KEMAS KINI 16.3.2022

TAMAT 1.
PUTRAERY USSIN. Nama sebenar ialah Husairi Bin Hussin. Dilahirkan pada 18.02.1977 di Kampung Ulu Tawar, Karangan, Kulim, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, Baling, Kedah. Kemudian mendapat pendidikan menengah di beberapa buah sekolah di daerah Kulim, iaitu Sekolah Menengah Tarbiah Diniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Kelulusan ijazah pula ialah Sastera Dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia dan kelulusan sarjana Sains Pendidikan (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia.
Kini berkhidmat di Maktab Rendah Sains MARA sebagai guru Bahasa Melayu.
Antara karyanya yang pernah terbit ialah novel You Ni: Ayat-ayat Jiwa (2010), Kelab Fixie (2012), Blok C: Syoknya Di Asrama (2014), Bukit Syahdu dan Seronoknya Bermain Tenis (2015), She Ha! Kala Hati Bertaut Sayang (2016), Suar Hati (2019) serta beberapa buah cerpen dan sajak di majalah-majalah tempatan.
KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN
ESVA 1: Klik SINI. ESVA 2: Klik SINI.
. Kopi Nikmat . Realiti Dalam Mimpi .
TAMAT.