Karya sajak dari 13 orang penulis Daerah Tutong telah berjaya diterbitkan dalam antologi puisi bertajuk Bingkisan Pandemik Covid-19 terbitan Badan Kesenian dan Kebudayaan (B2K) Daerah Tutong. Peluncurannya dilakukan oleh YB Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada malam 27 Februari 2021 di Dewan Serba Guna, Sekolah Chung Hwa, Daerah Tutong mulai jam 8.00 malam.

Buku ini telah dikeluarkan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam yang telah diusahakan oleh Ketua Bahagian Bahasa & Sastera B2K, Dr. Chong Ah Fok bersama penulis yang terlibat.

Gambar ini menunjukkan sdr. Noorhamy membuat persembahan deklamasi sajak.

Seorang lagi ahli E-Sastera Vaganza Asean, sdr. Dino M.N. (gambar bawah), juga telah turut sama mendeklamasikan sajak di majlis yang berkenaan.

Yang berikut ialah foto-foto interaksi di majlis yang tersebut:

Dari:

Abdullah Tahir & Dino MN.
Brunei DS.

TAMAT.