Ini sajak percumaku
tanpa bayaran
walau sekupang
hanya mahu mencipta nama
bila ada nama
mudah dikenang
mudah percaya
bila percaya
kata-katamu akan dikenang
sepanjang zaman
ini sajak percumaku
untuk dikenang
tidak perlu bayar walau sekupang
aku menulis kerana nama
itu tanda aku pernah hidup di sini
di maya sementara ini.
Oleh:

Ámir Hamzah MW.
Ipoh Perak.
TAMAT.