Malapkah dunia ini?
tika mimbar itu
tidak mampu lagi berkhutbah
menyusun sekelian umatnya
berkeyakinan hidup ini
lalu terpacak di gelonggongan

Malapkah dunia ini?
tatkala adik-beradik
mula berseteru rebut harta saka
tinggalan moyang
berjeda di lorongan

Malapkah dunia ini?
andainya sudah tiada lagi
antara umat manusia
mampu bertapak kembali
mencari jalan pulang di alam fana.

Nukilan :

Oui Bin Sal.
Tanah Merah, Kelantan.

TAMAT.