DI SINI AKU HANYA SEKADAR
Aku sekadar di tepian
datang dan pergi
tiada yang perasaan
tiada batu nesan
tiada pesanan
tergelincir
hilang
berkocak sebentar
permukaan kembali tenang
aku sekadar
di tepian.
Amir Hamzah MW
IpohPerak.
Puisi saudara Amir Hamzah ini ditulis dalam gambaran perasaan sedih kerana kehilangan sesuatu. Mungkin cinta atau orang tersayang. Di mana penulis ada sebutkan pada bari kedua, ‘Datang dan pergi’, menandakan dia telah kehilangan seseorang yang dia harapkan untuk kebahagiaannya. Namun dia rasakan dirinya terlalu kecil untuk seseorang itu.
Puisi ini dibentuk dalam jenis diamante, di mana baris 1 menirus hingga ke baris 7, kemudian cembung dari 8 hingga baris akhir.
Terdapat unsur litotes dalam puisi tersebut, di mana dia tuliskan dua kali ‘Aku sekadar di tepian.’ yang mana dia mengecilkan dirinya sebagai objek utama.
Terdapat juga gayabahasa anafora iaitu pengulangan perkataan di awal bait, pada baris 3, 4 dan 5. Unsur ritma/rima sekata dengan konsonan ‘N’ di akhir perkataan pada baris 3, 4 dan 5.
Puisi ini dibentuk penulis dalam unsur nada melankolik, yakni hati yang sedih dan kemurungan.
Estetika puisi ini agak sederhana dan mudah difahami, tidak melebih-lebih, dan sesuai untuk mereka yang suka puisi-puisi cinta.
Ini sekadar pandangan saya secara peribadi.
Oleh:
ALOYINDRA
sepang
Ulasan kepada;
DI SINI AKU HANYA SEKADAR.

ALOYINDRA.
Sepang.
TAMAT.