(ulang tahun kelahiran Ibuku)

Lampu mula menyalakan kuasa
dalam dinding putih mula berdoa
menahan sengsara seorang wanita
aku menangis di kain muda
di sambut oleh tuhan kedua
Berpinar wajah seraut cinta
di alas lengan terbuai mesra
sembilan bulan berkongsi rasa
lahirku tetap berjiwa manusia
segala kesulitan tiada terasa
Hari ini lahirmu bernama mama
tujuh puluh tahun menanam cita
mata hatimu terus membara
dewasa kami dan aku bersama
membibit senyuman dan juga bahagia
Kotakan apa lagi yang belum dibina
untuk membuka pelabuhan syurga
sesekali maniskan dengan tinta kata
hingga terasa dan teristimewa
kerana mama adalah kunci cahaya
Nukilan:

GABRIEL KIMJUAN.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia.
10 Mac 2021.
TAMAT.