Pelancaran dalam talian buku Anton Chekhov di Kuala Lumpur
Oleh: Dr. Victor Pogadaev

Pada 12 Jun lalu, bersempena dengan Hari Rusia di Kuala Lumpur, atas inisiatif Pusat Sains dan Budaya Rusia, berlangsung pelancaran dalam talian buku A.P. Chekhov “Perempuan dengan Anjing” dalam terjemahan Melayu. Buku itu diterbitkan oleh Esastera Enterprise.

Acara ini dibuka oleh Duta Besar Rusia ke Malaysia N.M. Latypov, yang menyatakan pentingnya menerbitkan buku Chekhov dalam terjemahan bahasa Melayu untuk pengembangan hubungan budaya antara kedua-dua negara. “Seperti kata pepatah Melayu, – kata beliau, – tak kenal maka tak cinta”.

Prof. Olga Skibina dari Universiti Negara Orenburg yang menulis prakata kepada buku ini tentang jalan kreatif A.P. Chekhov, menegaskan bahawa penerbitan buku itu bukan sahaja merupakan peristiwa besar dalam hubungan Rusia-Malaysia, tetapi juga ialah penghormatan kepada kenangan tentang penulis A.P. Chekhov yang dalam perjalanan balik dari pulau Sakhalin di bagian Timur Rusia, berlayar melewati Tanah Melayu dengan persinggahan di Singapura dan dapat mengkagumi “syurga duniawi” tanah ini.

Victor Pogadaev yang menyusun dan menterjamahkan karya Anton Chekhov untuk buku ini menyatakan pendapat bahawa pelancaran buku itu pada Hari Rusia sama sekali tidak sengaja: bukankah Chekhov bermimpi-mimpi tentang masa depan Rusia yang lebih cerah.

Penerbit buku itu, Profesor kejuruteraan Universiti Malaya, yang meminta dipanggilnya sebagai “jurutera yang menulis puisi, cerpen, dan novel” mengatakan bahawa beliau sangat gembira kerana dapat menerbitkan sebuah buku klasik Rusia: orang Melayu sekarang dapat membaca Chekhov dalam bahasa ibunda mereka. Beliau menyatakan kesediaannya untuk menerbitkan terjemahan karya penulis Rusia yang lain juga.

Pada akhir pelancaran, Dr. Victor Pogadaev membacakan cerpen Chekhov “Karya Seni” dalam bahasa Melayu serta para penuntut Malaysia yang mempelajari bahasa Rusia di Pusat Sains dan Budaya Rusia itu mempersembahkan sketsa berdasarkan cerpen Chekhov “Si Gemik dan Si Kurus”.

TAMAT.