
Pintu-pintu nan terbuka
mengalu-alukan langkah
bertanyalah di sudut hati sendiri
mahu masuk ke pintu mana
antara bayang syurga atau neraka
jawapannya terbentang di layar dada
Tuhan telah anugerahkan segala
semua cukup sempurna dan nyata.
Menuju pintu
perlu berlaku bijak di benak
awas terjebak memijak onak
dalam hidup sakit tetap juga sakit
suara-suara yang perit menjerit
teriakan luka nyaring membenget
siapakah yang mengerti?
mendengar tangisan yang menyayat
hanys esakan kekesongan di awangan.
Ada ruang terbuka luas
di celah daun pintu terbuka
arif dan bijaksana kuncinya
memilih arah lorong-lorong menanti
tanyalah hati mahu apa dan kemana
usah cuma melihat sebelah mata
jika tak ingin diri merana
melayari bahtera usia
dilambung ombak lautan gelora.
Oleh:

Noorhamy.
17 Feb. 2021, 9.45 pagi
Letak Kerita Klinik Telisai, Tutong, Brunei Drs.
TAMAT.