Mungkin terlalu lama aku tak melihat sesiapa
Apabila kakiku melangkah ke pintu
Lelaki pertama terserempak ialah dia.
Mungkin kerana terlalu lama
Maka bukan saja dia
Kesemua mereka merasa pelik
Ada seseorang hadir dalam khalayak itu.
Saat orang sedang hilir-mudik
Memuggar identiti,
Di luar lingkungan resmi,
Aku masih dalam nur
Terpenjara oleh serkupan sinar
Mengumpul sebanyak saham
Yang aku tak fikirkan
Kecuali aku bermusyahadah
Bersama Rabbi yang zahir
Dan aku terlindung oleh hijab.
Selesai solat i’tikaf masjid
Dia pun menghampiri
Dan bertanya khabar tentang aku
Yang begitu lama menghilang.
Oleh:

Aduka Putra.
Cendana Puri, Gold Sand Town, Kelantan.
7 Mac 2021 bersamaan 21 Rejab 1442H.
TAMAT.