KECELAKAAN YANG TRAGIS II

Ada berita terkini
kisah menteri terjatuh
dari tingkat tiga puluh
belum lagi disiasat rapi
tapi bukan bunuh diri
kerana tekanan PKP.

Kata saksi kejadian,
tidak sengaja dilanggar
oleh wanita hilang kerja,
dihalau dari rumah sewa
sampai terpelanting jatuh
pecah berkecai kepalanya.

Masih menjadi misteri
kenapa dia ke pangsapuri
dengan membawa otak
sedangkan setiap hari
otaknya disimpan rapi;
terkunci dalam peti besi.

Simpang Ampat, Pulau Pinang
28 Jun 2021

ibnudinassingkiri

Oleh:

Ibnu Din Assingkiri.
Malaysia.

TAMAT.