Bulan mulia meniti pintu firdausi
zikir dan munajat teman di mimbar keimananan
laungan insaf bergema antara batin yang pernah khilaf juga alpa.
Bulan mulia merajut takwa sepenuh jiwa memohon keampunan lalu berazam untuk tidak lagi melakukan salah antara sengaja ataupun sedar.
Ramadan mengajar untuk tidak mementingkan diri sendiri bersedekah berbahagi sesungguhnya nur kebahagiaan menyinari dari atma mulia bening cahaya.
Ramadan kali ini sederhana hanya berdiam di rumah bermuhasabah tanpa terawih di masjid namun kebahagiaan tetap berpeterana di jiwa.
Mungkin Lailatulqadar kian menghampiri antara julai Ramadan yang dilewati bakal singgah dan sinarnya gemerlap di ufuk bening.
Milik insan tabah patuh segala suruhan
cekal menongkah dugaan larut mengharung cabaran.
Oleh:

Sujata Wee
3 Mei 2021
TAMAT.