Susunkan tebu di sisi jambu,
letak di beca di tepi pagar,
bawa ke dalam buah pedada,
menunggu luruh si buah kundang;
kala jerebu langit kelabu,
suram cuaca debu berlegar,
isyarat alam bawà petanda,
bahawa geruh bakal bertandang.
Oleh:

Paridah Ishak.
Desa Melor Serendah.
18.01.021.
TAMAT.