
PERPUSTAKAAN UTM KUALA LUMPUR akan mengadakan Program Bicara Karya dengan tagline SASTERA MATEMATIK pada Rabu 27.01.2021 ini, jam 2:30-3:30 PM. Presiden Gabungan Komunitas sastra ASEAN (GAKSA) merangkap Presiden Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA), Dr. Irwan Abu Bakar, akan membicarakan buku antologi cerpen berjudul KATABAKU, terbitan Gaksa Enterprise, Banten-Indonesia, 2020. Majlis akan berlangsung secara di talian.
KATABAKU mengandungi 16 buah cerpen garapan 14 orang penulis dari lima negara ASEAN: Brunei Darussalam (1 orang), Indonesia (2), Malaysia (8), Singapura (2), Indonesia (2) dan Thailand (1).

Penulis-penulis dari Malaysia ialah Ahkarim, Seri Banang, Ekhwan Rusli, Irwan Abu Bakar, Maslina Ngadiman, Putraery Ussin (gambar), Sujata Wee, dan Suzana Jumadil. Sementara itu, para penulis dari luar Malaysia ialah Jabit Abdul Aziz (Brunei Darussalam), Anie Din dan Roslie Sidek (Singapura), EM. Sastroatmodjo dan Mukti Jayaraksa (Indonesia), serta Mahroso Doloh (Thailand).
Dr. Irwan dijangka membicara beberapa cerpen dalam buku itu.
Moderator program itu ialah Nurull Huda Abdul Wahid, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (Gambar bawah).

Irwan Abu Bakar (Penyelenggara). KaTaBaKu – Antologi Cerpen. Cilegon-Banten: Gaksa Enterprise, 2020.

TAMBAHAN (03.02.2021)

Dari SUJATA WEE: Baru selesai mentelaah buku KataBaku. Pelbagai ceritera dalam secangkir hidangan. Ternyatanya karya saudari Suzana Jumadil banyak meruntun air mata dan perasaan sebak bagi pembaca. Perpisahan dengan orang tersayang sangat membebankan perasaan. Tahniah kepada semua pengkarya. Anda semua hebat.
TAMAT.