MUSIM BERMUKA-MUKA

Sudah tiba musimnya, kita
menonton aksi dan gelagat
Si Musang mencuci dosa
dan mula bermuka-muka
dengan menayang prihatin
terhadap hidup marhaen.

Usahlah kita merasa hairan
bila disajikan wayang lapuk
diulang-ulang berdekad lama
kerana ada di kalangan kita
enggan lepaskan nostalgia;
merangkul erat taksub buta.

Oleh:

Ibnu Din Assingkiri.
Simpang Ampat, Pulau Pinang.

TAMAT.