Sejak menjadi renta
dalam usia dan petala
Aku jadi rindu pada cahaya
Sekali gus jadi begitu takut dan fobia
pada gelita.

Aku jadi ceria dan ingin seringkali ketawa
biar berpanjangan
sampai senja sampai tak nampak dan luput dari prasangka

Kerana bila berada dlm cahaya,alampun turut bercahaya atas cahaya
Sampai bila bila.

Sampai renta bumi yg pertama kali aku menapak di telapaknya
Sampai hilang segalanya

Semuanya termasuk diri yang tak habis habisnya
meminta minta daripadaNya

Yang Maha berkuasa
atas segala Cahaya.

Oleh:

Mazli Husma,
Darulnaim,1.3.21

TAMAT.