkah bijak mengembalikan kuasa pemerintahan negara kepada yang lebih berhak iaitu bangsa teras negara iaitu Melayu beragama Islam. Pandangan dari sudut lain pula seolah kudeta merampas hak kemenangan PH yang ditentukan rakyat melalui peti undi.
Perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum sangat dijaga bagai menatang minyak yang penuh sejak Malaysia ujud pada 31 Ogos 1957 mula berkocak dengan isu sensitif mereka yang tidak bertanggung jawab. Insiden berdarah 13 Mei 1969 kerana perpecahan kaum ekoran keputusan pilihanraya kerana banyak kerusi dimenangi pembangkang, ingin dipastikan sejarahnya tidak berulang.
Namun apa yang berlaku dengan izin Allah jua. Dan rakyat menerimanya sambil menunggu penuh sabar apa yang bakal terjadi seterusnya. Mungkin kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri lebih tulus berintegriti dan amanah.
Kerajaan baharu dibentuk selalunya diharapkan rakyat jelata membawa perubahan lebih baik daripada kerajaan dahulu. Dan rakyat tetap berhak mengkritik dan memberi pandangan menurut perkiraan marhaen. Hak rakyat menyuarakan apa saja pendapat mempergunakan pelbagai saluran media tidak mengira sama ada undang-undang membenarkannya..
Nampaknya perubahan ketara yang diambil YAB Perdana Menteri ialah dengan menambah bilangan menteri kabinet. Ramai menteri dan timbalannya dibayar dengan gaji yang lumayan sesuai dengan kedudukan yang istimewa sedangkan masalah fiskal negara tidak stabil lantaran menanggung bebanan hutang yang banyak dibuat kerajaan terdahulu.. Sepatutnya jumlah menteri dikurangkan paling minima.tidak perlu ada jawatan timbalan menteri kerana kebanyakan tugas penting pentadbiran diuruskan penjawat awam dengan sangat efisien. Wang yang disalurkan ke dalam poket menteri dan timbalannya boleh dipergunakan dengan tujuan lebih bermanfaat.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Gumpalan awan memutih indah menghiasi langit nan biru tergantung. Lelayang, camar dan unggas bebas berterbangan rentasi semapadan tanpa halangan. Namun sama sekali tidak boleh membiarkan ‘burung besi’ atau ‘drone’ milik negara asing melintasi ruang udara yang disepakati negara dunia akan maktub syarat perundangan negara berdaulat. Mempertahankan laluan ruang udara hak milik negara tersurat wajib tanpa tolak ansur. Tapi kelihatannya penguatkuasaan itu semakin longgar. Contohnya Israel yang tiada sebarang hubungan diplomatik, pesawatnya dibenarkan melintasi ruang negara. Kenapalah membiarkan musuh berwenang-wenang di langit memperhatikan kita di bawah. Musykil juga kan!
Soal pentadbiran menyangkut segala urusan penting terutama agama Islam akidah bangsa termasuk sosio budaya dan maslahat rakyat. Agama Islam merupakan agama rasmi dalam perlembagaan negara. Menjadi kebanggaan warganegara dan dijunjung tinggi. Urusan mengenainya diserahkan kepada alim ulama bertauliah dengan persetujuan Sultan dan Yang Di Pertuan sesebuah negeri. Hak itu tidak langsung ada kena-mengena dengan politik. Mereka yang fasih dalam ilmu agama Islam semestinya menguruskan berkenaan ini tanpa campur tangan sesiapa.
Begitu juga dalam soal pendidikan peringkat rendah atau atas, sepatutnya setiap keputusan mengenainya hanya ditangani mereka yang arif dan terlibat dalam bidang tersebut. Termasuk juga dalam sosio budaya kesusasteraan. Masyarakat berilmu kerana rajin membaca. Lalu penerbitan buku ilmiah, sastera kreatif menjana daya fikir proaktif mencergaskan minda perlu diberi dana penerbitan untuk realisasikannya menggalak masyarakat membaca. Dengan itu rezeki penulis karya akan sentiasa ada. Walaupun karya penulis tidak memberikan hasil sebanyak mana yang diharapkan. Lapangan ekonomi warga dalam bidang penerbitan buku amat perlu diberi penekanan.
Seluruh dunia kini dilanda Covid-19. Bermula sejak akhir 2019. Bahana pandemik menular memakan korban yang tidak sedikit. Masalah ini juga dihadapi Malaysia. Telah beribu-ribu rakyat dijangkiti dan kematian mangsa berlaku setiap hari dalam jumlah yang tidak sedikit. Menggerunkan mengira akan jumlahnya.
Amat sedih melihat kejadian ini berulang setiap hari.. Ramai yang telah kehilangan yang tersayang dan penting dalam kehidupan masing-masing. Nampaknya PKP/SOP langsung tidak berkesan sekiranya dipatuhi suatu pihak saja. Tapi beberapa pihak lain mengingkarinya. Walau PKP berterusan sekian lama apalah maknanya sekiranya beribu-ribu mangsa dilapurkan dijangkiti Covid 19 setiap hari. Jumlah terkini mangsa yang dijangkiti telah melebihi 20,000 sehari pada 7 dan 8 Ogos 021.
Soal antara hidup dan mati lantaran serangan virus corona yang bermutasi dan sering mengubah diri dalam pelbagai varian yang kebal dengan penawar vaksin perlu ditangani dengan bijaksana. Bahana covid-19 memaksa warga Malaysia menyantuni hidup normal baharu dalam segala bidang termasuk pendidikan. Pelajar tidak lagi belajar di sekolah dan universiti secara bersemuka dengan guru. Tapi disogokkan dengan PdPR. Memang ada kebaikannya kerana anak-anak diperkenalkan dengan IT sejak pra-sekolah lagi. Penguasaan ilmu digital amat penting diperolehi menyantuni era kini.
Anak-anak semakin jemu terkurung dalam rumah tanpa dapat melakukann aktiviti atau riadah kebiasaan. Buat mereka yang tinggal dalam ruang sempit sebuah flat di kota raya dengan ahli keluarga yang ramai bilangannya tentu menyukarkan mereka untuk bernafas. Dan pelbagai masalah lain akan timbul. Namun masing-masing mulai mengerti situasi yang didepani.
Tapi normal baharu telah menjadi lama. Sepatutnya masing-masing prihatin saling melindungi, membantu kesulitan sesiapa tanpa prasangka. Ramai yang telah hilang kerja dan banyak syarikat perniagaan gulung tikar.
Bendera putih dikibarkan anologi kepada kesusahan rakyat yang tidak tertanggung jelas ketara. Terpaksa menghambur rasa pedih tekanan jiwa bukan citra sinis kiasan tersirat. Putih lambang suci dan tulus hati laksana kain bendera yang putih berkibar bicara isyarat. Tentu terasa tenang hati melihat bendera putih berkibar dihembus angin daripada melihat individu terjun bangunan bunuh diri kerana ingin menamatkan hidup kerana tekanan jiwa akibat gara-gara pandemik yang tidak kunjung usai..
Wabak menular dengan sangat pantas dan menewaskan korban terlalu banyak jumlahnya. Kini warga Malaysia ternyata hidup dalam gelembung ngeri. Tiada lagi gelembung selamat yang terbuka pintunya untuk dimasuki. Setiap hari ketakutan merajai situasi. Doa ditadah mengharapkan usaha holistik warganegara barisan hadapan, belakang kiri dan kanan mampu membendung wabak kadar segera dengan apa pun cara. Hanya kepada-Mu Allahhu Rabbi yang Maha Mengetahui rahsia makrifat kejadian diserahkan doa yang diulang selalu. Aamiin. .
Sekian sahaja secebis coretan saya kepada YAB Perdana Menteri yang dihormati Akhir kata didoakan semoga YAB sentiasa sihat walafiat dalam lindungan Allah dan berjaya menyelesaikan masalah rakyat dan negara yang teramat kritikal kini.. Terutama melandaikan pandemik dan menangani kegawatan ekonomi negara.
Jasa dan baik budi YAB disanjung tinggi amat dihargai semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran…Amiin
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 64 PADA 31 OGOS 2021
DIRGAHAYU MALAYSIA TERCINTA AFIAT SEJAHTERA SELAMA..

Terima kasih.

Saya yang benar,

Paridah Ishak

4.

SURAT MERAYU LANGIT BUAT PRESIDEN RI DI MASA PADENMI
Oleh Moh. Ghufron Cholid

Kepada yang terhormat Bapak Presiden di Istana Negara, semoga senantiasa bahagia diliputi keberkahan. Betapa remuk bahagia ini, betapa duka tidak lagi bisa dikawal, manakala padenmi semisal rayap yang menggrogoti sendi-sendi kehidupan dan hidup di negeri ini betapa tidak stabil.
Betapa ekonomi kian sekarat. Saya tahu, Bapak Presiden telah mengerahkan segenap kemampuan dan segenap kekuatan untukmenepikan duka. Mengasingkan wabah dari negeri tercinta ini. Saya tahu , Bapak Presiden sudah tidak memilik8 pilihan lain selain mengadakan penyekatan demi penyekatan.
PPKM yang Bapak lakukan adalah pilihan yang menurut Bapak terbaik untuk mengatasi Covid 19 namun kendati demikian efek yang ada sangat terasa khususnya bagi masyarakat berstatus sosial menengah ke bawah.
Kebutuhan hidup yang sudah tidak bisa dikawal sedangkan pemasukan sangat minim bahkan sangat miris yang tak bisa disangkal. Jika PPKM terus berlanjut tanpa ada jaminan segala kebutuhan terpenuhi bukan tidak mungkin huru-hara akan terjadi di mana-mana. Bukan tidak mungkin demo besar-besaran akan lahir tanpa pernah mampu kita terka.
Kamus Baru dalam hidup akan mengemuka, lebih baik tetap mencari nafkah untuk menyambung hidup daripada menunggu dalam ketidakpastian. Atau daripada mati pelan-pelan tanpa perlawanan.
Covid 19 bukan untuk ditakuti secara membabi buta melainkan dihadapi secara bersama-sama dengan mendekatkan diri kepada yang serba maha. Menjaga imun saja tanpa merawat iman adalah suatu kesia-sian karena kita tidak memiliki pembentengan diri dari dalam.
Barangkali menyemarakkan membaca burdah, membaca ratibul althos dan rotibul haddad adalah langkah yang bisa kita tempuh untuk kembali memegang kendali hidup di negeri ini dengan sehat wal afiat.
Saya teringat dawuh dari Alm. KH. Moh. Idris Jauhari (Pimpinan dan Pengasuh Pondok Pesantren Al-Amien Prenduan yang wafat tahun 2012) hidup adalah ujian, siapa yang takut diuji ya mati saja, ucapan yang singkat disampaikan dengan jenaka namun padat dalam memberikan amanat untuk semangat dalam menerjemahkan hidup, meski dalam keadaan paling sulit.
Mari kita bergerak bersama, membumikan sholawat sambil merayu langit. Kita harus merapatkan barisan, mengasingkan perbedaan demi kembali menggenggam kebahagiaan.

Torjunan, 8 Agustus 2021

BIODATA PENULIS
Moh. Ghufron Cholid adalah nama pena Moh. Gufron, S.Sos.I, lahir di Bangkalan, 7 Januari 1986 M, tamat SDN Blega 03 (1999), tamat SLTPN 01 Blega (2002), alumni TMI Al-Amien Prenduan (2006). Pendiri Pesantren Penyair Nusantara di FB, Sanggar Sastra Al-Amien (SSA) memiliki peran besar dalam karir ke penulisannya, sampai beberapa acara sastra berskala nasional maupun internasional pun diikuti. Menulis baginya sarana menyegarkan ingatan dan menebar cinta serta lewat menulis bisa bertualang untuk lebih mengenal indah semesta ciptaanNya. Menulis puisi, cerpen, pantun dan esai serta menulis. Karya-karyanya tersebar di berbagai media baik di dalam maupun luar negeri seperti Mingguan Malaysia, New Sabah Times, Mingguan Wanita Malaysia, Mingguan WartaPerdana, Utusan Borneo, Tunas Cipta, Daily Ekspres, Bali Post, Majalah Horison, Majalah QALAM, Majalah QA, Majalah Sabili dll juga terkumpul dalam berbagai antologi, terbit di dalam maupun luar negeri seperti Mengasah Alief (Sanggar Sastra Al-Amien, 2007), Akar Jejak (Sanggar Sastra Al-Amien, 2010), Antologi Puisi Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sinar Siddiq (Iris Publishing, 2012), Menyirat Cinta Haqiqi (2012), Anjung Serindai (Malaysia, 2012), Poetry-poetry 120 Indonesian Poet (Amazon.com, 2012), Flows into the Sink into the Gutter (Amazon.com, 2012), Indonesian Poems Among the Continents (Amazon.com, 2012), 127 Penyair Dari Sragen Memandang Indonesia (Komite Sastra Dewan Kesenian Daerah Sragen, 2012), Antologi Puisi Nusantara Lebih Baik Putih Tulang Daripada Putih Mata (Komunitas Masyarakat Lumpur, 2017), Seutas Tali & Segelas Anggur Puisi& Cerpen Pilihan Litera 2017( Litera, 2017), Mahar Siul (2018) dll sedang buku puisi tunggalnya Kamar Hati (Shell-Jagat Tempurung, 2012), Menemukan Allah (Pena House, 2016), Surga yang Dilahirkan (FAM Publishing, 2019), Bekal Termahal Seorang Istri (FAM Publishing, 2019). Beberapa puisinya pernah dibacakan di Japan Foundation Jakarta (10 Agustus 2011), di UPSI Perak Malaysia (25 Februari 2012), di Rumah PENA Kuala Lumpur Malaysia(2 Maret 2012), di Jogja dalam Save Palestina (2012), di Sragen dalam Temu 127 Penyair Dari Sragen Memandang Indonesia (20 Desember 2012), di Pekalongan dalam Indonesia di Titik 13 (Maret 2013), di Sastra Reboan dalam Temu Sastra Indonesia-Malaysia (Agustus 2013), di P.O.RT AmanJaya, Mydin Mall dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dalam Kongres Penyair Sedunia ke 33 (21,23, 26 Oktober 2013), di Brunei ketika menikmati indah kampoeng air (7 November 2013) dll. Penerima Anugerah Kedua Hescom2015 Vlog dan Rubaiyat (5 Desember 2015) di Malaysia. Pemenang Kedua Esastera Kritikan Cereka Sumpahan karya Irwan Abu Bakar (2016). Pemenang Kedua Esastera Kritikan Deklamasi Puisi yang diselenggarakan Esastera Malaysia (2016), Termasuk Nominator 23 Sastrawan Berkesempatan Mendapat Anugerah Litera (2017). Alamat Rumah Pondok Pesantren Al-Ittihad Junglorong Komis Kedungdung Sampang Madura. HP 087850742323

5.

Warkah Tertutup Buat Perdana Menteri

Assalamualaikum Tan Sri,

Bismillahirrahmanirrahim … semoga Tan Sri dalam rahmat Illahi. Harapan saya dan barangkali golongan marhaen seantero negara, sangat-sangat mahukan Tan Sri sentiasa sihat tidak dijangkiti virus corona atau ciri-birit dan kelaparan seperti yang rakyat jelata sedang menderita ketika ini. Amin ya Rabbulalamin.

Perdana Menteriku yang sangat dihormati,

Warkah ini bertujuan untuk mengingati Tan Sri, agar sentiasa cakna dengan segala perkara yang sedang berlaku ketika ini. Saya yang hina-dina ini hidup dalam kalangan marhaen seolah-olah merasakan sakit perit denyut nadi masyarakat. Barangkali Tan Sri, hanya mendapat khabar atau berita yang muluk-muluk sahaja daripada para penjilat dan pembodek yang menjadi pembantu. Jika pengkhianat itu mengkhabarkan sesuatu berita atau cerita pun sudah pasti dengan lapisan atau helah kata-kata manis bahawa semua itu hanya secebis rencah kehidupan pada zaman pandemik. Hakikatnya kadar bunuh diri disebabkan oleh tekanan hidup yang sukar ini sangat tinggi, Tan Sri. Atas kesedaran ini saya dengan berat hati menitipkan warkah ini untuk tetapan Tan Sri.

Seterusnya Tan Sri, insan yang naif ini juga ingin menyatakan bahawa kami kelaparan. Perut kami berbunyi setiap malam, namun bukan irama kenyang tetapi merintih agar esok lebih gemilang. Kami tidak meminta beras atau lauk-pauk lumayan, cukup sekadar peluang pekerjaan. Kami hamba rakyat tidak mahu menjadi seperti biawak yang masuk ke kolam orang atau babi yang menceroboh kebun orang. Akhirnya mati ditembak tuan punya ladang. Yang membunuh, di julang sebagai wira, sebaliknya yang terbunuh dicerca kerana perbuatan terkutuk. Sedangkan hakikatnya dia hanya ingin mencari makanan. Allahu … perkara sebegini sudah berulang-ulang tayang. Adakah Tan Sri masih terlelap dan lena yang tak ketahuan?

Tan Sri, Perdana Menteri yang dikasihi,

Selepas hujan dikatakan pelangi muncul cantik menawan. Biarpun indah pelangi, langsung tidak sama sekali dengan manis senyuman Tan Sri ketika berucap di kaca TV. Rona kerenyeh Yang Amat Berhormat Tan Sri tampak sumbing. Tidak ikhlas gamaknya atau sekadar berpura-pura? Tidak berseri-siri seolah-olah hilang ‘nur’ Ilahi. Kenapa boleh jadi begitu Tan Sri? Adakah kerana salah mata kami golongan marhaen ini memandang? Tan Sri yang baik bermuhasabah lah diri bersama-sama para menteri yang ramai itu untuk mencari jalan penyelesaian masalah negara ini. Keadaan negara semakin teruk, rakyat sangat-sangat menderita dan terseksa. Gambaran kes covid-19 tidak pernah berkurangan. Adakah ini sandiwara untuk menyelamatkan politik seseorang? Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin Tan Sri lupa bahawa Allah telah berjanji setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga setiap penyakit pasti ada penawarnya. Malah Allah tidak akan menguji umatnya jika mereka tidak mampu menangani masalah itu. Ini kata-kata di dalam Al-Quran. Kami, hamba rakyat sudah reda. Kami sudah pasrah. Kami turuti segala perancangan pemulihan pihak kabinet songsang Tan Sri jalankan. Tetapi pelangi tak muncul-muncul juga. Kami terus terkurung semakin cengkung sebaliknya para menteri berfoya-foya melanggar segala arahan SOP atau Standard Operation Prosedur dan badan juga semakin kembung.

Tan Sri yang terhormat,

Entahlah, adakah Tan Sri masih dihormati lagi? Segala tindak-tanduk kita diperhatikan, lebih-lebih lagi public figure atau sosok masyarakat seperti Tan Sri dan konco-konco di Parlimen itu. Bertindaklah seperti orang dan bukan haiwan. Jadilah insan bukan binatang. Perilakulah sopan bukan seperti jalang. Negara yang dilanda musibah ini, rakyatnya boleh ikut dan patuh SOP yang diarahkan, tetapi di Parlimen yang mulia itu pemimpin-pemimpin yang dikatakan cerdik pandai dan bijaksana beraksi seperti petualang. Tidak bolehlah mengikut cara parlimen bersidang? Langsung tidak beradab sopan, malah lebih buruk daripada kelakuan binatang. Disebabkan seekor kerbau membawa lumpur, maka semua akan terpalit selut. Begitulah keadaan di Parlimen itu. Persoalannya, tidak bisakah sorang Perdana Menteri seperti Tan Sri menangani semua itu? Jika lembu sekandang pun tidak boleh dikawal selia dengan baik, bagaimana pula hendak menjaga seluruh negara? Tan Sri tepuk dada tanya iman.

Tan Sri …,

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Ilmu itu tunjung kekuatan seseorang seperti sebatan kail. Ilmu juga kekuatan akal untuk bertindak dengan bijaksana. Ilmu itu pemangkin keterampilan diri. Dengan ilmu seseorang boleh menakluk dunia dan berjaya. Malu bertanya sesat jalan. Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Untuk itu, dengan jawatan paling tinggi dan penting di dalam sesebuah negara sudah pasti Tan Sri seorang yang bijaksana. Paling kurang dikelilingi oleh sang bijak pandai. Jadi gembleng lah akal, tenaga dan usaha untuk menyelesaikan kemelut negara yang semakin tidak ketahuan ini. Atau memang benar seperti yang diperkatakan dan ditularkan itu, Tan Sri hanya peroleh untung atas kesilapan percaturan orang lain? Maka, buktikan bahawa Tan Sri ada ketokohan sebagai kepala dan bukan hanya boneka yang diberi tanda nama Perdana Menteri.

Muhyiddin Yassin atau Mahiaddin Bin Md. Yassin yang dihormati,

Biarlah bagaimana sekalipun ejaannya, yang penting orangnya adalah sama? Ya, tuan punya jasad tetap Perdana Menteri Malaysia! Negara yang masih kempunan untuk meraih pingat emas yang pertama apabila tirai sukan Olimpik dilabuhkan hari ini. Begitu juga kemaruknya hamba rakyat untuk melihat kehidupan kembali bebas seperti sedia kala. Kenapa dok pulun sangat hendak bebas? Hal ini demikian kerana dengan kebebasan rakyat jelata boleh terbang seperti burung. Keluar waktu pagi dengan tembolok kempis pulang petang ke sarang kekenyangan. Jika hanya duduk di rumah bagaimana untuk mencari nafkah? Jadi pulangkan semula kebebasan itu agar rakyat tidak perlu memikirkan tentang kacau-bilau dan haru-biru politik negara, sebalik kami hamba rakyat boleh mencari sesuap nasi tanpa mengharap ihsan daripada kerajaan.

Tuan …,

Akhir kalam, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-kali. Kepercayaan rakyat boleh berbolak-balik. Kebaikan hamba rakyat di Malaysia sangat terpuji dan berakhlak. Adalah molek kiranya, tuan dan semua pemegang amanah dan tampuk kuasa itu menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Kajian yang menyatakan 70% pemimpin di Malaysia tidak menjaga kebajikan rakyat tampaknya ada kebenarannya. Jadi sekali lagi saya merayu agar Tan Sri melakukan reformasi dalam gerak kerja agar lebih efisien menghadapi pandemik yang pasti tidak akan tamat dalam masa terdekat ini. Moga serangkap pantun ini memberi manfaat;

Indah dipandang pagi dan petang
Pelbagai burung terbang di awan
Perdana Menteri pergi dan datang
Rakyat tersepit bisa bingkas melawan

Sekian, wallahualam bissawab.

Yang benar;
Hamba rakyat.

KEPUTUSAN (11.08.2021)

Pertama (RM100): Ibnu Din Assingkiri (Peserta No. 1). (Paid 12.08.2021).

Kedua (RM50): Paridah Ishak (Peserta No. 3). (Paid 12.08.2021).

Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak berjaya, sila cuba lagi dalam Sayembara ESVA yanag akan datang.

TAMAT.