Duduk di rumah
tutup pintu
jangan keluar
virus menunggu.

Duduk di rumah
tutup pintu
kalau diketuk
buat tak tahu
kerana yang ketuk
virus bahaya
siapa nak tahu?

Esok pagi
pintu kena buka
terpaksa
ada janji temu
suntikan vaksin.

Oleh:

-IRWAN ABU BAKAR.
Kuala Lumpur, 26.05.2021.

TAMAT.