ESEI: Abdullah Awang.

JUDUL

  1. Orang Kelantan. (2) Maksiat Dalam Dikir Barat Sekarang. (3) Bekwoh Bukan Sayembara.

ESEI 1

TAJUK: ORANG KELANTAN
Oleh : ABDULLAH AWANG

Dahulu, sebelum memasuki era-teknologi, penduduk Malaysia menganggap orang Kelantan ini jahat dan pemalas, baik lelaki ataupun perempuan. Secara lebih terperincinya, mereka masih belum kenal dan mengetahui secara lebih jelas dan dekat orang Kelantan yang terkenal dengan negeri Serambi Mekah. Berpegang teguh dengan agama Islam.
Malah, orang Kelantan sendiri beranggapan begitu, kerana yang berhijrah keluar dari Kelantan dahulu adalah terdiri dari golongan mereka yang jahat, gedeber, pelacur, khianat dan pelbagai tohmohan yang dilemparkan.
Sebaliknya ada setengah orang mengatakan bahawa hanya kaum lelaki di negeri Kelantan sahaja yang rata-ratanya bersikap pemalas. Keadaan ini memaksa kaum wanita atau isteri terpaksa mengambil alih tanggungjawab ketua keluarga dengan bekerja mencari rezeki bagi menyara kehidupan seharian.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas dan ketara di mana wanita Kelantan gigih berniaga, bercucuk tanam sedangkan suami mereka hanya menghabiskan waktu dengan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat.
Mereka yang juga anak jati Kelantan berkata bahawa kenyataan ini menghina lelaki Kelantan dan sebagai seorang yang terkait tidak suka dengannya tetapi terpaksa menerima kerana sememangnya terdapat lelaki Kelantan yang begitu sikapnya. Senario itu lebih ketara pada waktu dulu, malah sesetengah pemimpin tidak menafikan yang sikap malas dalam diri lelaki Kelantan masih wujud di zaman ini walaupun tidak begitu ketara.

Malah seorang pemimpin masyarakat memberikan analogi yang cukup ekstrim dengan
menyamakan lelaki Kelantan dengan ‘bapa ayam’ yang hanya suka berseronok dan urusan
menjaga anak; mencari makan dan sebagainya dipikul oleh ‘íbu ayam’ semata-mata. Adakah
pernyataan di atas benar? Sedangkan ramai lelaki Kelantan berganding bahu berjuang bagi
mengaut keuntungan dan mengumpul kekayaan sehingga mengalahkan orang-orang China yang
dianggap sebagai popular dalam perniagaan.
Mengikut kajian, orang Kelantan dijangka menguasai ekonomi dan politik Malaysia pada
tahun 2020, mengikut seorang pakar sosiologi ekonomi sebuah universiti tempatan. Mereka
beranggapan, apabila orang Kelantan menguasai ekonomi, maka automatik akan menguasai
politik.
Orang Cina pun akan habis modal main dengan orang Kelantan ini. Mereka menggelar
orang Kelantan sebagai ‘Cina Benua’ oleh rakyat Malaysia, mereka mengatakan bahawa tak kira
Melayu, Cina dan India akan jadi kuli org Kelantan nanti.
Adakah ia merbahaya kepada masa depan Melayu dan bukan Melayu di
Malaysia? Jawapnya tidak. Orang Kelantan adalah makhlok yang sangat prihatin kesusahan
orang lain, malah sangat suka membantu.
Analogi itu berdasarkan anak-anak Kelantan yang semakin hebat berniaga di seluruh
Malaysia, daripada perniagaan secara kecil-kecilan, di pasar-pasar borong, market, malah kaki
lima bersaing pula dengan peniaga Indon.
Sifat dan budaya orang Kelantan bersatu mereka ada di mana-mana juga, walaupun
berbalah tentang politik, tetapi bila keluar dari Kelantan, mereka segera bersatu. Lihat sahaja
dalam bidang firma-firma guaman, sebanyak 90% dikuasai oleh anak-anak Kelantan.

Bersatu bermakna orang Kelantan mempunyai jaringan perniagaan di seluruh Malaysia,
malah seluruh dunia. Tengoklah di Kuala Lumpur, Selangor, Putra Jaya sahaja ada lebih 70
persatuan anak-anak Kelantan. Itu belum dikira di lain-lain negeri.
Di Langkawi pun ada persatuan anak-anak Kelantan. Begitu juga guru-guru yang
dihantar ke Sabah dan Sarawak dipenuhi anak-anak Kelantan. Kemasukan ke universiti-
universiti dipenuhi anak-anak Kelantan.
Beribu-ribu anak-anak Kelantan bekerja di luar negara. Petronas, Proton, DRB Hicom,
Sime Darby dipenuhi oleh anak-anak Kelantan. Pegawai-pegawai besar di jabatan-jabatan kjaan
di penuhi anak-anak Kelantan. Contohnya setiausha Kementerian Pelajaran Malaysia anak
kelahiran Kelantan, bekas pelajar SMK Kamil. Pakar-pakar komputer, engineer, arkitek dipenuhi
anak-anak Kelantan.
Lantaran itu, bandar mereka iaitu Kota Bharu semakin membangun sudah setaraf dengan
Ipoh dan dijangka mengatasi kemajuan Pulau Pinang menjelang 2020. Islam sangat kuat di
Kelantan sehingga ulamak dianggap golongan elit tertinggi berbanding dgn golongan-golongan
lain.
Pondok-pondok paling banyak di Kelantan. Ada 68 sekolah agama rakyat di Kelantan
berbanding hanya 26 sahaja di Kedah. Ada bandar Kelantan di London dan Amerika Syarikat.
Orang Kelantan rakyat Malaysia paling banyak berhijrah ke UK, US dan Australia.
Firma-firma construction banyak dikuasai oleh anak-anak Kelantan. 60% pensyarah
UKM adalah orang Kelantan. Rakyat Malaysia pertama yang menjadi pegawai daerah di Jepun
adalah anak jati Jeli, Kelantan. Yang terkini anak Kelantan juga menjadi jurulatih badminton
pasukan Jepun sehingga menjuarai Piala Thomas. Ada lebih 500,000 rakyat Kelantan di luar
Kelantan. 

Tegasnya orang Kelantan, baik lelaki atau perempuan sama sahaja. Mereka berganding
bahu dalam mencapai hasrat kesejahteraan hidup yang tak bertentangan dengan Islam. Dasar
Islam dijadikan sebagai asas pegangan hidup mereka dalam apa sahaja bertingkah laku.

ESEI 2

Tajuk: MAKSIAT DALAM DIKIR BARAT SEKARANG
Oleh : ABDULLAH AWANG

Negeri Kelantan, Negeri Che Siti Wan Kembang, Negeri Puteri Saadong, puteri keramat, negeri
Sultan Muhammad V, Sultan yang bertakhta sekarang adalah negeri bukan sahaja digelar
Serambi Mekah, tetapi dikatakan negeri jelapang budaya.
Sebut sahaja dikir barat, maka orang akan ketahui bahawa dari negeri Kelantanlah
datangnya permainan budaya unggul ini. Dikir Barat dikatakan berasal dari Tanah Arab yang
telah diadaptasikan oleh pengembara Islam dari Pattani, Selatan Thailand, untuk menyampaikan
syiar Islam, maka wujudlah beberapa pengaruh Islam yang diserap masuk ke dalam masyarakat
Melayu-Thai.
Mari kita perhatikan bagaimana pergerakan transmisi dikir barat ke Patani ini hingga
mendarah-daging dalam budaya masyarakatt mereka dan dibawa terus ke Kelantan yang ketika
dalam lingkungan masyarakat petani, dan kita sedar dikir barat dipersembahkan sebagai upacara
keagamaan atau sambutan sempena musim menuai. 
Kini, persembahan dikir barat lebih berperanan sebagai satu bentuk hiburan.  Begitupun,
pertandingan antara kumpulan dikir barat juga sering diadakan secara professional seperti final
dikir baru-baru ini.  Sehingga kini, dua negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu adalah
antara negeri yang mendominasikan, dan masih mempersembahkan dikir barat secara aktif.
Kita memanggilnya dikir, kerana perkataan yang bunyinya ada persamaan dengan
perkataan Melayu zikir yang bermakna doa atau amalan keagamaan, sesuatu yang dilihat oleh
penduduk di utara semenanjung Malaysia dan diamalkan orang Thai setiap musim menuai padi. 
Barat pula bermakna kedudukan geografi, orang utara dulu menganggap Thailand berada
di sebelah barat padahal dari segi kedudukan geografinya, ia berada di utara Malaysia. 

Pada permulaannya persembahan itu dikenali sebagai ‘dikir dari barat’ tetapi telah
dijadikan sebagai nama am dan memandangkan nama itu sudah sebati dengan penggunaan, ia
kekal sehingga ke hari ini dan tidak pernah diubah. Budaya dikir barat kemudian terus menular
ke seluruh Malaysia semenjak 1970-an lagi dan dimantapkan lagi sampai sekarang melalui
media dan beberapa evolusi yang tidak senonoh. 
Pelbagai pertandingan dianjurkan badan kerajaan setiap tahun dan sambutan terhadapnya
begitu baik sehingga ke hari ini, biarpun Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah kota metropolitan
yang maju mereka tetap meminatinya sebagai local calturer dalam konteks budaya bangsa,
kerana pernah sebuah kumpulan dikir dari Lembah Pantai Memenangi pertandingan sebagai naik
Johan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan.
Apa yang sangat dikesalkan ialah evolusi dikir barat yang berlaku sekarang sudah begitu
jauh terpesong dari nawaitu asalnya untuk berdakwah menyampaikan ajaran Islam bagi difahami
oleh penganut-penganut Hindu-Buddha ketika itu, sebagaimana apa yang di lakukan oleh
sekumpulan Wali Songo (Wali Sembilan) menyampaikan dakwahnya melalui pengadaptasian
wayang kulit dari pengaruh Hindu-Buddha kepada pengaruh Islam.
Hari ini kita boleh menemui begitu banyak video-video dikir barat berkonsepkan maksiat
dari membentuk akhlak ummah yang mulia. Misalnya, dalam pertandingan akhir dikir barat, di
adakan di Kuantan baru-baru ini telah dicemari oleh persemabahan nyanyian dikir barat oleh dua
orang penyanyi dikir terkenal yang tidak perlu disebutkan di sini, yang mendapat kritikan panas.
Implikasi dari penyerlahan oleh pertandingan itu telah dimalapkan oleh aksi lucah oleh
penyanyi berkenaan sehingga ada yang terus menutup siaran tv dan beralih ke volume siaran
yang lain. Maka perencanaan dikir seperti itu sepatutnya usah diwar-warkan secara terbuka
kerana perbuatan yang kurang baik hendaknya disembunyikan.

Malah, sarikata nyanyian dikir itu sendiri sangat bagus untuk dihayati tanpa sebarang
keraguan sebaliknya yang merosakkan persepsi orang muda dan tua yang semakin terarah
kepada agama sekarang ialah aksi-aksi ghairah penyanyi wanita yang hilang gagasan iman.
Tidak baik hendak saya sebutkan nama-nama penyanyi dikir barat yang jauh dengan
dasar dan peraturan Islam, dengan lagak, pakaian yang mendekati budaya porno dang-dut
Indonesia, sedangkan sejarah asal dang-dut itu sendiri juga bermotifkan dakwah tetapi sudah
diselewengkan kepentingannya untuk nafsu.
Cuba perhatikan sarikata dikir barat di bawah ini, bukankah sangat puitis dengan buai dan
romantisnya mengajak manusia kepada kebaikan?;
Halim Yazid – Saing Nga Ore Comey
Payoh sungguh nok saing denga ore comey
rama lagi ore lain duk pakat berkene
nok jupo keno begilir hati raso tok sene jadi maine
Dale maso sebule buleh temu sekali
itu po kebetule dio tokde lari
aaaaaa aaaaaa aaaaaa aaaaaa
maso baru kena..napokmalu-malu 2X
moleknyo peranga kito nyo tok tahu
dio ado kasih ramaa..kito ni ore baru
raso cemburu…
tiap-tiap male tok jenero nok tido
ingat ko perbuate hok supo ?
aaaaaa aaaaaa aaaaaa aaaaaa
pikir gi pikir mari..baru aku sedar 2X
doh ore tok sudi teben takdok pasa
dok gilo ko demo wak sakit ko hati
tido ku tok leno mandi ku tok cuci 
menyeksa diri….
bercera kasih saye bukenyo mudoh 

nok tido tokleh terbaye nok lupo payoh
aaaaaa aaaaaa aaaaaa aaaaaa

Tegasnya, kepada semua pihak, sama ada pihak yang terlibat secara langsung dengan dikir barat,
mahupun para penonton dan pendengar, hendaklah sedar bahawa peranan dikir barat bukan
sekadar hiburan semata-mata tetapi untuk menyampaikan dakwah secara lebih berkesan dan
memanipulasikan segala medium pertuturan adalah sangat praktikal, malah pihak majlis agama
dan jabatan agama Islam Kelantan khususnya, Malayasia umumnya hendaklah cakna kepada
perkara ini.

ESEI 3

TAJUK: BEKWOH BUKAN SAYEMBARA
OLEH : ADUKA PUTRA

Ketika saat orang China sibuk dan kalut menyambut Tahun Baru China, orang-orang Melayu
pula sibuk dan kalut mengadakan majlis kenduri pertunangan atau perkahwinan yang sudah
dirancang berbulan-bulan lamanya.
Itulah masa yang sesuai untuk mereka mengadakan majlis kenduri kendara berhabis-
habis sampai berhutang-piutang, bergolak-gadai demi melihat anak perempuan dan anak lelaki
mereka bahagia untuk selamanya.
Suasana jalanraya mulai sibuk juga. Lebuhraya Gua Musang ke Kota Bharu, Gua Musang
ke Kuala Lumpur. Lebuhraya LPT-Jabo, Lebuhraya Timur-Barat mulai kian sesak. Kemalangan-
kemalangan kecil dan membawa maut mulai dirasai dan diketahui dengan pantas tersiar di media
cetak, skrin dan maya.
Mangsa yang patah tangan, ada yang mati keenam-enam sekaligus tidak pernah serik-
serik oleh pengguna jalanraya. Mereka bawa kenderaan macam rebut. Tidak hirau kenderaan di
hadapan dan di belakang. Bila hati dan perasaan sudah berada di tanah tumpah darahku, kereta
dipecut bagaikan peluru.
Itu kesah perjalanan kelaurga yang akan ikut serta menyambut dan meraikan majlis raja
sehari itu. Itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh keluarga untuk melihat wajah berseri-
seri pengantin di make-up oleh pakar make-up. Dulu dipanggil Mak Andam. Sekarang istilah itu
sudah out of date. Sudah tidak glamor.

Mereka bakal mengambil foto-foto dari sudut-sudut yang menarik. Mengambil foto
bersama pengantin sudah sudah diijab kabulkan. Sekarang kamera terlalu mudah. Setiap orang
ada kamera yang ditambah pada gajet masing-masing.
Mereka dari sekecil budak yang cerdik sehinggalah setua manusia yang sihat, pandai
ambil gambar pengantin. Selesai ambil gambar, mereka terus uploading di ruang-ruang maya.
Mereka masukkan ke dalam face Book, mereka masukkan ke dalam twit, mereka tambah ke
dalam instagram, mereka upload ke youtube.
Kemudian mereka sharing kepada rakan-rakan, keluarga yang jauh di mata, mereka share
kepada bos-bos pejabat bagi menyatakan cuti mereka kali ini bukan kelentong tetapi bagi
memeriahkan majlis keluarga.
Kambing disembeleh dua ekor. Gulai kambing dicampur dengan buah ara sungai. Lembu
di sembeleh dicampur dengan umbok pokok kelapa. Meriah mulai terasa. Bunga manggar di
pacak simpangan jalan masuk ke rumah.
Paling terasa seronok bila mulut mula berbisik sosek-sosek; berapa hantar anak dia
semalam? Anak si anu sebelah tu RM 7000, anak si polan RM 8000, anak si paman RM 10 ribu,
anak si Bedol RM 15 ribu, anak si Kiah RM 20 ribu.
Di sinilah mulai rasa perlumbaan menjual anak. Syaitan mulai naik toncang ke atas
kepala wanita-wanita Melayu Kelantan. Bila maruah anak mereka diperagakan dengan harga
hantar belas-belas dan puluh-puluh ribu ringgit, mulailah terasa megah, angkuh, sombong tidak
terkira.
Dalam keluarga aku, anak akulah paling mahal sekali. Belanja hantaran RM 20000 tunai!
Fuuuyoooo! Menjerit Tok Imam ketika angkat nikah tadi. Terketar-ketar Tok Imam hendak baca
lapaz dan khutbah. Anak siapakah gerangan sampai begitu tinggi nilai hantarannya?

Pak Man, dengan penuh diplomasi, mencelah ketika membaca khutbah dan nasihat
kepada kedua pengantin, sambil menyindir ibu kepada pengantin perempuan yang memakai
make-up tebal. Buat pula di dewan, sewa khas.
Nak buat di rumah tak boleh sebab tidak ada rumah. Sepanjang hayat tinggal di rumah
sewa. Para jemputan mulai muram kerana teringatkan pengantin lelaki yang dizalimi oleh
keluarga perempuan. Tetapi disebabkan hati sudah cinta, apa sahaja permintaan diikutkan sahaja.
Tidak berapa lama, kedua-dua pengantin dating sekali lagi ke rumah Tok Imam.
Kedatangan kali ini adalah bertujuan untuk buat permohonan cerai kerana dikatakan sudah
hamper setahun hidup tidak sehaluan.
Apa sudah jadi dengan majlis kenduri kahwin yang memakan perbelanjaan sampai belas-
belas ribu. Tidak termasuk wang hantaran RM 15 ribu – RM 20 ribu. Mendengar sahaja jumlah
itu meremang bulu roma.
Bekwoh bukan sayembara hendak tunjuk siapa hebat. Bekwoh hanyalah peristiwa untuk
mengistiharkan bahawa anak kita sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang sah. Itu sahaja.

TAMAT.