Kumpulan Puisi “Kerana Manusia Bukan Kertas” dengan kata pengantar oleh Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh diterbitkan pada 06 Mac 2021 secara swaterbit.

Naskah ini adalah kumpulan puisi perseorangan yang ketiga Ibnu Din Assingkiri sejak beliau mula menulis dari tahun 2010.

Kebanyakan karya dalam naskhah ini adalah yang mutakhir iaitu 46 buah ditulis di tahun 2020, lapan buah di tahun 2019, sebuah masing-masing di tahun 2018 dan 2017, tiga buah di tahun 2016, enam buah di tahun 2015 dan empat buah di tahun 2014. Jumlah keseluruhan ialah 69 buah.

Terdapat 11 buah karya eceran yang pernah tersiar di akhbar dan majalah arus perdana tempatan di dalam naskhah ini.

*Naskhah ini hanya boleh dibeli secara terus dari penulis dengan menghubungi +6011-1074 4732.

Dari:

Goreng kerang dan pucuk paku,
Resepi rahsia masaknya pantas;
Saya sekarang berdagang buku,
“Kerana Manusia Bukan Kertas.”

Sudah siap dicetak!

*RM 29 termasuk kos pos.
W/A: +6011-1074 4732

Ibnu Din Assingkiri.
Pulau Pinang, Malaysia.

TAMAT.