Tidak ada puisi
bisa melembut hati
pemakan rasuah,
membolak-balik hati
pemecah amanah,
menggoncang hati
penyalahguna kuasa.

Puisi hanya pelantar
suara hati marhaen
melawan pembodohan
dan kelapukan sistem
yang mengenyangkan
bangsawan politik,
para langau dan kroni.

Puisi tetap bergema
walau tidak didengari
oleh para pencuri —
Biarlah sesama sendiri
saling berpesan puisi
agar tertanam iltizam,
melawan pembodohan.

Oleh:

Ibnu Din Assingkiri.
Simpang Ampat, Pulau Pinang.
17 Mac 2021

https://metshopee.com/products/kerana-manusia-bukan-kertas

TAMAT.